Park Jae-hong Akui Pelan Kelantan DN Tidak Berjaya

Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Park Jae-hong akur dengan kekalahan skuad bimbingannya kepada Terengganu akibat percaturan taktikal yang tidak menjadi. Beliau yang ditemui selepas perlawanan menentang Terengganu pada Jumaat berkata bahawa skuad Penyu sememangnya lawan yang sukar ditambah pula bermain di laman mereka sendiri. Mengenai insiden sepakan penalti yang dihadiahkan oleh Video Bantuan Pengadil […]

Amri Yahyah Anggap Pengaruh Kawan Punca Keluar Dari Persaraan

Pemain baru PT Athletic FC, Amri Yahyah mengakui pengaruh rakan-rakan mendorongnya kembali memeriahkan saingan Liga A1 Semi Pro musim 2024/25. Sebelum ini, Amri menggantung but pada usia 42 tahun selepas membuat penampilan terakhir bersama Sabah FC pada Disember tahun lalu. Selain Sabah, pemain yang mesra disapa Wak Am itu pernah mewakili Selangor FC, Sarawak United […]

Darren Lok Tambah Senarai Kecederaan Harimau Malaya

Penyerang Sabah FC, Darren Lok menambah senarai kecederaan pemain Harimau Malaya menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Kim Pan-gon bakal mengharungi dua aksi terakhir kumpulan setelah tunduk dua kali di tangan pasukan ke-77 dunia, Oman. Pasukan kebangsaan telah menampilkan 26 pemain dengan beberapa muka baharu mendapat tempat buat kali pertama. Pengendali kelahiran Korea […]

Cristiano Ronaldo Rekod Pelaburan Besar Dalam Syarikat Teknologi Whoop

Kapten pasukan kebangsaan Portugal, Cristiano Ronaldo akan melaburkan sejumlah wang dan menjadi duta rasmi untuk Whoop, syarikat teknologi analisa kesihatan tubuh badan.  Butiran jumlah kewangan pelaburan itu belum didedahkan akan tetapi menurut Whoop, perjanjian itu mewakili salah satu pelaburan tertinggi Ronaldo setakat ini. Bintang bola sepak berusia 39 tahun itu menyertai senarai duta global Whoop […]

4 Pasukan Menderita Gara-Gara Ten Hag

Impak kemenangan Man United di bawah bimbingan Erik Ten Hag di pentas final FA Cup pada Sabtu menyebabkan empat pasukan terpaksa menanggung kekecewaan yang besar. Pada aksi final yang berlangsung di Stadium Wembley itu, percaturan taktikal ten Hag yang mempertaruhkan Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo membuahkan hasil apabila dua pemain muda tersebut menjaringkan satu gol […]

Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu ke-3 melibatkan pertemuan antara Selangor dan Negeri Sembilan menjadi tumpuan. Skuad kendalian Nidzam Jamil merakamkan kemenangan sulung 1-0 ke atas Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ sementara Negeri Sembilan tewas aksi pembukaan. The Red Giants dalam momentum baik sungguhpun tanpa beberapa tonggak utama seperti Faisal Halim dengan jentera serangan pasukan diketuai […]

Lagi Kejadian Baling Batu & Mercun Berlaku Pada Aksi KL City & JDT

Aksi liga membabitkan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) semalam dicemari dengan insiden penyokong membaling batu dan mercun. Satu video yang dimuatnaik SNE Sport menunjukkan sekumpulan individu dipercayai penyokong KL City bertindak membaling batu, suar dan mercun ke arah penyokong Harimau Selatan. Mereka dilihat cuba menghalang penyokong JDT daripada meninggalkan Stadium […]

Pemain JDT Tunaikan Permintaan Hector Bidoglio

Pemain JDT menunaikan permintaan Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio ketika aksi Liga Super menentang KL City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Cheras, KL itu menyaksikan beberapa pertukaran berlaku dalam kesebelasan utama Harimau Selatan. JDT kelihatan menerima cabaran hebat The City Boys pada babak pertama sungguhpun berjaya meledak dua gol. Pasukan pelawat bagaimanapun bolos satu gol apabila […]

Thom Haye Masuk Nominasi Gelandang Terbaik Eredivisie 2023/2024

Gelandang Timnas Indonesia, Thom Haye, masuk dalam nominasi gelandang terbaik Eredivisie (kasta teratas Liga Belanda) untuk musim 2023/2024 versi media Belanda, VoetbalPrimeur.nl. Kabar tersebut diumumkan oleh VoetbalPrimeur.nl. Ia bersaing degan tujuh top lainnya, seperti Jordy Clasie (AZ Alkmaar) dan Quinten Timber (PSV Eindhoven). Dijelaskan bahwa Thom Haye menjadi andalan SC Heerenveen pada musim 2023/2024 dengan […]

Selangor Pantau Situasi Khuzaimi Piee

Jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil mengakui pasukan itu memantau keadaan terkini pemain pertahanan mereka, Khuzaimi Piee. Baru-baru ini, Khuzaimi menjadi mangsa kecurian apabila rumahnya dipecah masuk. Kejadian ini disedari bek tengah Harimau Malaya itu selepas pulang daripada menjalani latihan bersama Selangor. Insiden ini menyaksikan Khuzaimi kehilangan motosikal Yamaha Y15, empat beg silang pelbagai jenama dan […]

Final Piala Dunia Sepak Takraw : Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Kemuncak saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 sudah pun tiba dengan aksi final bagi acara berpasukan menyaksikan pertembungan epik di antara Malaysia menentang jaguh dunia, Thailand pada Ahad. Selepas kejayaan menggondol dua gelaran juara dalam acara beregu dan regu Rabu lalu, Malaysia meneruskan misi meraih satu lagi gelaran juara bagi acara berpasukan pada hari ini. […]

Info Siaran Langsung Malaysia Masters: Lee Zii Jia vs Viktor Axelsen (Live Streaming)

Final acara perseorangan lelaki Malaysia Masters 2024 menemukan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia dan pemain nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Final ini disifatkan istimewa buat anak jati Alor Setar, Kedah itu kerana ini final kejohanan badminton antarabangsa pertamanya di Malaysia. “Final ini amat bermakna buat saya kerana ia diadakan di tanah air saya, di […]

Pembantu Tan Cheng Hoe Di Police Tero Letak Jawatan

Bekas pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe kehilangan khidmat penolong jurulatihnya di Police Tero, Sinthaweechai Hathairattanakool. Ini selepas Sinthaweechai memutuskan untuk meninggalkan kelab itu meskipun Thai League 1 masih berbaki satu perlawanan. Keputusan penolong jurulatih berusia 42 tahun itu diumumkan Police Tero menerusi satu kenyataan di platform media sosial mereka semalam. Selain menggalas peranan sebagai […]

ACL: Al-Ain Julang Piala, Belasah 10 Pemain Yokohama F. Marinos

Saingan AFC Champions League (ACL) 2023/2024 melabuhkan tirainya dengan kejuaraan menjadi milik jaguh UAE, Al-Ain setelah menumbangkan Yokohama F. Marinos dalam aksi final kedua. Yokohama F. Marinos memiliki kelebihan tipis setelah hanya mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi final pertama beberapa minggu lalu di Stadium Nissan hasil Asaho Uenaka dan Kota Watanabe. Manakala Al-Ain pula menyimpan […]

Penerangan Lengkap Mengapa Chelsea Terlepas Slot UEL

Selepas Manchester United mengesahkan kejuaraan Piala FA 2023/24 menewaskan Manchester City bermakna Chelsea terlepas slot ke UEFA Europe League (UEL). Mengapa?  Menurut peraturan yang ditetapkan oleh Liga Perdana Inggeris, 7 pasukan akan beraksi di UEFA Europe Competition bagi musim hadapan.  Empat pasukan terbaik Liga akan bertanding dalam kejohanan UEFA Champions League. Antaranya ialah Manchester City […]

Manchester United Juara Piala FA 2023/24

Manchester United menamatkan musim 2023/24 dengan trofi The FA Cup apabila mengatasi cabaran musuh setempat, Manchester City di pentas final hari ini. City berharap dapat meraih gelaran berganda selepas menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL). Sementara United pula memburu trofi ini selepas kempunan meraihnya pada musim lepas. The Red Devils kembali diperkuatkan dengan kehadiran Raphael […]