Hector Bidoglio Puji Aksi Kalamullah

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Hector Bidoglio mengakui penjaga gol Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi bakal memberi kesukaran kepada pasukannya. Kehebatan Kalamullah sebagai penjaga gol terserlah apabila Kedah berentap dengan JDT dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024 pada Separuh masa pertama menyaksikan jentera serangan Harimau Selatan […]

Peluang Rakyat Malaysia Zahirkan Sokongan Kepada Palestin Di Cheras

Rakyat Malaysia berpeluang menzahirkan sokongan padu kepada pasukan bola sepak Palestin dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Ini selepas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan pemilihan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sebagai venue neutral Singa Kanaan untuk aksi kelayakan. Sebelum ini, PFA mencari gelanggang neutral untuk aksi pusingan ketiga kelayakan susulan konflik […]

Olimpik Paris: Dhabitah Sabri Layak Ke Final

Ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri meneruskan aksi cemerlang di pentas Olimpik Paris setelah mengesahkan tempat di final acara 3 meter papan anjal. Setelah pamer terjunan memukau di pusingan kelayakan pada Rabu, Dhabitah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir apabila berada di kedudukan ke-12 secara keseluruhan. Di peringkat separuh akhir, penerjun wanita negara ini […]

Police Tero Tewaskan Skuad Muda JDT

Kelab Thailand, Police Tero merekodkan kemenangan ke atas skuad muda JDT. Aksi Teijin U-17 New Generation Cup 2024 itu menyaksikan skuad muda Harimau Selatan telah bertemu beberapa lawan hebat sebelum ini. JDT U16 berada dalam Kumpulan A bersama Police Tero, Prime Bangkok dan juga Port FC sementara Kumpulan B diisi oleh Assumption United, Chonburi FC, […]

Stadium Cheras Dipilih Gelanggang Aksi Palestine-Jordan

Stadium Cheras dipilih untuk menjadi gelanggang bagi aksi di antara Palestine menentang Jordan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2026. Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memaklumkan, Malaysia dipilih sebagai venue perlawanan selepas pihak Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) mengadakan perbincangan dengan Presiden FAM, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin baru-baru ini. PFA sebelum ini mencari venue […]

Syahir Iqbal Dedah Terima Tawaran Kelab Luar Negara

Pemain muda Selangor, Syahir Iqbal Khan mendedahkan pernah mendapat tawaran dari kelab luar negara. Nama Syahir dalam arena futsal mula menyinar pada 2023 setelah mempamerkan aksi cemerlang bersama The Red Giants sehingga mendapat panggilan untuk menyertai kem kebangsaan. Menurut Syahir, sasaran peribadinya adalah beraksi di liga luar negara di sekitar Asia Tenggara dan memasang impian […]

Bukit Tambun Buat Dua Kelab UAE Malu Besar

Kelab Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun FC memberikan dua kelab dubai malu besar. Pasukan kendalian Jacob Joseph kini berada di Dubai bagi menjalani persiapan dengan bertemu beberapa kelab terkemuka di sana. Hal ini selaras dengan visi pemilik kelab Bukit Tambun, Datuk Razalif Mohamad Zain yang mahu pasukannya lebih bersedia untuk memburu kejuaraan. Beliau telah […]

Ranking Terengganu Di Asia Melonjak Tinggi

Ranking finalis Piala Malaysia 2023, Terengganu FC melonjak tinggi di Asia. Skuad kendalian Tomislav Steinbruckner berjaya melayakkan diri ke pentas separuh akhir Piala FA 2024 namun terpaksa akur kepada Selangor FC. Kemajuan skuad Peteh di Asia terus terserlah apabila terus mencatatkan perkembangan positif berdasarkan. kemas kini ranking di Asia. Kemas kini laman Opta Analyst menunjukkan […]

Rutin Pertama Zii Jia & Wooi Yik Lepas Kembali Ke Malaysia

Setelah muncul wira negara dengan menyumbang pingat gangsa di temasya Olimpik, Lee Zii Jia dan Soh Wooi Yik kembali ke Malaysia dengan rutin aktiviti yang mendapat perhatian ramai. Lee Zii Jia meraih pingat gangsa bagi acara perseorangan lelaki setelah menewaskan Lakshya Sen dengan keputusan 13-21, 21-16, 21-11 untuk merangkul pingat pertamanya di pentas Olimpik. Manakala […]

Ultras Malaya Boikot Pestabola Merdeka

Penyokong setia bola sepak Harimau Malaya yang digelar Ultras Malaya membuat keputusan untuk memboikot aksi Malaysia dalam saingan Pestabola Merdeka 2024 edisi ke-43.  Satu hantaran dibuat di laman media Facebook Ultras Malaya, yang menyeru untuk semua peminat bola sepak tidak hadir ke Stadium sebagai tanda protes.  “Sakit dan terus sakit. Biar je jangan diubat. Kosongkan […]

Terjunan Dua Atlet Filipina Gemparkan Dunia Sukan

Kisah dua penerjun Filipina yang pernah tular satu ketika dahulu kembali hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini. Nama John Elmerson Fabriga dan John David Pahoyo menjadi sebutan apabila kedua-duanya membuat terjunan mengejutkan dalam acara terjun 3 meter (m) papan anjal lelaki Sukan SEA 2015. Terjunan tersebut mengakibatkan kedua-duanya tidak mendapat sebarang mata dalam terjunan […]

Arkitek Sepanyol Jadi Sasaran Liverpool

Arkitek Real Sociedad dan pasukan kebangsaan Sepanyol, Martin Zubimendi menjadi sasaran utama buat kelab Liga Pernada Inggeris (EPL), Liverpool. Perkara itu dikongsikan oleh laman X tekenal, Transfer News Live dan ianya telah disahkan oleh wartawan sukan terkemuka, David Ornstein. Namun ianya bukan jalan mudah buat Liverpool apabila kelab popular England itu perlu membayar sekurang-kurangnya 60 […]

Ramon Marcote Cari Kerja

Bekas pembantu jurulatih Selangor FC, Ramon Marcote kini giat mencari pekerjaan baharu selepas meninggalkan Selangor hujung musim lalu. Biarpun ada ura-ura yang mengatakan jurulatih dari Sepanyol itu menyertai sebuah pasukan di Cyprus, ianya ternyata tidak benar sama sekali. Hasil tinjauan di laman Transfermarkt, Selangor merupakan kelab terakhir beliau menabur bakti sebelum meninggalkan pasukan itu selepas […]

Reziq Bani Hani & Selangor Jadi Bualan Asia

Penyerang muda Jordan, Reziq Bani Hani dan Selangor jadi bualan hebat di Asia. Skuad kendalian Nidzam Jamil bakal menjadi wakil tunggal Malaysia di pentas Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2). Perpindahan beberapa pemain ternama di Asia menyertai Gergasi Merah kini mula menjadi buah mulut di Asia. Pada musim lalu, Selangor FC telah mendapatkan khidmat perancang tengah, […]

Reaksi Pau Marti Selepas Diundi Hadapi Filipina

Reaksi Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas diundi bertemu Filipina mencuri tumpuan. Pengendali berusia 44 tahun itu mengambil alih tugas daripada bekas pengendali, Kim Pan-gon yang kini kembali ke Korea Selatan. Majlis Undian Pestabola Merdeka 2024 menyaksikan Harimau Malaya diundi bertemu pasukan ke-147 dunia sekaligus menjadi tugasan pertama buat bekas jurulatih Bercelona B itu. […]

Inisiatif FIFA Bantu Cungkil Permata Bola Sepak Wanita Malaysia

Inisiatif yang diperkenalkan oleh Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) membantu untuk mencungkil lebih ramai bakat bola sepak wanita Malaysia. Baru-baru ini, Inisiatif Kempen Bola Sepak Wanita FIFA anjuran Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diteruskan di Sekolah Kebangsaan Putra Height, Subang Jaya. Seramai 71 atlet pelajar perempuan berusia 13 hingga 15 tahun […]