Shin Tae-yong Lempang Pemain Tepi Padang

Jurulatih skuad kebangsaan Indonesia, Shin Tae-yong telah dikesan menampar pemain muda Indonesia di tepi padang ketika separuh masa pertama baru sahaja ditamatkan. Pengendali dari Korea Selatan itu dilihat menampar pemain sayap, Jeam Kelly Sroyer selepas pemain itu dilayangkan kad kuning kerana masuk semula ke padang tanpa keizinan daripada pengadil perlawanan. Video yang berdurasi 10 saat […]
Selangor Cabar Tiga Pasukan Asia

Selangor FC terus meningkatkan persediaan pra-musim 2024/25 dengan berhadapan tiga pasukan dari Asia pada 26 dan 28 April ini. Tiga pasukan tersebut ialah Balestier Khalsa (Singapura), Young Elephants (Laos) dan Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) (Brunei Darussalam). Ketiga-tiga pasukan ini bakal mencabar Selangor untuk kejohanan pra-musim Selangor Asia Challenge (SAC) yang kini memasuki […]
UEL: Impian Treble Liverpool Lebur, Disingkirkan Atalanta

Hajat Liverpool memburu pencapaian treble sebagai hadiah perpisahan buat Jurgen Klopp tidak kesampaian apabila disingkirkan Atalanta dari saingan suku akhir Liga Europa awal pagi ini. Selepas tewas mengejut 3-0 di tangan La Dea pada minggu lepas, Liverpool perlu menjaringkan sekurang-kurangnya empat gol untuk mara ke separuh akhir. Sementara tuan rumah yang dibimbing Gian Piero Gasperini […]
AFC U-23 Asian Cup: Gol Minit Akhir Qatar Buat Jordan Menangis

Jaringan minit akhir dari Qatar memastikan pasukan tuan rumah itu layak ke suku akhir setelah menewaskan Jordan di Stadium Jassim Hamad. Jordan tampil meletakkan kepercayaan kepada gandingan duo penyerang utama, Sief Darwish dan Baker Kalboukeh. Qatar pula turun dengan trio serangan terbaik mereka iaitu Khaled Ali, Mohamed Gouda dan juga Tamem Mansour. Pemain pertahanan, Abdulla […]
Pra-Musim: Sri Pahang Jinakkan Geylang International

Aksi pra-musim pasukan Liga Super menyaksikan Sri Pahang bertandang ke Singapura menentang pasukan Geylang International berakhir dengan keputusan 1-0. Ini merupakan aksi kedua Sri Pahang dalam aksi Pra Musim di Singapura dimana sebelum ini bertemu pasukan di juara Liga Singapura, Albirex Niigata. Namun, perlawanan tersebut hanya 36 minit sahaja ekoran cuaca hujan lebat kilat yang […]
AFC U-23 Asian Cup: Aksi ‘Spiderman’ Ernando Ari Hiasi Kemenangan Indonesia Benam Australia

Nama Ernando Ari akan sentiasa diingati para penyokong Indonesia selepas kecemerlangan penjaga gol itu membantu Indonesia meraih kemenangan pertama dalam saingan Piala Asia Bawah 23 (B-23) Qatar selepas mengejutkan Australia sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dalam usaha mereka mencerahkan peluang mara ke pusingan kalah mati. Aksi dimulakan dengan tekanan luar biasa dipamerkan oleh […]
Ramalan Separuh Akhir UCL Micah Richards Melencong Hingga Ke Parit

Ramalan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL) daripada bekas pemain Manchester City, Micah Richards akhirnya melencong hingga ke parit. 4 slot untuk aksi separuh akhir UCL kelak telah sah menjadi milik Borussia Dortmund, PSG, Real Madrid dan Bayern Munich. Namun Micah Richards yang kini merupakan pengulas bola sepak menarik perhatian ramai apabila ramalan awal beliau […]
Vietnam B-23 Hadapi Krisis Besar Sebelum Bertemu Malaysia

Meskipun meraih kemenangan selesa ke atas skuad Kuwait Bawah 23 Tahun (B-23) semalam, Vietnam kini dibelenggu krisis besar. Ini kerana perlawanan tersebut menyaksikan penyerang Quang Nam, Nguyen Dinh Bac mengalami kecederaan ligamen pada buku lali. Kecederaan itu dialami pada minit keenam perlawanan selepas beliau diterjah pemain sayap Kuwait, Moath Al Enezi. Selepas membuat imbasan di […]
Azim Al Amin: Kesilapan Pemain Buat Malaysia Dibolosi

Penjaga gol skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Azim Al Amin Kamaruddin mengakui kesilapan pemain mengakibatkan pasukan itu tunduk kepada Uzbekistan semalam. Aksi pertama Kumpulan D Piala Asia B-23 2024 membabitkan Harimau Muda dan The White Wolves menyaksikan pihak lawan mendahului pada minit ke-11 menerusi kapten Jasurbek Jaloliddinov. Ini selepas penyerang Uzbekistan, Ruslanbek Iyanov dijatuhkan […]
FAM Lancar Akademi Pengadil, VAR Dalam Fasa Akhir ‘Gegar’ Liga Malaysia

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), dalam satu sidang media di Petaling Jaya hari ini secara rasminya mengumumkan bahawa FAM memperkenalkan Akademi Pengadil Profesional. Tujuan utama penubuhan Akademi Pengadil ini adalah untuk melahirkan pengadil-pengadil Malaysia yang berprestasi tinggi bagi. Ia sebagai langkah awal pengadil-pengadil ini sebelum turun ke pentas sebenar bagi mengadili aksi Liga Super Malaysia dan […]
Pra-Musim 2024: JDT Terus Berbisa Di Sepanyol, Tewaskan La Nucía

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan bisa di Sepanyol apabila mencatatkan satu lagi kemenangan berdepan kelab divisyen 4 Sepanyol, CF La Nucía. Pasukan bimbingan Hector Bidoglio berada dalam momentum terbaik selepas membenam cabaran kelab divisyen tiga, Real Murcia dengan keputusan 3-0. Perlawanan bermula baik selepas beberapa pemain dalam kesebelasan utama tempoh hari ditukar dengan […]
Cristiano Ronaldo Menang Saman RM51 Juta Ke Atas Juventus

Cristiano Ronaldo berjaya memenangi saman RM51 juta ke atas Juventus setelah kelab tersebut didakwa gagal melunaskan bayaran gaji terhadap beliau. Juventus dilaporkan pernah meminta untuk menangguhkan bayaran gaji sebanyak €19.9 juta bersamaan dengan RM 99.5 juta sewaktu awal tempoh pandemik Covid-19 namun sehinga kini Ronaldo belum menerima sebarang bayaran tersebut. Kegagalan Juventus membayar hutang gaji […]
Kelantan Dapat Peluang Beraksi Di Liga A1 Semi Pro Dengan Dua Sebab

Penyertaan pasukan Kelantan FC dalam saingan Liga A1 Semi Pro telah mendapat penjelasan meskipun pasukan tersebut bergelut dengan isu tunggakan gaji. Sebelum ini, Amateur Football League (AFL) dalam satu kenyataan memberi nafas baharu buat Kelantan FC beraksi di Liga Malaysia apabila memberi peluang kepada pasukan milik Norizam Tukiman untuk beraksi di Liga A1 Semi Pro. […]
Perlis & Sarawak United Tarik Diri Atas Faktor Kewangan

Saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25 menyaksikan tiada kelibat Perlis United FC dan Sarawak United FC dalam kalangan 16 pasukan yang bertanding. Apabila perkara ini diutarakan kepada Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, beliau memaklumkan kedua-dua pasukan menarik diri atas sebab kewangan. Disebabkan faktor kewangan yang kurang mengizinkan, kedua-dua pasukan memilih […]
“Semua Nak Malaysia Ke Olimpik, Tapi Lihatlah Realiti – Yusoff Mahadi

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah cuba untuk membantu sehabis baik bagi merealisasikan impian mara ke sukan Olimpik Paris tahun 2024. Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkenaan sasaran yang ditetapkan untuk skuad b-23 Malaysia mara hingga ke peringkat separuh akhir Piala Asia B-23. Beliau yakin FAM sudah cuba sehabis baik […]
Gombak Sasar Layak Ke Piala Malaysia

Meskipun berstatus pendatang baru dalam Liga A1 Semi Pro, kelab Gombak FC memiliki cita-cita besar untuk kempen Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. Kelab tersebut bukan saja ingin memburu kedudukan tinggi dalam liga musim ini. Malah, pasukan yang dibimbing Shahrom Kalam itu ingin layak ke Piala Malaysia. Perkara ini dinyatakan sendiri beliau kepada media selepas tamat […]