Liga Malaysia Bakal Laksanakan FFP Bagi Musim 2024

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan bahawa Peraturan Fair Play Kewangan (Financial Fair Play/FFP) akan dilaksanakan dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) 2024/25. FFP diperkenalkan bagi membantu kelab-kelab Liga M untuk lebih berhemah dalam berbelanja dan mengelakkan kelab-kelab daripada ditimpa masalah kewangan. Kisah beberapa kelab Liga M dibelenggu masalah kewangan termasuk isu tunggakan gaji bukan satu […]

Tan Cheng Hoe Hadapi Tekanan Hebat Di Thailand

Selepas lebih kurang dua bulan berkelana Thailand, bekas jurulatih Malaysia, Tan Cheng Hoe sudah mula merasakan bahang dan tekanan di sana. Februari lalu, Tan Cheng Hoe membuat keputusan drastik dengan meninggalkan pasukan Selangor FC selepas berjaya membawa The Red Giants melayakkan diri ke saingan AFC Champions League 2 (ACL2) musim hadapan. Keputusan mengejut ini dibuat […]

Siaran Langsung AFC U-23 Asian Cup: Indonesia vs Uzbekistan (Live Streming)

Aksi AFC U-23 Asian Cup antara pasukan Indonesia dan juga Uzbekistan mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Abdullah bin Khalifa itu menyaksikan pasukan kendalian Shin Tae-yong dalam momentum terbaik untuk melangkah ke final. Sang Garuda melakukan kejutan besar apabila menewaskan jaguh Asia, Korea Selatan menerusi penentuan sepakan penalti. Uzbekistan mara ke separuh akhir sebagai […]

Perak Hilang 2 Import Sebelum Liga Bermula

Perak FC terpaksa melupakan khidmat dua tonggak import mereka pada aksi persahabatan pra-musim berikutnya menentang Penang FC yang dijadualkan 4 Mei depan. Dalam satu sesi siaran langsung di Facebook, TBG Super Fan, CEO Perak FC, Bobie Farid Shamsuddin mengesahkan dua tonggak import yang mengalami kecederaan ialah Sunday Afolabi dan pemain pertahanan, Jesper Nyholm. Bobie menyifatkan […]

Vietnam Ikut Langkah Malaysia, Tagih Sentuhan Pengendali Korea Selatan

Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) bakal mengikut jejak Malaysia dengan mencari jurulatih Korea Selatan untuk mengisi jawatan jurulatih skuad senior Vietnam. ASEAN Football melaporkan VFF sedang mengadakan perbincangan dengan bekas jurulatih Jeonbuk Hyundai Motors, Kim Sang-sik. Rundingan antara kedua-dua pihak dilaporkan berjalan lancar dan berada di fasa akhir. Sekiranya VFF dan Sang-sik mampu mencapai persetujuan, […]

Siaran Langsung Uber Cup: Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Uber Cup menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand pada petang Isnin. Skuad wanita kebangsaan memulakan saingan Uber Cup dengan langkah kiri setelah tunduk di tangan Chinese Taipei dengan keputusan 4-1 semalam dengan mata tunggal buat negara disumbangkan oleh pasangan beregu, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee. Pasukan negara […]

Subramaniam Anggap 3 Pasukan Lebih Kuat Berbanding Selangor

Lagenda bola sepak negara, S. Subramaniam menganggap tiga pasukan Liga Super memiliki kekuatan yang lebih baik berbanding Selangor. Perkara ini diucapkan beliau ketika melakukan analisis di Astro Arena selepas The Red Giants menundukkan Young Elephants 4-0 untuk menjulang trofi Selangor Asia Challenge. Katanya, pasukan kendalian Nidzam Jamil tidak dapat menguji kekuatan sebenar kerana bertemu pasukan […]

Thailand Ke Piala Dunia Uzbekistan 2024

Pasukan gergasi futsal Asia Tenggara, Thailand mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia Futsal 2024 di Uzbekistan. ASEAN Football melaporkan Thailand, Iran, Tajikistan, Afghanistan dan tuan rumah Uzbekistan menjadi wakil Asia dalam kejohanan futsal berprestij itu. Thailand, Iran dan Tajikistan mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia Futsal 2024 selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir Piala Asia […]

Selangor Terpaksa Bayar Trofi Juara Dengan Harga Mahal

Meskipun berjaya menggondol gelaran juara Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 semalam, Selangor FC terpaksa membayar kejayaan itu dengan harga yang mahal. Ini selepas jurulatih pasukan, Nidzam Jamil mendedahkan pasukan itu terpaksa melupakan khidmat pemain muda, Aliff Izwan Yuslan selama enam minggu. Pemain tengah Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) itu terpaksa disisihkan kerana mengalami kecederaan metatarsal. […]

EPL: Manchester City Jinakkan Nottingham Forest, Ekori Rapat Arsenal

Manchester City terus memberi tekanan kepada para pencabar kejuaraan apabila mudah menewaskan Nottingham Forest dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). City yang kini di tangga kedua liga selepas Liverpool keciciran mata pada Sabtu tampil dengan barisan terkuat meskipun tanpa penggempur utama, Erling Haaland bagi menghambat kedudukan Arsenal di puncak liga. Anak-anak buah Pep Guardiola terpaksa […]

Pra-Musim: Terengganu Tundukkan Sri Pahang, Kekal Rekod Tanpa Kalah

Terengganu berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam aksi pra-musim apabila menewaskan cabaran Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh. Terengganu menurunkan kesebelasan utama terbaik dalam aksi menentang Sri Pahang seperti Shahrul Nizam, Marin Pilj, Manuel Ott, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Ismaheel Akinade. Sri Pahang pula mempertaruhkan pemain baru seperti T. Saravanan bersama-sama pemain sediakala […]

EPL: VAR Jalan Terakhir Arsenal Tumpaskan Spurs

Arsenal

Perlawanan saingan Liga Perdana Inggeris malam ini menyaksikan pertembungan diantara Arsenal dan Spurs yang berakhir dengan keputusan 3-2. Skuad kendali Mikel Arteta turun dengan memburu kemenangan untuk terus kukuh dipuncak lagi, sementara Spurs juga mahukan tiga mata penuh demi memastikan misi layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan.  Selepas 15 minit permainan, Spurs dibolosi […]

Syahir Bashah Pamer Bisa Sebenar Bersama Selangor

Pemain sayap Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23), Syahir Bashah menunjukkan bisa sebenarnya bersama Selangor FC malam ini. Syahir yang masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-71 mencipta nama sebagai penjaring dalam aksi kedua Selangor Asia Challenge (SAC) 2024 menentang Young Elephants. Pemain berusia 22 tahun itu pantas merebut bola muntah yang terhasil daripada sepakan kencang […]

SAC 2024: Selangor Julang Trofi Pertama, Belasah Young Elephants

Naib juara Liga Super 2023, Selangor FC berjaya menjuarai Selangor Asia Challenge 2024 selepas membenam Young Elephants. Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ menyaksikan skuad kendalian Nidzam Jamil tidak berdepan masalah untuk memperagakan rentak terbaik. Ketajaman jentera serangan The Red Giants muka terserlah apabila pemain sayap sensasi, Alvin Fortes membuka tirai jaringan pada minit ke-26 […]

Indonesia Tempang Tanpa Rafael Struick

Skuad Indonesia Bawah 23 Tahun (B-23) terpaksa mengharungi aksi separuh akhir Piala Asia B-23 2024 tanpa khidmat peledak utama, Rafael Struick. Struick tidak dapat diturunkan dalam aksi menentang Uzbekistan kerana perlu menjalani penggantungan satu perlawanan. Keadaan ini berlaku selepas beliau memiliki dua kad kuning sepanjang kejohanan. Struick sebelum ini mengutip kad kuning semasa menentang Jordan […]

Thomas Cup: Malaysia Catat Kemenangan Bersih Ke Atas Algeria

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Thomas Cup 2024 setelah mudah menewaskan Algeria dalam aksi di gelanggang empat. Masih segar dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong semalam, skuad negara membuat keputusan untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Leong Jun Hao, Aaron Chia dan Goh Sze Fei. Lee Zii Jia yang diturunkan sebagai pemain […]