Liga A1: PT Athletic Cemerlang Bangkit Ikat BR Damansara

Bunga Raya Damansara dan PT Athletic menampilkan aksi sama hebat di Stadium Persada Plus untuk berkongsi mata dalam saingan Liga A1. BR Damansara mempertaruhkan barisan pemain hebat seperti Kogileswaran Raj, Nicolas Vargas, Agustin Sequiera dan K. Prabakaran bagi menentang PT Athletic. Skuad kendalian Nazrulerwan Makmor pula dibarisi pemain seperti Latiff Suhaimi, Syazwan Zainon, Faris Shah […]
Arif Aiman Dalam Radar Kelab Iran?

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilaporkan berada dalam radar kelab Iran. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama buat Harimau Selatan dan juga skuad kebangsaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau bagaimanapun mula dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara apabila tersebar khabar angin terbaru mengenai masa depannya. Salah sebuah […]
Atlet Iraq Positif Doping

Atlet Iraq disahkan positif doping sebelum memulakan aksi di pentas Olimpik. Berita ini telah diumumkan oleh pihak International Testing Agency (ITA) yang mendapati atlet judo bernama Sajjad Sehen ini telah didapati menggunakan bahan terlarang jenis steroid anabolik. ITA telah menjalankan ujian kawalan anti-doping di luar persaingan pada Selasa lalu dan keputusan makmal telah dikeluarkan pada […]
Thailand Ke Final, Kuburkan Skuad Muda Australia

Thailand menempah tiket ke pentas final apabila menguburkan skuad muda Australia. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan misi untuk melangkah ke peringkat akhir kejohanan. Skuad Gajah Perang mendapat tonik awal hasil kesilapan pelik penjaga gol Australia, Peraic-Cullen pada minit ke-5 yang gagal menahan bola seterusnya masuk ke dalam gawang. Australia menggandakan asakan ke arah kubu […]
Olimpik Paris: Aaron Chia-Wooi Yik ‘Berpeluh’ Atasi Ben Lane-Sean Vendy

Beregu lelaki nombor satu Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum menumbangkan wakil Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy dalam aksi pertama di Olimpik Paris. Aksi pertama kumpulan A itu menyaksikan jaguh negara ini turun berdepan pemenang pingat perak Sukan Komanwel Birmingham 2022 ini dalam misi menghadiahkan pingat buat kontinjen Malaysia di Paris. Meskipun […]
“Kedah Dihukum Kerana Kesilapan Kecil” – Nafuzi Zain

Ketua Jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Nafuzi Zain berpendapat jaringan saat akhir Kuching City FC pada aksi kedua-dua pasukan pada Jumaat adalah kerana kesilapan yang kecil. Kedah yang berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan Hasbullah Abu Bakar terpaksa akur dengan jaringan penalti pada penghujung perlawanan untuk mengakhiri perlawanan dengan keputusan 1-1. Kuching City dihadiahkan […]
Hajat Podium Hafizh Syahrin Tersekat Di Mandalika

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah hampa apbila terlepas peluang meraih podium dalam perlumbaan terbaru Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Mandalika, Indonesia. Selepas berjaya meraih tempat keempat dalam perlumbaan Suzuka 8 Hours di Jepun baru-baru ini, pelumba negara itu berusaha mengekalkan momentum dalam ARRC 2024 untuk kategori Asian Superbike 1000 (ASB1000). Hafizh […]
Yusri Che Lah: Cakap Lebih Kena Gantung

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah tidak mahu bercakap lebih kerana berisiko digantung. Jurulatih muda itu memastikan The Bos Gaurus mencatatkan kemenangan ke atas Kelantan DN dengan keputusan 3-1. Kejayaan itu bagaimanapun diburukkan apabila kapten Perak FC, Luciano Guaycochea dilayangkan kad merah pada masa kecederaan babak kedua. Beliau dikesan cuba melewatkan permainan apabila tidak meneruskan […]
Tomislav Steinbruckner: Terengganu Buat Sehabis Baik Tanpa Tonggak Utama

Pengendali Terengganu, Tomislav Steinbruckner akui sangat berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan oleh anak buahnya. Meskipun tanpa beberapa tonggak utama seperti Akhyar Rashid dan Safawi Rasid, beliau percaya anak buahnya tetap memberi saingan hebat kepada pasukan tuan rumah. Malang berganda buat Terengganu apabila dihukum beraksi 10 pemain selepas Ubaidullah Shamsul dilayangkan kad merah di separuh […]
Alasan Kelab Jepun Minat Pemain Malaysia

Alasan kelab Jepun yang mula tertarik untuk membawa pemain Malaysia ke sana jadi perhatian. Baru-baru ini, kelab Divisyen 3 Jepun iaitu FC Osaka telah mengumumkan ketibaan pemain tengah Selangor FC, Muhammad Abu Khalil. Pemain berusia 19 tahun itu dibawa masuk secara pinjaman daripada naib juara Liga Super 2023 itu sehingga Disember 2024. Beliau secara tidak […]
Siaran Langsung MPFL: Pahang Rangers vs JDT (Live Streaming)

Aksi minggu ke-12 saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) menemukan JDT dan Pahang Rangers pada Sabtu di Stadium Tertutup Sukpa. Aksi tumpuan hujung minggu ini bakal membuatkan para peminat futsal tempatan teruja apabila pendahulu liga, JDT bakal bertandang ke gelanggang juara bertahan, Pahang Rangers. JDT yang kini menerajui carta kedudukan MPFL dengan 30 mata, dibezakan […]
“Inilah Cara JDT” – Hector Bidoglio

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan anak buahnya dalam aksi keenam saingan Liga Super Malaysia 2024/2025. Beraksi dihadapan 21,365 ribu penyokong, JDT mudah menundukkan Terengganu di Stadium Sultan Ibrahim. Ketua jurulatih, Hector Bidoglio memuji para pemainnya yang bermain seperti mana yang telah dirancang. “Saya sangat gembira, pemain dan […]
Milos Gordic Dimarahi?

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Milos Gordic kelihatan kecewa selepas dikeluarkan ketika aksi Liga Super menentang Kuching City FC pada Jumaat. Kekecewaan Gordic tidak terhenti di situ sahaja apabila video penyerang kelahiran Serbia itu dimarahi rakan sepasukan di bangku simpanan telah tular di laman Facebook. Dalam video yang dimuatnaik oleh Hijau Kuning Supporters […]
Penampilan Corbin Ong Cetus Kegusaran

Menjelang Pestabola Merdeka 2024 pada September depan, penampilan pemain pertahanan kiri, La’Vere Corbin-Ong bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) mula mencetuskan kegusaran. Pertahanan berusia 33 tahun itu kini dilihat bergelut untuk menembusi kesebelasan utama skuad JDT kendalian Hector Bidoglio. Tempatnya di pertahanan kiri acap kali diisi oleh dua pemain import lincah, Oscar Arribas dan Murilo Henrique […]
“Siapa Pencabar Sebenar JDT? Tak Ada”

Tiada mana-mana pasukan yang dilihat mampu mencabar keupayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) musim ini. Perkara ini disuarakan oleh bekas penjaga gol negara, Syed Adney Syed Hussein ketika mengulas mengenai perlawanan antara JDT dan Terengganu di Sukan RTM. Katanya, sungguhpun ramai mengatakan bahawa pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner merupakan pencabar terbaik namun beliau tidak dapat melihatkan pada […]
Saddil Ramdani Tinggalkan Sabah?

Selepas Ramon Machado, Sabah FC berpotensi kehilangan seorang lagi tonggak import iaitu Saddil Ramdani. Sejak menyertai Sabah pada 2021, Saddil menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee menjadi sebahagian daripada jentera serangan pasukan itu. Berdasarkan data terkini Transfermarkt, beliau telah merekodkan 70 penampilan, 16 gol dan 28 bantuan gol untuk skuad Badak. Kini, portal bola sepak […]