4 Negara Tunggu Masa Uji Skuad Wanita Malaysia

Skuad bola sepak wanita Malaysia berpeluang untuk menguji kekuatan empat pasukan dalam aksi persahabatan. Pengerusi Jawatanakuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob berkata, skuad wanita kebangsaan kini tidak mempunyai sebarang kejohanan besar sepanjang tahun ini. Namun begitu, FAM mengambil inisiatif dengan menganjurkan satu perlawanan jemputan antarabangsa yang bakal dianjurkan pada […]

Penyerang Vietnam Beri Amaran Awal Kepada Malaysia B-23

Aksi menggerunkan daripada penyerang Vietnam telah menjadi amaran awal kepada skuad Malaysia di Piala Asia B-23. Skuad kendalian Juan Torres Garrido terpaksa menelan hakikat apabila ditundukkan oleh Uzbekistan dengan keputusan 2-0 hasil kesilapan mudah untuk memberikan penalti pada awal permainan. Barisan pemain muda negara bagaimanapun mahu segera melupakan aksi tersebut dan fokus menjelang aksi menentang […]

Ulsan HD Layak Ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan HD mengesahkan kelayakan ke Piala Kelab Dunia FIFA 2025. Kelayakan ini berjaya dicapai selepas wakil Korea Selatan itu mengalahkan kelab Jepun, Yokohama F. Marinos 1-0 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2023/24. Gol kemenangan The Tigers disumbang oleh pemain tengah menyerang, Lee Dong-gyeong pada minit ke-19. […]

Keadaan Pearly Tan Cemaskan Kem Badminton Malaysia

Berita kurang gembira diterima dari skuad badminton kebangsaan yang membabitkan pemain beregu wanita Malaysia, Pearly Tan. Menurut Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, kecederaan yang dialami oleh pemain berusia 24 tahun itu adalah masalah berulang di bahagian belakang yang pernah menimpa Pearly sebelum ini. ”Memang untuk setakat ini Pearly ada sedikit (kecederaan) di […]

Pra-Musim: Kelantan Cipta Kejutan Tundukkan Kelab Thailand, Pattani 3-0

Kelantan Darul Naim merekodkan pencapaian membanggakan apabila mudah menundukkan kelab Thailand, Pattani FC dengan keputusan 3-0. Aksi pra-musim pertama Kelantan Darul Naim sempena pra musim 2024/25 bermula langkah kanan mengatasi Pattani FC di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, malam tadi. Tuan rumah bermula pada pada babak pertama menerusi serangan yang digerakkan dari kawasan tengah […]

FAM Sedia ‘Tinggalkan’ SNBJ

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sedia tinggalkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) jika padang tidak berada dalam keadaan terbaik menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026.  Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan FAM, Mohd Firdaus Mohamed memaklumkan bahwa pihaknya akan sentiasa memantau dengan lebih rapi sebelum dapat digunakan sepenuhnya. “Kita akan pantau situasi padang, sebab saya difahamkan ada satu […]

Jurulatih Uzbekistan Lega Kalahkan Malaysia

Jurulatih Uzbekistan, Timur Kapadze mengungkapkan rasa lega selepas berjaya mengalahkan Malaysia dalam aksi sulung kedua-dua pasukan di Piala Asia Bawah 23 (B-23) semalam. Timur menganggap aksi pertama dalam pertandingan kebiasaannya akan menjadi satu kesukaran buat mana-mana pasukan namun beliau bersyukur pasukan kendaliannya mampu meraih tiga mata. Jika diamati dengan lebih terperinci, Timur yakin anak buahnya […]

Skuad Wanita Malaysia Tagih Khidmat Pemain Naturalisasi?

Pengerusi Jawatanakuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob tidak menolak melihat pemain naturalisasi memperkuatkan Malayan Tigress. Hal ini dinyatakan beliau kepada media selepas Majlis Pelancaran Bola Rasmi Piala Presiden, Piala Belia, Liga Wanita Nasional (LWN) dan Piala Tun Sharifah Rodziah 2024 di Wisma FAM hari ini. Sejak beberapa tahun kebelakangan […]

Manja Man Diumum Jurulatih Baharu Kelantan

Pasukan Liga A1 Semi Pro, Kelantan FC mengumumkan perlantikan Manja Man sebagai jurulatih baharu pasukan untuk musim 2024/25. Perlantikan bekas jurulatih Perlis FA itu diumumkan pengurusan The Red Warriors di platform media sosial mereka semalam. Manja dibawa masuk bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan jurulatih Argentina, Alfredo Vera. Ini selepas Vera memilih kembali ke Indonesia untuk […]

UCL: Real Madrid Layak Ke Separuh Akhir, Tewaskan Man City Menerusi Sepakan Penalti

Perlawanan suku akhir dua bagi saingan Liga Juara-Juara Eropah hari ini menyaksikan pertembungan di antara Manchester City menentang Real Madrid yang berakhir dengan keputusan 1-1.  Real Madrid layak ke separuh akhir selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti Manchester City (3-4) Real Madrid.  Skuad kendalian Pep Guardiola turun dengan kelebihan beraksi di laman sendiri manakala Real […]

UCL: Bayern Munich ‘Tendang’ Arsenal Keluar Dari Saingan Eropah

Bayern Munich menempah tempat ke separuh akhir setelah cemerlang menyingkirkan Arsenal dalam aksi kedua peringkat suku akhir UEFA Champions League (UCL). Kedua-dua pasukan tampil dengan barisan pemain terbaik setelah sekadar mencatatkan keputusan seri 2-2 ketika bertemu di Stadium Emirates minggu lalu hasil jaringan Bukayo Saka dan Leandro Trossard manakala gol pelawat disumbang Serge Gnabry dan […]

AFC U-23 Asian Cup: 2 Kad Merah & Penalti Hiasi Kemenangan Vietnam Ke Atas Kuwait

Pertembungan Vietnam dan Kuwait dalam aksi peringkat kumpulan D AFC U-23 Asian Cup menyaksikan kemenangan memihak jaguh Asia Tenggara tersebut dalam perlawanan penuh drama. Naib juara edisi 2018, Vietnam yang dibimbing oleh ketua jurulatih, Hoang Anh Tuan mempertaruhkan barisan terbaik bagi merealisasikan misi meraih mata maksimum pada aksi pembukaan mereka ini. Kedua-dua pasukan mula melancarkan […]

Pra-Musim: Kedah Kalahkan Skuad Muda Terengganu

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) membuka kempen Agarbomb Performance Cup 2024 dengan bergaya apabila menewaskan Terengganu FC II hari ini. Perlawanan hari ini membantu kedua-dua pasukan tampil lebih mantap apabila saingan musim 2024/25 membuka tirainya pada bulan hadapan. Perlawanan hari ini turut menemukan semula dua rakan lama iaitu jurulatih Terengganu II, Hairuddin Omar dan […]

Pra-Musim: Terengganu Mula Langkah Kanan Tundukkan Penang

Terengganu mencatatkan kemenangan pertama untuk kejohanan 4 penjuru pra-musim 2024/25 apabila menewaskan Penang dalam Agarbomb Performance Cup. Sang Penyu menampilkan kesebelasan terbaik dalam aksi ini dengan menurunkan Suhaimi Husin, Shahrul Nizam, Alif Zakaria dan Nurillo Tukhtasinov termasuk muka-muka baharu seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid, Marin Pilj, Ismaheel Akinade dan Manuel Ott. Pasukan Penang pula dibarisi […]

AFC U-23 Asian Cup: Penalti ‘Percuma’ Buat Malaysia Kecewa Di Tangan Uzbekistan

Malaysia memulakan kempen Piala Asia B-23 dengan kekalahan apabila tewas 2-0 di tangan Uzbekistan. Skuad kendalian Juan Torres turun dengan motivasi terbaik dengan dibarisi beberapa pemain seperti Luqman Hakim, Harith Haiqal, Azim Al-Amin dan kapten pasukan, Mukhairi Ajmal. Nasib tidak menyebelahi skuad negara apabila perancang tengah negara, Syahir Bashah menghadiahkan sepakan penalti kepada lawan. Peluang […]

Pra-Musim: Selangor Menang Tipis Ke Atas Negeri Sembilan

Selangor terpaksa berhempas pulas untuk menewaskan Negeri Sembilan dalam aksi pra-musim pada petang Rabu. Perlawanan yang berlangsung di Pusat Latihan SFC itu menyaksikan Negeri Sembilan menurunkan tiga pemain import dalam kesebelasan utama dengan misi memburu kemenangan setelah tumpas kepada Terengganu dalam aksi lalu. Anak-anak buah Nidzam Jamil bermula garang dengan tidak menunggu lama untuk membuka […]