Tonggak KL City ‘Angkat Kaki’

KL City FC terus menerima tamparan hebat apabila kehilangan khidmat pemain sayap Serbia, Lazar Sajcic. Sebelum ini, Sajcic dibawa masuk oleh pengendali Croatia, Miroslav Kuljanac sebagai tonggak import The City Boys untuk kempen 2024/25. Bekas pemain sayap ND Gorica itu sempat beraksi dalam beberapa perlawanan pra-musim untuk KL City. Malangnya, isu kecederaan menghalang Sajcic daripada […]

Al-Ittihad Malukan Inter Milan

Kelab gergasi Arab Saudi, Al-Ittihad mencipta kejutan dengan menewaskan juara Serie A musim 2023/24, Inter Milan dalam aksi persahabatan pra-musim. Pertemuan dua pasukan ini bukan saja menguji kemantapan kedua-dua pasukan sebelum pra-musim 2024/25 bermula. Malah, ini peluang buat Nadi Al-Watan memperkenalkan beberapa bintang baru seperti Moussa Diaby dan Hossem Aouar. Separuh masa pertama menyaksikan Nerazzurri […]

Shin Tae-yong Bawa Kepakaran Jurulatih Penyerang Ke Indonesia

Skuad kebangsaan Indonesia bakal menerima kepakaran seorang jurulatih penyerang dari Korea Selatan yang bernama Yeom Ki-hoon. Menurut laporan Sport Chosun, Yeom Ki-hoon bakal menjadi pembantu jurulatih Shin Tae-yong bagi mengemudi skuad kebangsaan. Yeom Ki-hoon memulakan kariernya sebagai jurulatih bersama bekas kelabnya kelab K-League 2, Suwon Samsung Bluewings pada tahun 2023 dan baru-baru ini beliau difahamkan […]

Kad Merah Aneh Jejas Aksi Vissel Kobe

Kekalahan ketujuh Vissel Kobe di tangan Kawasaki Frontale dalam aksi terbaru J1 League pada 7 Ogos lalu diwarnai dengan insiden kad merah aneh. Kedua-dua pasukan masing-masing turun dengan misi mempertahankan rekod tanpa kalah yang direkodkan sejak bulan Jun lepas. Hajat juara J1 League musim 2023 itu untuk meraih kemenangan mula tergugat apabila Nanasei Iino dibuang […]

Jordi Amat Resahkan Kem JDT

Kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat memberi keresahan kepada kem JDT menjelang pertemuan dengan Kedah Darul Aman. Pemain berusia 32 tahun itu berada dalam kesebelasan utama Harimau Selatan ketika bertemu Sang Kenari namun terpaksa dikeluarkan pada babak kedua. Beliau terus menjadi pilihan utama oleh Ketua Jurulatih, Hector Bidoglio yang meletakkan sebagai pertahanan tengah […]

Pasukan Muda Kedah Akur Tewas Besar Kepada JDT

Saingan Piala MFL diteruskan lagi dengan perlawanan tumpuan di antara Johor Darul Ta’zim II (JDT II) dan Kedah Darul Aman FC B (KDA FC B) di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang. Kedua-dua pasukan menurunkan skuad terkuat mereka dengan JDT II turut menyenaraikan Ramadhan Saifullah dan Gabriel Nistelrooy manakala KDA FC B telah memanggil empat pemain […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Terlepas Tiket Ke Suku Akhir

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang terlepas tiket ke suku akhir acara pecut Olimpik Paris setelah tewas di pusingan Repechage 1/8. Setelah mempamerkan kayuhan penuh bertenaga di pusingan 1/16 berdepan Hamish Turnbull, Azizulhasni dijadualkan menentang Jeffrey Hoogland dalam aksi 1/8. Walau bagaimanapun, kayuhan bertenaga dari wakil Belanda itu memaksa Azizulhasni untuk akur tewas dan […]

Olimpik Paris: Aniq Kasdan Pecah Rekod Kebangsaan

Jaguh angkat berat negara, Aniq Kasdan berjaya memecahkan rekod kebangsaan di pentas Olimpik Paris 2024. Aniq yang bersaing dalam kategori lelaki 61kg memulakan angkatan seberat 126kg bagi acara snatch dengan penuh cemerlang. Walau bagaimanapun, di angkatan ke-2 dengan bebanan seberat 130kg, Aniq tidak berjaya melaksanakan tugasan tersebut setelah barbell terlepas dari genggamannya. Di angkatan ketiga […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Singkirkan Hamish Turnbull

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mengesahkan kemaraan ke pusingan 1/8 acara pecut individu Olimpik 2024. Pelumba berusia 36 tahun itu mengatasi cabaran wakil Great Britain, Hamish Turnbull dalam perlumbaan saringan ketujuh 1/16. Azizulhasni menjadi satu-satunya wakil negara di pusingan 1/16 acara pecut individu. Ini selepas seorang lagi jaguh negara, Shah Firdaus Sahrom terkandas […]

Olimpik Paris: Dhabitah Sabri Cemerlang Ke Separuh Akhir

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri memulakan aksi di Olimpik Paris dengan cemerlang setelah melayakkan diri ke peringkat separuh akhir 3 meter papan anjal. Dalam aksi pusingan kelayakan pada Rabu, Dhabitah yang merupakan wakil tunggal wanita negara berada di giliran ke-21 daripada 28 peserta dari negara-negara lain. Pada terjunan pertama, Dhabitah bermula baik dengan meraih kutipan […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Tewaskan Luca Spiegel

Jaguh berbasikal trek Malaysia, Datuk Azizulhasni Awang mengetepikan cabaran Luca Spiegel untuk mara ke pusingan 1/16 acara pecut individu Sukan Olimpik 2024. Selepas mengesahkan kemaraan ke pusingan 1/32 dengan catatan masa 9.402 saat (s), Azizulhasni berharap dapat menebus kekecewaan tersingkir di peringkat suku akhir Olimpik 2020. Meskipun begitu, Spiegel dilihat ingin memperkukuh reputasinya sebagai pelumba […]

Punca Ketiadaan 4 Tonggak Sabah Terjawab

Punca ketiadaan 4 tonggak Sabah akhirnya terjawab. Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memaklumkan ketiadaan beberapa tonggak utama menjejaskan persembahan anak buahnya. Beliau menjelaskan kekalahan 3-0 di tangan KL City itu sukar dibendung setelah pasukannya beraksi babak kedua dengan 10 pemain. Keadaan bertambah buruk apabila pemain utama cedera sekaligus memberikan kekalahan kedua kepada Sabah […]

Shah Firdaus Hadapi Tentangan Wakil Israel Acara Pecut

Jaguh berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom bakal berdepan cabaran sukar untuk pusingan 1/32 acara pecut individu Sukan Olimpik 2024. Ini kerana beliau bakal berdepan saingan wakil Israel, Mikhail Yakovlev dalam perlumbaan saringan ketiga acara berkenaan. Pelumba berdarah Rusia-Israel itu membuktikan kemampuannya apabila merekodkan catatan masa 9.152 saat (s) dalam sesi kelayakan acara pecut individu. […]

Piala MFL: Selangor Hentikan Deretan Kemenangan Sri Pahang

Perlawanan saingan Piala MFL petang ini menyaksikan skuad muda Selangor berjaya menghentikan ‘win streak’ hebat Sri Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang.  Skuad muda Sri Pahang ketika ini memegang rekod empat perlawanan tanpa kalah, manakala Selangor pula turun dengan misi mencuri tiga mata berharga di tempat lawan. Seawal minit ke-7 permainan, pemain tengah Selangor, […]

Olimpik Paris: Azizulhasni Awang Lepasi Kelayakan Pecut

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuka kempen Sukan Olimpik 2024 dengan langkah kanan apabila melepasi pusingan kelayakan acara pecut. Ini penyertaan kelima Azizulhasni di pentas Olimpik sekaligus menjadikan beliau atlet lelaki Malaysia yang merekodkan penampilan dalam temasya berprestij tersebut. Acara pecut individu Olimpik 2024 menyaksikan beliau bersaing bersama seorang lagi pelumba negara, Shah […]

Pau Marti Tagih Sokongan Padu Penyokong Bertemu Filipina

Pemangku jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengharapkan sokongan Ekor Harimau Malaya apabila skuad negara berentap dengan Filipina nanti. Malaysia bakal membuka kempen Pestabola Merdeka 2024 dengan menentang negara serantau, Filipina pada 4 September ini. Sementara juara bertahan, Tajikistan menentang Lebanon pada hari yang sama. Pau Marti mengakui arif dengan The Azkals memandangkan itu lawan […]