Pemain Kacukan Berdarah Selangor Tembusi Skuad Utama Man United

Seorang pemain kacukan Malaysia berdarah Selangor kini sudah pun menjalani latihan bersama skuad utama Man United. Pemain yang dimaksudkan itu ialah bintang muda Manchester United, Ethan Wheatley yang kini mula menjalani latihan bersama skuad utama The Red Devils. Kemas kini maklumat daripada laman Frfuturetalents memaklumkan bahawa pemain berusia 18 tahun itu mula menarik perhatian Ketua […]

Peledak Slovenia Calon Pengganti Romel Morales

KL City FC dilaporkan sibuk memburu peledak baru menggantikan Romel Morales untuk mengetuai jentera serangan mereka Liga Super musim 2024-2025. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena semalam. Sebelum ini, The City Boys dilaporkan bakal mendapat khidmat Morales secara pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim FC […]

Gaduh Besar, Aksi ‘Muay Thai’ Di Futsal Semata-Mata Rebut RM1200

Hanya kerana mengejar hadiah kemenangan bernilai RM1,200, seorang pemain futsal bertindak menyerang lawannya di atas gelanggang semalam. Insiden ini berlaku dalam perlawanan separuh akhir kejohanan Ramadhan League antara Kesham FC dengan Chuteiras FC di Sergio Aguero Arena, Kuantan. Menerusi satu video yang dimuatnaik pentadbir akaun TikTok Chuteiras, seorang pemain Kesham dikesan menumbuk pemain pasukan itu. […]

Matthew Davies Buat JDT Tersenyum Berdepan Lion City Sailors

Pertahanan kental pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Matthew Davies kembali membuat penyokong tersenyum menjelang pertemuan menentang Lion City Sailors. Pemain berusia 28 tahun itu terlepas panggil skuad Harimau Malaya selepas disahkan mengalami kecederaan bersama-sama rakan sepasukan, Junior Eldstal. Keadaan ini bagaimanapun dilihat sudah terkawal apabila video latihan terbaru JDT menyaksikan kelibat dua pemain ini sudah […]

Info Siaran Langsung Persahabatan: Lion City Sailors vs JDT (Live Streaming)

Satu perlawanan persahabatan antara pasukan Lion City Sailors dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghiasi arena bola sepak negara. Pertembungan dua pasukan tersohor Asia Tenggara itu bakal berlangsung sebanyak dua kali sebagai persediaan memasuki saingan musim 2024/25. Pada musim lalu, Lion City Sailors menamatkan saingan Singapore Premier League (SPL) di tangga kedua sementara JDT […]

“Pengunduran Pearly Tan-Thinaah Sudah Direstui” – Rexy Mainaky

Kontinjen Uber Cup negara dijangka bersaing tanpa kelibat regu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah. Keputusan tersebut dibuat bagi membolehkan regu yang menduduki ranking ke-14 dunia itu fokus kepada persiapan ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Malah, keputusan yang dibuat Pearly-Thinaah turut mendapat restu pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) termasuk Pengarah […]

Lebih 6000 Penonton Bakal Banjiri Aksi Lion City Sailors & JDT

Aksi persahabatan pertama antara Lion City Sailors dengan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dijangka menarik perhatian peminat bola sepak Malaysia dan Singapura. Ini kerana aksi persahabatan malam ini di Stadium Bishan menemukan dua kelab gergasi di rantau Asia Tenggara itu buat kali pertama. Meskipun Stadium Bishan hanya memiliki kapasiti 6,254 tempat duduk, tiket perlawanan […]

Aniq Kasdan Bakal Ke Paris

Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan tampil cemerlang untuk muncul atlet terbaharu yang berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Paris 2024. Kejayaan ini dicapai oleh anak jati Johor ini apabila beliau berjaya menempatkan diri dalam kelompok 10 atlet terbaik dengan berada di kedudukan kelapan dalam Kejohanan Angkat Berat Dunia yang berlangsung di Phuket. Aniq yang […]

EPL: Arsenal Rampas Takhta Pendahulu, Tundukkan Luton Town

Arsenal kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan kelab setempat, Luton Town di Stadium Emirates awal pagi ini. Selepas seri tanpa jaringan dengan Manchester City pada Ahad lepas, The Gunners perlu menang bagi merampas takhta liga daripada Liverpool. Manakala The Hatters pula memerlukan kemenangan sebagai momentum untuk keluar dari zon penyingkiran liga. Babak […]

EPL: Manchester City Gah Baham Aston Villa

Manchester City berjaya menundukkan cabaran Aston Villa dengan kemenangan bergaya di Stadium Etihad. Anak buah Pep Guardiola tampil dominan dengan penguasaan bola seperti kebiasaan dan kali ini Phil Foden muncul watak penting pasukan. Rodri membuka tirai jaringan buat City seawal minit ke-11 perlawanan setelah menyempurnakan bola hantaran Jeremy Doku. Tersentak dengan gol tersebut, Aston Villa […]

Thai League 1: Muangthong United Belasah Uthai Thani, Zafuan Azeman Terus Kempunan

Kemarau kemenangan Uthai Thani berterusan selepas menyaksikan mereka dibelasah Muangthong United dalam aksi Liga Thai 1 sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan seimbang apabila kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan jaringan awal. Uthai Thani yang turun sebagai pasukan pelawat terlebih dahulu di hadapan melalui sepakan penalti Ricardo Santos pada minit ke-25. Pada minit ke-34, kesilapan penjaga […]

Thai League 1: Hajat Dion Cools Julang Buriram Disekat BG Pathum

Buriram United sekadar meraih keputusan seri ketika berdepan BG Pathum United di Stadium Leo hari ini. Turun membariskan skuad terbaik, pengendali baharu Buriram United, Jorginho memberi kepercayaan kepada kapten Harimau Malaya, Dion Cools mengemudi barisan pertahanan pasukan bersama Pansa Hemviboon dan pemain dari Korea, Kim Min Hyeok. Babak separuh masa pertama tamat dengan keputusan 1-0. […]

Sabah Mahu Ong Kim Swee Kekal

Pengurusan skuad Sabah FC berharap Datuk Ong Kim Swee terus kekal mengemudi pasukan itu untuk saingan Liga Super musim 2024-2025. Sebelum ini, timbul khabar angin yang mengaitkan bekas pengendali Harimau Malaya itu dengan jawatan Pengarah Akademi Mokhtar Dahari (AMD). Jawatan tersebut kali terakhir disandang bekas pengarah akademi FC Twente Enschede, Dennis Bekking dari 2019 hingga […]

Thai League 1: Khon Kaen United Buat Tan Cheng Hoe & Police Tero Merana Kali Ke-4

Aksi Thai League 1 menyaksikan Police Tero mengalami kekalahan ketiga dalam 4 perlawanan apabila tewas kepada Khon Kaen United dengan keputusan 4-0. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Provincial Khon Kaen menyaksikan ketua jurulatih Police Tero, Tan Cheng Hoe mempertaruhkan formasi 4-4-2 berbalas 4-2-3-1 oleh lawan. Pasukan pelawat tidak menunggu lama untuk mengatur gerak dalam 15 […]

Harapan KL Rovers Beraksi Di Singapura Berkecai

Hajat pasukan Liga M3, KL Rovers untuk beraksi dalam saingan Singapore Premier League (SPL) tidak kesampaian hari ini. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan tidak memilih pasukan baru yang akan bersaing dalam SPL musim 2024-2025. “Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) sudah memuktamadkan proses penilaian kelab berpotensi untuk Singapore Premier League (SPL) musim 2024-2025. […]

Tindakan ‘Kapten’ Safawi Rasid Beri Akinade Sepakan Penalti Jadi Perhatian

Tindakan kapten Terengganu, Safawi Rasid memberi peluang buat Ismaheel Akinade mengambil sepakan penalti tarik perhatian penonton. Kejadian tersebut berlaku ketika perlawanan persahabatan antara Terengganu menentang PDRM FC dalam separuh masa pertama.  Sepakan penalti yang diambil oleh Ismaheel merupakan jaringan pertamanya dalam perlawanan tersebut, beliau telah mencatat hatrik pertamanya bersama pasukan bagi perlawanan persahabatan itu. Safawi […]