Palestin Hormati Status ‘Besar’ Jordan

Penjaga gol Palestin, Rami Hamada menghormati status Jordan sebagai antara pasukan terbaik di Asia menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 membabitkan kedua-dua pasukan pada Selasa. Menurut Hamada, momentum cemerlang setelah berjaya mengikat jaguh Asia, Korea Selatan minggu lalu mahu diteruskan Lions of Canaan bagi aksi berdepan Jordan nanti. ”Kami berjaya mencuri 1 mata menentang Korea […]
Jurulatih Jordan Sedia Hadapi Cabaran Palestin

Jurulatih Jordan, Jamal Sellami percaya barisan anak buahnya sudah bersedia menghadapi cabaran Palestin menjelang aksi kedua kelayakan Piala Dunia 2026. Aksi pertama Kumpulan B menyaksikan kedua-dua pasukan mengumpul satu mata. Al-Nashama diikat Kuwait 1-1 di Amman pada awal pagi 6 September. Sementara Singa Kanaan pula mencipta kejutan dengan mengikat Korea Selatan tanpa jaringan pada 5 […]
Erick Thohir Periksa Sendiri Keadaan Rumput Sebelum Indonesia Hadapi Australia

Ketua Umum Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI), Erick Thohir telah mengambil inisiatif untuk memeriksa sendiri keadaan rumput di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) sebelum aksi Indonesia menentang Australia. Stadium Gelora Bung Karno merupakan venue yang bakal digunakan timnas Indonesia bagi mengharungi aksi kedua pusingan ketiga Piala Dunia 2026 menentang Australia yang dijadulkan berlangsung pada 10 […]
Ong Kim Swee Berang Pemain Sabah Jadi ‘Mangsa’ Padang SNBJ

Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee berang pemain Sabah jadi mangsa kecederaan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ). Dalam aksi perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024, Malaysia berjaya mengecapi kejuaraan ke-13 selepas menewaskan Lubnan. Salah seorang pemain Sabah yang Dominic Tan, menjadi mangsa terbaru yang mengalami kecederaan ketika beraksi di SNBJ semalam. Beliau terpaksa dikeluarkan […]
Kuching City Sambar Hazwan Bakri

Bekas penyerang kebangsaan, Ahmad Hazwan Bakri sah memperkuatkan kelab Liga Super yang berpangkalan di Sarawak, Kuching City FC. Perpindahan pemain berusia 33 tahun itu disahkan pengurusan The Cats menerusi satu pengumuman di platform media sosial rasmi pasukan itu. Hazwan menyertai Kuching City sebagai ejen bebas selepas khidmatnya tidak dikekalkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) […]
Jordan Tanpa Musa Al-Taamari Lawan Palestin

Finalis Piala Asia, Jordan bakal turun tanpa kelibat Musa Al-Taamari menentang Palestin esok. Perkara ini disahkan oleh Ketua Jurulatih Jordan, Jamal Sallami selepas pemain itu mengalami kecederaan menentang Kuwait. Tonggak berusia 27 tahun itu dikeluarkan pertengahan babak kedua selepas mengalami kecederaan sekaligus menyebabkan persiapan pasukan terpaksa diubah. “Semua pemain Jordan berada dalam keadaan baik. Kita […]
Jurulatih Palestin Optimis Sukarkan Tugas Jordan Di Cheras

Pengendali Palestin, Makram Dabboub optimis untuk memberikan masalah kepada Jordan menjelang aksi di Cheras. Palestin meraih keputusan positif berdepan jaguh Asia, Korea Selatan pada aksi pembukaan dengan keputusan 0-0. Jordan pula dikejutkan dengan keputusan seri menentang pasukan ke-136 dunia, Kuwait dengan keputusan 1-1 di laman sendiri. Pengendali berpengalaman itu bagaimanapun optimis anak buahnya bakal turun […]
Neymar Gagal Ujian Perubatan, Aksi Bersama Al Hilal Tertangguh

Bintang Brazil, Neymar gagal melepasi ujian perubatan sekaligus Al Hilal terpaksa melupakan khidmatnya buat masa ini. Penyerang berusia 32 tahun itu baru sahaja pulih daripada kecederaan lutut Anterior Cruciate Ligament (ACL) pada tahun lepas. Perkara ini disahkan oleh seorang Fisioterapi Profesional di laman sosial media X, yang merawat Neymar di Al Hilal. Beliau menyatakan terdapat […]
Pau Marti Dedah Punca Lakukan 6 Pertukaran Hadapi Lubnan

Jurulatih Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mendedahkan punca sebenar membuat sebanyak enam pertukaran bagi menghadapi Lubnan pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Untuk rekod, Pau Marti telah meletakkan enam pemain kesebelasan utama ketika bertemu Filipina tempoh hari di barisan simpanan. Pemain yang dimaksudkan ialah Arif Aiman, Akhyar Rashid, Feroz Baharudin, Daniel Ting dan Paulo Jouse […]
Status Patrick Reichelt Gusarkan KL City

Status kecederaan penyerang Filipina, Patrick Reichelt membuatkan KL City FC tidak senang duduk. Penyerang berusia 36 tahun itu mengetuai jentera serangan The Azkals menentang Tajikistan dalam aksi penentuan tempat ketiga Pestabola Merdeka 2024. Reichelt diberi kepercayaan oleh pengendali interim Filipina, Norman Fegidero untuk merobek gawang The Crowns bersama penyerang Aalesunds, Bjorn Kristensen. Malangnya, bekas penyerang […]
Tunku Ismail Raikan Kejayaan Harimau Malaya Dari Jauh

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor meraikan kejayaan Harimau Malaya dari jauh. Skuad kendalian Pau Marti berjaya menamatkan penantian setelah lama untuk menjulang trofi apabila muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Harimau Malaya melakar kemenangan 1-0 hasil jaringan Romel Morales untuk menundukkan pasukan […]
Johan Ghazali Raih Durian Runtuh RM220,000

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali Zulfikar meraih durian runtuh AS$50,000 (RM220,000) susulan kejayaan terbarunya dalam saingan ONE Championship baru-baru ini. Selepas tewas kepada jaguh Muay Thai dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat dalam ONE 167 pada Jun lalu, jaguh berusia 17 tahun itu berazam untuk bangkit meraih kemenangan. Keazaman itu semakin membara apabila ada […]
Bintang Lubnan Percaya Pengadil Beri Malaysia Hadiah

Pemain berpengalaman Lubnan, Mohamad Haidar percaya pengadil perlawanan, Thoriq Munir Alkatiri telah memberi hadiah buat Malaysia dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2024 yang menemukan kedua-dua pasukan pada Ahad. Bintang tengah berusia 34 tahun itu menganggap pengadil seharusnya memberhentikan perlawanan pada minit ke-78 selepas seorang pemain Malaysia mengalami kecederaan. “Pada separuh masa kedua, pengadil perlawanan seolah-olah […]
Kerisauan Lubnan Jadi Realiti

Kebimbangan Lubnan bila berdepan Malaysia di pentas final Pestabola Merdeka 2024 akhirnya menjadi kenyataan. Sebelum ini, pengendali The Cedars, Miodrag Radulovic menyifatkan skuad negara kali ini berbeza daripada skuad yang dihadapinya pada 2018. Telahan tersebut dibuat berdasarkan pengalamannya membimbing Lubnan mengalahkan Malaysia dalam aksi pusingan kelayakan Piala Asia 2019. Ini kerana Harimau Malaya kali ini […]
Pau Marti: Sukar Tapi Harimau Malaya Layak Muncul Juara

Harimau Malaya mempamerkan perjuangan hebat untuk menundukkan Lubnan sekaligus muncul juara Pestabola Merdeka 2024. Perkara ini dinyatakan oleh Ketua Jurulatih Malaysia, Pau Marti Vicente selepas skuad negara menewaskan Lubnan pada aksi final Pestabola Merdeka 2024. Skuad kebangsaan berjuang hebat untuk meraih jaringan dan mengekang asakan daripada pasukan ke-116 dunia itu. Katanya, para pemain dapat mempamerkan […]
“Harimau Malaya Sangat Berkualiti” – Miodrag Radulovic

Jurulatih Lubnan, Miodrag Radulovic memuji perubahan kualiti yang dimiliki skuad Harimau Malaya setelah tumpas dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka pada Ahad. Dalam aksi tersebut, jaringan tunggal daripada penyerang, Romel Morales pada minit ke-33 memastikan kejuaraan Pestabola Merdeka edisi 2024 menjadi milik Malaysia buat kali ke-13. Menurut Radulovic, kedatangan Lubnan ke kejohanan ini dengan misi untuk […]