SAC 2024: DPMM & Balestier Khalsa Sama Kuat

Wakil Brunei Darussalam, Duli Pengiran Muda Mahkota FC (DPMM FC) menutup kempen Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 dengan keputusan seri apabila diikat Balestier Khalsa 3-3. Selepas tewas 4-0 kepada Selangor FC pada 26 April lalu, anak buah Rui Capela berharap dapat bangkit dalam aksi kedua SAC 2024. Sementara Hala Tigers yang dibimbing jurulatih Belanda, Peter […]
JDT Beri Penghargaan Tertinggi Kepada Arif Aiman

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan penghargaan tertinggi kepada pemain sayap pasukan, Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu merupakan tunjang utama pasukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan sudah pun meraih pelbagai kejayaan pada peringkat domestik. Beliau yang memulakan kariernya dari JDT IV kini dijadikan ikon sebagai panduan buat para pemain […]
Malaysia Bakal Miliki Pemain Pertama Beraksi Di EPL?

Malaysia berpotensi untuk memiliki pemain pertama yang beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL). Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai seorang lagi bakat yang dikesan memiliki pertalian darah dengan Malaysia. Pemain yang dimaksudkan itu ialah perancang tengah Leicester City, Kiernan Dewsbury-Hall iaitu seorang bakat muda yang pernah menjadi tumpuan di EPL. Pemain kelahiran Sepshed, Leicestershire […]
Teddy Sheringham Puji Kualiti Padang SNBJ

Legenda Man United, Teddy Sheringham memuji kualiti padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) semalam. Sheringham menjadi sebahagian daripada pasukan legenda United (Manchester Reds) yang beraksi menentang Liverpool Reds dalam perlawanan pertunjukan Battle of the Reds di SNBJ semalam. Perlawanan tersebut menyaksikan barisan legenda Liverpool meraih kemenangan 4-2 ke atas Manchester Reds. Djibril Cisse meledakkan hatrik […]
Erik Ten Hag: Man United Pasukan Paling Menghiburkan

Pengurus Man United, Erik ten Hag mendakwa pasukannya sebagai pasukan yang paling menghiburkan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini. Dakwaan ini dibuat selepas The Red Devils diikat 1-1 dengan pasukan kedua tercorot liga, Burnley di Old Trafford dalam aksi terbaru EPL semalam. United menyangka sudah meraih gol kemenangan menerusi pemain sayap Brazil, Antony pada […]
Dion Cools Dapat Posisi Asal Semula, Beraksi Seperti Tiga Jantung

Pertahanan kental Harimau Malaya, Dion Cools kembali memainkan posisi asalnya dan beraksi seperti memiliki tiga jantung. Pemain berusia 27 tahun itu dalam momentum terbaik selepas menjaringkan gol roket dalam satu perlawanan Thai League Cup untuk mara ke peringkat separuh akhir. Dion kembali dengan peranan baharu bersama Buriram United selepas hampir satu musim setengah diletakkan sebagai […]
Uber Cup: Taiwan Sekat Tentangan Hebat Malaysia

Malaysia membuka kempen Uber Cup 2024 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kehebatan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B. Dengan majoriti ahli kontinjen terdiri daripada pemain muda, Malaysia dilabel pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Taiwan. Pada masa sama, label ini turut memberi kelebihan kepada skuad negara kerana dapat beraksi tanpa sebarang tekanan. Goh […]
Jurgen Klopp & Mo Salah ‘Perang’ Besar

Kem Liverpool dikejutkan dengan pertelingkahan di antara pengurus pasukan, Jurgen Klopp dan ayam tambatan pasukan, Mo Salah. Kejadian ini bermula apabila pasukan lawan Liverpool iaitu West Ham United berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi penyerang England, Michail Antonio setelah The Reds mendahului 2-1. Klopp yang berada di tepi padang bersama Salah yang sedang bersiap sedia untuk […]
Yusri Che Lah Anggap Perak ‘Hilang’ Sejenak Berdepan Kedah

Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah lega dengan kemenangan yang diraih pada aksi persahabatan pra-musim berdepan Kedah Darul Aman FC walaupun mendapati pasukannya hilang arah pada separuh masa pertama. Dalam aksi semalam, Perak kelihatan bergelut untuk menguasai bola selain sukar melancarkan serangan merbahaya ke kubu Kedah sepanjang separuh masa pertama. “Setiap tindakan yang kita (Perak) […]
Arne Slot Dari Kaca Mata Jurgen Klopp

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp teruja dengan tindakan pihak pengurusan kelab mendapatkan khidmat pengendali Feyenoord, Arne Slot bagi menggantikan tempatnya musim hadapan. Bagi Klopp, beliau melihat kehadiran Slot adalah baik buat Liverpool kerana beliau tertarik dengan corak permainan yang diterapkan Slot bersama Feyenoord. “Saya suka cara pasukannya (Feyenoord) bermain bola sepak. Semua perkara yang saya dengar […]
Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Algeria (Live Streaming)

Perlawanan kedua Kumpulan D menyaksikan pertemuan Malaysia dan Algeria pada petang Ahad. Selepas berjaya menewaskan Hong Kong 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D, skuad negara dijangka membuat perubahan kepada barisan pemain yang diturunkan untuk memburu kemenangan kedua kumpulan. Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Cheam June Wei dijangka diturunkan barisan kejurulatihan negara untuk saingan perseorangan […]
Madam Pang Janji RM386,000 Jika Thailand Muncul Juara

Pasukan futsal Thailand bakal mendapat ganjaran lumayan sebanyak tiga juta baht (RM386,000) sekiranya mereka muncul juara Piala Asia Futsal 2024. Ganjaran tersebut dijanjikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madam Pang semalam. Beliau amat bangga dengan kejayaan yang dilakar anak buah Miguel Rodrigo sepanjang kejohanan berlangsung. Dan Madam Pang percaya Thailand […]
Skuad Muda Perak Cipta Kejutan Ikat JDT

Saingan Piala Belia 2024 menyaksikan kejutan dilakar Perak FC apabila mengikat Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) IV 1-1 dalam aksi pertama Kumpulan B semalam. Selepas bergelar naib juara Piala Belia 2023, JDT IV yang dibimbing Pedro Collado Celda mahu bangkit dan melakar pencapaian lebih cemerlang musim ini. Sementara Perak yang dibimbing Sathia Kumaran Subramaniam […]
EPL: Kebangkitan Chelsea Buat Aston Villa Berputih Mata

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada awal pagi Ahad menyaksikan Chelsea dan Aston Villa terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata. Chelsea turun dengan misi mencatatkan kemenangan setelah tewas dalam dua aksi sebelum ini termasuklah kekalahan memalukan kepada seteru London, Arsenal 0-5 di Emirates Khamis lalu. Aston Villa tidak menunggu lama untuk membuka tirai jaringan menerusi […]
EPL: Penalti Halang Manchester United Tewaskan Pasukan Corot Burnley

Manchester United dan Burnley sekadar mencatat keputusan seri di Stadium Old Trafford sekaligus kedua-dua pasukan terlepas peluang untuk memperbaiki kedudukan liga. Masalah kecederaan yang masih menghantui United memaksa Erik Ten Hag untuk menggandingkan Casemiro dan Harry Maguire dibahagian pertahanan pasukan. Burnley pula menurunkan kesebelasan terbaik dalam misi menumpaskan United dengan membariskan David Fofana dan Lyle […]
Pra-Musim: Drama 12 Minit VAR Bantu KL City Ikat PDRM

Aksi pra-musim hari ini telah melibatkan pertembungan antara pasukan PDRM dan KL City. Pasukan tuan rumah PDRM menurunkan barisan terkuat apabila meletakkan Ifedayo Olesugon bagi mengetuai barisan serangan sementara KL City tidak menurunkan tiga tonggak utama pasukan iaitu Paulo Josue, Zhafri Yahya dan Giancarlo dalam keselasan utama. Aksi separuh masa pertama berkesudahan dengan keputusan 1-0 […]