4 Pemain JDT Berhijrah Ke Sri Pahang

4 orang pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membawa haluan untuk beraksi bersama Sri Pahang. Skuad Harimau Selatan telah pun melepaskan beberapa tonggak bagi musim baharu setelah membuat pengurangan bajet sekitar 40 peratus musim ini. “Harimau Selatan sedang melakukan transformasi yang memperlihatkan kelab mengurangkan perbelanjaan sehingga 30-40 peratus disebabkan keperluan untuk penstrukturan semula kewangan […]
Nathan Tjoe-A-On Tinggalkan Indonesia Lebih Awal

Pemain pertahanan Indonesia, Nathan Tjoe-A-On terpaksa meninggalkan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) lebih awal. Meskipun berjaya membantu Tim Garuda layak ke suku akhir, beliau perlu kembali menyertai kelab Eredivisie, SC Heerenveen. Ini kerana kelab Belanda itu hanya memberi tempoh perlepasan selama seminggu kepada Tjoe-A-On bersama Indonesia untuk Piala Asia B-23. Perkara ini turut disahkan […]
“Muka Dia Emosi, Dua Tangan Tarik Lawan” – Mahali Jasuli

Bekas pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli melihat tindakan yang dilakukan oleh barisan pertahanan skuad Malaysia B-23 sedikit beremosi ketika beraksi. Beliau menjelaskan dalam sesi siaran langsung Astro Arena berkenaan keadaan perlawanan menentang Vietnam apabila anak buah Juan Torres tewas dengan keputusan 2-0. Tindakan pertahanan muda negara, Ubaidullah Shamsul yang menarik lawan ketika cuba bertahan disifatkan sebagai […]
Chelsea Makin ‘Pening Kepala’

Tamparan hebat buat Chelsea menjelang pertemuan epik London Derby menentang Arsenal pada awal pagi Rabu. Ini selepas beberapa tonggak utama pasukan The Blues dilaporkan mengalami kecederaan dan berada dalam keadaan tidak cergas untuk diturunkan oleh pengendali, Mauricio Pochettino. Menerusi satu kenyataan yang dimuatnaik oleh Chelsea FC di laman X, pemain utama seperti penjaring terbanyak pasukan, […]
Shahrom Kalam: Pengadil Lebih Dilindungi Kerana VAR

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Shahrom Kalam menyifatkan sistem bantuan video pengadil (VAR) amat membantu pengadil menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Beliau berpandangan demikian selepas melihat sistem tersebut digunakan dalam perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 membabitkan KL City FC dan Negeri Sembilan FC semalam. Perlawanan tersebut merupakan sebahagian daripada lapan perlawanan pra-musim […]
Bergson Tidak Ke Mana-Mana

Penantian debut penyerang berbisa pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva dijangka akan berakhir. Peledak berbisa pasukan Harimau Selatan itu menimbulkan tanda tanya selepas tidak beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim termasuklah ketika menentang Lion City Sailors tempoh hari. Beliau juga masih belum beraksi dalam dua aksi awal bagi aksi pra-musim di Sepanyol ketika menewaskan […]
Terengganu Julang Trofi Pertama Musim 2024

Terengganu FC membuktikan mereka mahu memberi cabaran hebat dalam musim 2024/25 dengan meraih gelaran juara Agarbomb Performance Cup 2024. Peteh muncul juara kejohanan pra-musim itu meskipun sekadar seri tanpa jaringan dengan Terengganu II dalam perlawanan terakhir pada 21 April lalu. Berdasarkan rekod kejohanan, anak buah Tomislav Steinbruckner itu kekal tanpa kalah dalam tiga perlawanan. Terengganu […]
Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Kuwait vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi terakhir peringkat Kumpulan D berlangsung penuh debaran melibatkan pertembungan Kuwait dan Malaysia. Ketua jurulatih Kuwait, Emilio Peixe dijangka akan merombak barisannya apabila terdesak untuk bukan sahaja memastikan pemainnya cergas tetapi juga mendedahkan mereka yang mempunyai masa yang agak terhad. “Pertamanya kami perlu memulihkan pemain, kerana ia bukan perkara biasa untuk mereka bermain dalam perlawanan […]
Pra-Musim: JDT Mengganas Di Sepanyol, Atasi Club Costa City 7-0

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod bersih di Sepanyol apabila menundukkan Club Costa City pagi ini. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Olimpik Camilo Cano menyaksikan skuad Harimau Selatan melakukan beberapa pertukaran dalam kesebelasan utama pasukan. JDT mengintai kemenangan ketiga berdepan pasukan Sepanyol ini menerusi beberapa siri gerakan menarik pada 15 […]
AFC U-23 Asian Cup: Gol Lewat Tajikistan ‘Hantar’ Thailand Pulang Awal

Perlawanan terakhir kumpulan C AFC U-23 Asian Cup melibatkan Thailand dan Tajikistan menyaksikan kemenangan berpihak kepada negara Asia Tengah itu. Thailand mempertaruhkan barisan terbaik bagi memburu kemenangan kedua setelah dibelasah Arab Saudi pada perlawanan lalu sekaligus mengintai peluang mengiringi dua pasukan Asia Tenggara yang lain iaitu Vietnam dan Indonesia lolos ke pusingan kalah mati. Tajikistan […]
AFC U-23 Asian Cup: Iraq Leburkan Tentangan Sengit Arab Saudi

Skuad Iraq Bawah 23 Tahun (B-23) mengesahkan kemaraan ke suku akhir Piala Asia B-23 2024 apabila mengalahkan Arab Saudi 2-1 dalam aksi terakhir Kumpulan C. Singa Mesopotamia memerlukan kemenangan jika ingin mengulangi pencapaian layak ke suku akhir pada edisi 2022. Sementara The Green Falcons pula hanya memerlukan kemenangan atau seri untuk mara sebagai juara Kumpulan […]
Brendan Gan ‘Mangsa’ Pertama VAR

Pemain tengah KL City, Brendan Gan menjadi pemain pertama yang dilayangkan kad merah menerusi ulang tayang Video Bantuan Pengadil (VAR) yang baru diperkenalkan di Liga Malaysia. Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 menemukan KL City dan Negeri Sembilan FC di Stadium Bola Sepak Cheras yang juga menjadi perlawanan ujian sistem VAR yang bakal digunakan dalam […]
Pra-Musim: KL City Tundukkan Negeri Sembilan Dengan 10 Pemain

Aksi pra-musim Liga Malaysia 2024 hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan KL City dan Negeri Sembilan. Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2024 berakhir dengan keputusan 2-1 memihak kepada KL City. Aksi ini juga merupakan perlawanan pertama bagi menguji Sistem VAR yang bakal digunakan dalam Liga Malaysia tahun ini. Aksi di separuh masa pertama tamat dengan […]
AFC U-23 Asian Cup: Korea Selatan Padam Cabaran Hebat Jepun

Banyak mata terarah kepada aksi tumpuan di antara dua gergasi Asia, Jepun dan Korea Selatan apabila kedua-duanya bertemu dalam perlawanan Kumpulan B Piala Asia Bawah 23 Tahun Qatar sebentar tadi. Kedua-dua pasukan bertindak merehatkan pemain-pemain penting pasukan masing-masing memandangkan Jepun dan Korea Selatan sudah pun mengesahkan kemaraan ke suku akhir. Aksi dimulakan dengan penguasaan bola […]
AFC U-23 Asian Cup: China Pastikan UAE Terus Derita Air Mata

China berjaya menumpaskan UAE dalam aksi terakhir kumpulan B Piala Asia B-23 walaupun kedua-dua pasukan telah gagal ke saingan suku akhir. UAE meletakkan kepercayaan kepada Zayed Sultan dan Yusuf Atiq dibahagian pertahanan tengah pasukan dalam mengekang asakan China setelah pasukan itu bolos dalam dua aksi berturut-turut. China juga berhati-hati dalam perlawanan terakhir ini dan membariskan […]
VAR ‘Ganti’ Penalti KL City

Penggunaan Video Bantuan Pengadil (VAR) telah membatalkan penalti yang mungkin diberikan kepada KL City ketika bertemu Negeri Sembilan. Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi menoktahkan kemenangan. Aksi itu bagaimanapun dihiasi dengan pelbagai insiden termasuklah pelanggaran penyerang berbisa The City Boys, Patrick Reichelt yang bertembung dengan perancang tengah Jang, […]