Azzmi Aziz Dilantik Jurulatih Baharu Negeri Sembilan

Spekulasi siapa jurulatih baharu Negeri Sembilan FC akhirnya terjawab apabila pasukan itu memilih bekas jurulatih PDRM FC, Azzmi Aziz. Perlantikan Azzmi diumumkan pengurusan Hoben Jang Hoben di laman sesawang rasmi pasukan itu hari ini. Beliau dibawa masuk menggantikan jurulatih sebelumnya, K. Devan. Ini selepas khidmat jurulatih berusia 56 tahun itu tidak dikekalkan pengurusan skuad Rusa […]

Harith Haiqal: Kami Sedar Tak Cukup Bagus

Kapten Harimau Malaya, Harith Haiqal memohon maaf atas aksi hambar skuad Malaysia bawah 23 tahun dalam saingan Piala Asia B-23 di Qatar. Bek tengah negara itu mengakui beliau dan rakan-rakannya telah memberikan yang terbaik dalam aksi menentang Vietnam tempoh hari. Namun kekalahan anak buah Juan Garrido Torres kepada Vietnam menyaksikan Malaysia tersingkir awal dalam kejohanan […]

Siaran Langsung Pra-Musim: JDT vs UD Castellonense (Live Streaming)

Perlawanan ketiga aksi pra-musim di Sepanyol menyaksikan pertemuan antara pasukan Johor Darul Ta’zim menentang kelab Divisyen 5, UD Castellonense. Aksi yang dijadual berlangsung di Stadium Olimpico Camilo Cano menyaksikan skuad kendalian Hector Bidoglio dalam momentum terbaik di sana. JDT telah merekodkan dua kemenangan awal menentang Real Murcia (3-0) dan juga La Nucia (3-1) sekaligus meletakkan […]

Kedah Kutip Dua Kekalahan Dalam Satu Masa

Kedah Darul Aman mengharungi hari yang pahit apabila tewas dua kali dalam tempoh yang cukup singkat. Sang Kenari mengharungi kempen yang agak baik namun mengalami kejutan apabila tewas 3-0 di tangan seteru utara, Penang FC. Skuad kendalian Nafuzi Zain bagaimanapun melakar keputusan positif ketika berdepan Terengganu dan juga Terengganu ll. Keputusan ini berlarutan kepada skuad […]

Tunku Ismail Bertemu Luis Figo Dengan Dua Sebab

Peminat bola sepak negara teruja apabila Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengadakan pertemuan dengan legenda Portugal, Luis Figo. Pertemuan Tunku Ismail dan legenda Real Madrid itu diadakan semalam dalam suasana yang mesra. Pertemuan dua figura berkenaan turut dikongsikan oleh halaman Johor Southern Tigers. Kedua-duanya mengadakan diskusi tentang perkembangan semasa […]

Cara Unik Hantar Bola Perlawanan Di Perancis Guna Helikopter

Perlawanan kelab bola sepak Perancis, Brest dan AS Monaco semalam mencuri tumpuan penyokong ekoran cara penghantaran bola perlawanan yang unik. Perlawanan Ligue 1 itu yang berlangsung di Stade Francis-Le Ble menyaksikan bola perlawanan dihantar oleh helikopter Tentera Laut Perancis. Krew helikopter kemudiannya menurunkan tentera yang bertanggungjawab membawa bola ke tengah padang. Tentera tersebut kemudiannya menyerahkan […]

“Perkara Besar Akan Berlaku” – Tunku Ismail

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor memberi bayangan sesuatu perkara yang besar akan terjadi. Skuad Harimau Selatan ketika ini berada di Alicente, Sepanyol bagi menjalani aksi pra-musim di sana sejak 14 April yang lalu. JDT juga mempamerkan prestasi yang amat memberangsangkan selepas menundukkan dua lawan iaitu […]

Jurulatih Kuwait Buru Kemenangan Ke Atas Malaysia

Jurulatih skuad Kuwait Bawah 23 Tahun (B-23), Emilio Peixe berazam untuk melakar kemenangan ke atas Malaysia dalam perlawanan terakhir Kumpulan D esok. Menjelang aksi ketiga kumpulan, Harimau Muda dan Al-Azraq terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Piala Asia B-23 2024. Ini selepas Malaysia dan Kuwait masing-masing tewas kepada Uzbekistan dan Vietnam dalam dua perlawanan kumpulan sebelumnya. […]

Aksi Pra-Musim (Ujian Sistem VAR): KL City vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menemukan antara KL City dan juga Negeri Sembilan. Perlawanan yang berlangsung pada 22 April 2024 ini juga merupakan aksi penting apabila Video Bantuan Pengadil (VAR) akan diuji buat pertama kalinya. The City Boys kini berada dalam momentum terbaik selepas berjaya mengikat Gombak FC setelah mencatatkan kemenangan berdepan Melaka FC. […]

Ini Sebab Andre Onana Kekal Beraksi Walaupun Terima Dua Kad Kuning

Tular dalam kalangan peminat bola sepak apabila penjaga gol Manchester United, Andre Onana dibenarkan untuk bermain meskipun dilayangkan dua kad kuning oleh pengadil. Pada aksi separuh akhir Piala FA Inggeris di antara Manchester United dan Coventry City menyaksikan pengadil perlawanan, Robert Jones melayangkan kad kuning kepada Andre Onana sebanyak dua kali dalam tempoh masa yang […]

Hafizh Syahrin: Saya Seperti Tunggang Kuda

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin mengakui kejayaan muncul juara perlumbaan pertama pusingan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Hafizh, terdapat sedikit masalah pada jentera miliknya ketika menuju penghujung perlumbaan yang mana menyukarkan beliau untuk mengawal dan dalam masa yang sama mengejar tempat ke garisan […]

BG Tampines Rovers ‘Bantai’ Lion City Sailors 13-1

Kelab Singapore Premier League (SPL), BG Tampines Rovers membuat kejutan dengan membelasah juara SPL edisi 2022, Lion City Sailors 13-1 semalam. Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada Kejohanan Pra-Musim Interim SPL bagi mempromosikan musim baru liga berkenaan yang bermula pada Mei ini. Dengan skuad senior The Sailors berada di Thailand kerana menjalani persiapan pra-musim, LCS menurunkan […]

“Dia Pemain Malaysia Yang Kita Tunggu-Tunggu Untuk Beraksi”

Bekas pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyebut seorang watak dalam skuad Malaysia yang dinanti-nantikan kemunculannya di Qatar. Pasukan bimbingan Juan Torres Garrido merekodkan dua kekalahan awal menentang Uzbekistan dan Vietmam sekaligus menyaksikan peluang untuk ke peringkat seterusnya tertutup. Skuad muda negara bagaimanapun masih memiliki peluang terakhir untuk merekodkan sekurang-kurangnya satu mata berdepan Kuwait. Beliau bagaimanapun optimis […]

Kedah Berjaya Langsaikan Tunggakan Gaji

Penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) boleh menarik nafas lega kerana First Instance Body (FIB) mengesahkan isu tunggakan gaji pasukan itu sudah berakhir. Sebelum ini, pengurusan Sang Kenari terlepas tarikh akhir penyelesaian tunggakan gaji yang ditetapkan FIB pada 31 Mac lalu. Akibatnya, FIB kemudiannya menjatuhkan hukuman potongan tiga mata dan denda sebanyak RM50,000. Kedah […]

Mahali Jasuli Cadang 3 Nama Kepada Juan Torres

Bekas pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli memberikan cadangan tiga nama kepada ketua jurulatih, Juan Torres untuk diturunkan menentang Kuwait. Pemain berusia 34 tahun itu melihat momentum baik yang berjaya dijelmakan pada aksi babak pertama menentang Vietnam B-23 gagal diteruskan memasuki aksi separuh masa kedua. Namun begitu, bekas pemain Negeri Sembilan ini melihat terdapat beberapa perkembangan positif […]

Erick Thohir: Saya Salut Dengan Strategi Shin Tae-yong

Ketum PSSI, Erick Thohir, merasa salut dengan strategi pelatih Timnas Indonesia U-23, Shin Tae-yong, usai mengalahkan Yordania dalam pertandingan pamungkas Grup A Piala Asia U-23 2024. Menurutnya, pelatih asal Korea Selatan itu meracik startegi dengan apik, sehingga permainan Timnas Indonesia U-23 begitu indah dan meraih kemenangan telak 4-1 atas Yordania. “Saya salut atas strategi pelatih […]