Liga Super: Aksi Sengit Paksa PDRM & Penang Berkongsi Mata

PDRM dan Penang meraih keputusan seri di Stadium Selayang untuk perlawanan minggu ketiga Liga Super 2024/2025. Skuad kendalian P. Maniam turun dengan semangat baru setelah meraih kemenangan dramatik ke atas Perak tempoh hari dan mengekalkan beberapa pemain utama seperti Fadi Awad, Ifedayo Olusegun dan Bruno Suzuki. Penang yang masih mencari kemenangan pertama liga mempertaruhkan pemain […]

MPFL: JDT Mandi Peluh Tewaskan Pahang Rangers

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) bermaharajalela untuk menewaskan Pahang Rangers bagi aksi MPFL hari ini. Skuad kendalian Juan Antonio Miguel memulakan aksi dengan begitu cemerlang untuk mengawal permainan dengan 60 peratus pada babak pertama. Gol pembukaan berjaya disudahkan oleh Danial Dain dan juga Awaluddin Mat Nawi sebelum Filipe De Souza merapatkan kedudukan. Aksi babak […]

Liga Super: Sabah Pamer Kebangkitan Luar Biasa Sebelum Tewaskan Kuching City

Hasrat Kuching City FC untuk meraih kemenangan pertama Liga Super musim ini tidak menjadi kenyataan selepas tewas kepada pasukan tuan rumah, Sabah FC di Stadium Likas sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dalam misi mencapai kemenangan dengan Sabah menurunkan dua penyerang berbisa iaitu Darren Lok dan Ramon Machado. Manakala Kuching City juga turut menggunakan […]

Misi Besar Gombak FC Layak Ke Piala Malaysia

Pendatang baru Liga A1 Semi Pro, Gombak FC memiliki cita-cita besar meskipun ini musim sulung mereka dalam saingan liga berkenaan. Ini kerana pasukan yang dibimbing bekas pemain kebangsaan, Shahrom Kalam itu ingin layak ke saingan Piala Malaysia 2024/25. Hasrat itu disuarakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Gombak, Akmal Halim selepas majlis pelancaran jersi pasukan itu […]

Malaysia Masters: Lee Zii Jia Tempah Tiket Ke Final, Tundukkan Angus Ng Ka Long

Hajat Lee Zii Jia untuk mara ke final Malaysia Masters 2024 menjadi kenyataan hari ini apabila menewaskan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di peringkat separuh akhir. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada anak jati Alor Setar itu dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan sebelumnya. Ini termasuk kejayaan menggondol gelaran juara Thailand Open […]

Hector Bidoglio: Saya Baru 50% Puas Hati Dengan Aksi JDT

Ketua Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio yakin masih banyak yang perlu ditambah baik oleh pasukannya selepas merakamkan kemenangan ketiga musim ini. Pengendali kelahiran Argentina itu berpuas hati dengan persembahan anak buahnya selepas menundukkan The City Boys dengan keputusan 5-1. Sungguhpun bolos satu gol pada babak pertama, beliau yakin dengan kualiti setiap pemain yang […]

Liga Super: JDT Berpesta Gol Atasi KL City

Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan rentak kemenangan dalam aksi ketiga saingan Liga Super 2024/2025 menentang KL City. Aksi yang berlangsung di Stadium Cheras berkesudahan dengan kemenangan diraih pasukan pelawat. Pengendali KL City, Miroslav Kuljanac memberi kepercayaan kepada Azri Ghani untuk kekal menjaga terakhir pasukan sementara pasukan pelawat menurunkan penjaga gol nombor satu negara, Ahmad Syihan […]

Paulo Josue ‘Tewaskan’ Syihan Hazmi

Kapten pasukan Kuala Lumpur City FC, Paulo Josue berjaya menewaskan Ahmad Syihan Hazmi kali ke-2 musim ini. Pertemuan antara KL City dan JDT di Stadium Cheras itu menyaksikan kedua-dua pasukan tidak dapat menurunkan kesebelasan terbaik pada aksi ini. Pertarungan sengit berlangsung pada 30 minit pertama permainan sebelum satu serangan balas oleh Harimau Selatan berjaya membolosi […]

Kim Pan-gon Bawa Watak Tambahan Lawan Kyrgyzstan

Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon membuat perubahan dalam senarai 26 pemain bagi aksi dua aksi berbaki Kelayakan Piala Dunia 2026. Harimau Malaya kini menjunam ke tangga 138 dunia susulan dua kekalahan kepada pasukan tangga ke-77 dunia, Oman dengan keputusan 2-0, Mac lalu. Skuad kebangsaan bagaimanapun masih memiliki peluang untuk mara ke pusingan berikutnya dengan mengutip […]

“Kita Ayam Itik Je Dengan Dia” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah akui komunikasi merupakan satu masalah yang dihadapi pemain sayap, Lee Tae-min dan diumpamakan seperti komunikasi ‘ayam dan itik’. Pemain muda dari Korea Selatan itu dikatakan tidak mampu berbahasa inggeris dengan baik dan kebanyakan komunikasi di antara beliau dan kesemua rakan sepasukan adalah melalui bahasa tubuh. Yusri walau bagaimanapun bersyukur […]

Piala Dunia Sepak Takraw 2024: Info Siaran Langsung Malaysia vs Indonesia (Live Streaming)

Aksi separuh akhir Piala Dunia Sepak Takraw 2024 bagi acara berpasukan bakal menyaksikan pertembungan derbi nusantara di antara Malaysia dan Indonesia pada Sabtu. Malaysia memulakan saingan acara berpasukan ini dengan rekod bersih setelah menewaskan Brunei dan Jepun dalam aksi kumpulan C untuk muncul sebagai juara kumpulan ke saingan suku akhir. Pada perlawanan suku akhir pada […]

Selangor Kongsi Keadaan Terkini Faisal Halim

Selangor FC baru-baru ini telah berkongsi info terkini berkenaan pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang menjalani rawatan di sebuah pusat perubatan selepas disimbah asid pada 5 Mei lalu. Dalam satu kenyataan rasmi kelab, Faisal dilaporkan sudah didiscajkan daripada pusat perubatan tersebut selepas menjalani empat pembedahan dan rawatan di sana. “Pihak kelab dengan penuh kesyukuran ingin […]

Nafuzi Zain Terharu Dengan Pemain Kedah

Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain terharu dengan sumbangan para pemainnya ketika tewas 0-2 kepada Perak FC dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman semalam. Walaupun ada berita-berita yang kurang enak didengari di luar padang, namun kesungguhan pemain Kedah dan semangat juang tinggi yang dipamerkan wajar diberikan kredit. “Apa yang pemain tunjukkan (aksi […]

Choii Pasang Hasrat Taja Pasukan ‘Utara’ Liga Super

Jenama paling viral di Malaysia, Choii memasang hasrat untuk menaja beberapa pasukan Utara Liga Super di masa akan datang.  Pengasas Choii, Faris Azri mahu menjawab persoalan yang diajukan peminatnya, beliau berterus terang dengan menyatakan bahwa Choii ketika ini tiada perancangan untuk membina jenama ke arah sukan.  Namun, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menaja mana-mana pasukan […]

Faisal Halim Dibenarkan Pulang Ke Rumah

Penyokong Selangor FC mendapat berita gembira apabila bintang pasukan itu, Faisal Halim dilaporkan sudah kembali ke kediamannya hari ini. Selepas menjadi mangsa simbahan asid pada 5 Mei lalu, pemain sayap berusia 26 tahun itu mengalami kelecuran tahap empat. Ini menyebabkan Faisal perlu melalui empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Shah Alam termasuk pembedahan terakhir […]

Siaran Langsung Liga Super: Sabah vs Kuching City (Live Streaming)

Siaran langsung perlawanan Liga Super 2024/25 antara Sabah dan juga Kuching City mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Likas itu menyaksikan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee mahu memperbaiki kedudukan dan mengasah taring jentera serangan. Kuching City pula mula membina momentum selepas mengikat Sri Pahang dengan keputusan 2-2 tempoh hari. The Rhinos kini mengumpul […]