Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Penang (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 6 melibatkan pertembungan antara Selangor dan juga Penang FC. Skuad kendalian Nidzam Jamil memperagakan persembahan terbaik namun menghadapi siri kekalahan dalam beberapa aksi terakhir. Penang pula kebal apabila hanya merekodkan satu kekalahan daripada 5 perlawanan liga yang telah diharungi dengan Ketua Jurulatih, Akmal Rizal optimis peranan berbeza ditampilkan di MBPJ. “Kita […]
Malaysia Sedia Hadapi Cabaran Indonesia

Pengendali Malaysia Bawah 19 Tahun (B-19), Juan Torres Garrido melihat anak buahnya bersedia menghadapi cabaran negara serumpun, Indonesia. Malaysia layak ke separuh akhir selaku juara Kumpulan C Kejuaraan ASEAN B-19 2024. Kejayaan ini dicapai meskipun skuad negara diikat 1-1 oleh Thailand dalam aksi terakhir kumpulan pada 25 Julai lalu. Ini disebabkan Harimau Muda telah merekodkan […]
Siaran Langsung AFF B-19: Indonesia vs Malaysia (Live Streaming)

Aksi separuh akhir kempen Piala AFF B-19 bakal melibatkan pertembungan antara pasukan Indonesia dan Malaysia. Pengendali skuad B-19 tahun negara, Juan Torres Garrido dalam sidang media pra-perlawanan yakin dengan kemampuan para pemain biarpun sedar dengan kebolehan serta kelebihan yang dimiliki kem garuda ketika ini. Beliau anggap ujian sebenar buat skuad kendaliannya adalah ketika bertemu Indonesia […]
Liverpool Atasi Tentangan Hebat Real Betis

Liverpool kembali bangkit dalam kempen pra-musim 2024/25 apabila menewaskan kelab La Liga, Real Betis dalam aksi persahabatan di Stadium Acrisure, Pittsburgh. The Reds yang dibimbing Arne Slot berharap dapat bangkit selepas tewas mengejut 1-0 kepada Preston pada 19 Julai lalu. Sementara Los Verdiblancos pula mahu meneruskan momentum kemenangan selepas membelasah Austria Salzburg 5-1. Penyerang berbisa […]
Siaran Langsung Badminton Olimpik: Aaron Chia-Wooi Yik vs Ben Lane-Sean Vendy (Live Streaming)

Temasya Sukan Olimpik membuka gelanggang dengan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Wooi Yik turun dalam aksi pertama peringkat kumpulan berdepan wakil Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy. Aaron-Wooi Yik telah diundi di dalam kumpulan A bersama jaguh nombor satu dunia, Liang Weikeng-Wang Chang dan Ben Lane-Sean Vendy dari Great Britain selain pasangan Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura. Bagi […]
Liga A1 Semi Pro: Senarai Perlawanan Minggu 7, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Saingan Liga A1 Semi Pro semakin rancak dengan liga kelolaan Liga Bola Sepak Amatur (AFL) itu kini memasuki aksi minggu ketujuh. Hari perlawanan minggu keenam menyaksikan PIB Shah Alam FC, PT Athletic FC, Melaka FC, Imigresen FC dan KL Rovers FC masing-masing mencatatkan kemenangan. Hanya dua perlawanan yang berakhir dengan keputusan seri iaitu aksi Harini […]
Liga Super: Penalti Saat Akhir Kuching City Ranap Impian Kedah

Hasrat Kedah Darul Aman FC (KDA FC) untuk mencipta kemenangan di laman sendiri tidak menjadi kenyataan apabila diikat Kuching City dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman pada Jumaat. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat dengan Kedah meletakkan duo penyerang iaitu Milos Gordic dan Ebenezer Assifuah manakala Jordan Mintah menjadi harapan Kuching City di bahagian […]
Indonesia Pantau 3 Pemain Muda Malaysia

Pakar meminta agar Indonesia memantau kudrat 3 pemain Malaysia B-19. Aksi getir menanti penyokong rantau ini apabila skuad muda Sang Garuda bakal berdepan anak didik Juan Torres pada aksi separuh akhir Kejuaraan Asean B-19. Indonesia muncul juara Kumpulan A manakala Malaysia B-19 turut cemerlang dalam Kumpulan C dengan 7 mata daripada 3 perlawanan. Pemerhati bola […]
Indonesia Buat ‘Kelas Tambahan’ Berdepan Malaysia

Bagi mempersiapkan pasukan sebelum turun bertemu Malaysia, skuad B-19 tahun Indonesia mengadakan satu sesi tambahan bagi memperkuat mental para pemain. Malaysia dan Indonesia akan berentap di pentas separuh akhir Kejuaraan Asean B-19 2024 di Stadium Gelora Bung Tomo hari ini. Dalam satu video yang dimuat naik di laman media sosial rasmi Timnas Indonesia, skuad kendalian […]
Liga Super: Perak Calar Maruah Kelantan DN Di Kota Bharu

Kelantan Darul Naim merekodkan kekalahan kelima Liga Super musim ini setelah tewas dengan jaringan 3-1 kepada Perak. Hujan lebat membasahi gelanggang keramat Kijang Emas di Stadium Sultan Muhammad IV sehingga perlawanan terpaksa ditunda selama hampir satu jam. Park Jaehong memberikan kepercayaan kepada Khatul Anuar untuk menjaga gawang gol Kelantan Darul Naim bersama-sama barisan pemain lain […]
Fergus Tierney Ke Liga Thailand

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney mencipta kejutan apabila memilih menyertai kelab Thai League 2, Chonburi FC. Perpindahan penyerang berusia 21 tahun itu diumumkan sendiri Chonburi dalam satu majlis pengenalan pemain dan jersi baru pasukan. Berita perpindahan itu turut dikongsikan oleh wartawan sukan Thailand, Ta Lao menerusi satu hantaran terbaru di X. Walau bagaimanapun, tidak dapat […]
Liga Super: JDT Benam Terengganu 4-0

Aksi minggu 6 Liga Super menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) menoktahkan kekalahan pertama Terengganu dengan keputusan 4-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio bermula garang apabila membuka tirai jaringan menerusi sepakan kencang Heberty Fernandes seawal minit ke-6. Terengganu bergelut tanpa kelibat Akhyar dan Safawi Rasid pada bahagian serangan dengan Ismaheel Akinade kurang mendapat sokongan. Kesilapan daripada pertahanan […]
Hafizh Syarin Gembira Walau Dihimpit Tragedi Ketika Latihan

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah tetap gembira meskipun ditimpa kemalangan semasa menjalani sesi latihan bebas di Mandalika, Indonesia. Pendahulu kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000) Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 itu berjaya merekodkan catatan masa 1 minit 36.482 saat (s) untuk catatan ketiga terpantas sesi ketiga latihan bebas. Semasa sesi pertama latihan bebas, Hafizh yang […]
Akmal Rizal Sedia Bekalkan Lebih Ramai Pemain Berkualiti Buat Harimau Malaya

Akmal Rizal bersedia membekalkan lebih ramai pemain berkualiti untuk skuad Harimau Malaya di masa akan datang. Pengendali Penang FC itu menganggap kesempatan yang diperoleh oleh anak-anak buahnya untuk dipanggil ke kem kebangsaan bukanlah senang dengan adanya pemain ternama dari pasukan gergasi Liga Super. ”Untuk pemain-pemain (Penang) bermain di dalam skuad kebangsaan bukanlah sesuatu yang mudah […]
Tiket Aksi Indonesia B-19 & Malaysia Dijual RM14, Dijangka Penuh Satu Stadium

Aksi separuh akhir Kejuaraan ASEAN Bawah 19 Tahun (B-19) 2024 membabitkan tuan rumah, Indonesia dan Malaysia dijangka menjadi tumpuan ramai. Kedua-dua pasukan serumpun Nusantara itu berjaya layak ke separuh akhir selepas muncul juara kumpulan masing-masing. Indonesia muncul juara Kumpulan A selepas merekodkan tiga kemenangan berturut-turut. Sementara Malaysia muncul juara Kumpulan C menerusi kelebihan jaringan meskipun […]
Kedah Terima Sokongan 30 Penaja

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) mendepani cabaran Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 dengan sokongan 30 entiti korporat. Identiti semua penaja ini dikongsikan pengurusan Sang Kenari dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Stadium Darul Aman. Ini dilihat sebahagian daripada usaha pemegang saham majoriti Kedah, Tan Sri Dr. Daud Bakar untuk memperkukuh kedudukan kewangan […]