Ong Kim Swee ‘Tegur’ Padang SNBJ

Keadaan padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang elok menarik perhatian jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee. Isu padang SNBJ kembali menjadi bualan apabila Dominic Tan mengalami kecederaan semasa aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia dan Lubnan pada 8 September lalu. Kecederaan tersebut menyebabkan bek tengah berusia 27 tahun itu terpaksa diusung […]

Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia: Palestin vs Jordan (Live Streaming)

Dua pasukan Asia Barat, Palestin dan Jordan bakal berentap di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk aksi kedua pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Kedua-dua pasukan berharap dapat meraih kemenangan pertama dalam Kumpulan B. Ini selepas Al-Nashama dan Singa Kanaan mengutip satu mata dalam aksi pertama kumpulan. Jordan diikat 1-1 dengan Kuwait di Amman […]

Penjaga Gol Berbakat Malaysia Sertai Kuching City?

Penjaga gol berbakat Malaysia dilaporkan bakal berhijrah ke Kuching City. Perkhabaran awal ini telah menghangatkan jendela perpindahan kedua masih lagi dibuka hingga akhir September 2024. Menerusi beberapa laporan yang diterima oleh MakanBola, seorang penjaga gol berbakat besar Malaysia bakal meninggalkan pasukannya ketika ini untuk ke Kuching City. Persaingan sengit untuk mengekalkan posisinya pada peringkat kelab […]

Lee Zii Jia Naik Satu Anak Tangga, Pintas Jaguh Indonesia

Kedudukan ranking Lee Zii Jia kini mencatatkan kenaikan satu anak tangga untuk memintas jaguh dari Indonesia. Kemas kini ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa telah menyaksikan kedudukan Zii Jia melonjak satu anak tangga bagi bergelar pemain ke-3 terbaik dunia buat masa ini. Zii Jia yang sebelum ini berada di ranking keempat dunia berjaya memintas […]

Israel Jadi ‘Lauk’ Itali

Israel menaggung malu dalam saingan UEFA Nations League apabila tumpas di tangan Itali. Aksi kedua Kumpulan 2 menyaksikan The Azzurri berdepan Israel di Hungary dengan misi untuk meraih kemenangan kedua selepas menundukkan Perancis. Pasukan bimbingan Luciano Spaletti menurunkan kesebelasan terbaik dengan nama-nama seperti Donnarumma, Bastoni, Tonali dan Raspadori dalam senarai permulaan. Usaha baik itu dimulakan […]

MFL Pinda Jadual Liga Super

Malaysian Football League (MFL) telah meminda jadual aksi Liga Super 2024/25. Umum mengetahui bahawa Liga Super berehat seketika untuk memberi ruang kepada aksi pentas antarabangsa. Saingan bola sepak Malaysia ini bakal kembali bersambung dengan terdapat perubahan pada jadual sepak mula perlawanan. Kemas kini terbaru menyaksikan terdapat 6 perlawanan yang bakal dimainkan bagi aksi Liga Super […]

Aksi Endrick Jadi Bualan Media Vietnam

Nama pemain tengah Harimau Malaya, Endrick dos Santos menjadi bualan media Vietnam baru-baru ini. Ini selepas pemain tengah Ho Chi Minh City FC (HCMC FC) itu membantu Malaysia bergelar juara Pestabola Merdeka 2024. Skuad negara muncul juara dengan menewaskan Lubnan 1-0 di pentas final. Portal sukan Vietnam, TheThao247 melaporkan hantaran mudah Endrick pantas disempurnakan Romel […]

Sabah Tempang Tanpa Dominic Tan

Sabah FC menerima tamparan hebat apabila bek tengah utama, Dominic Tan mengalami kecederaan. Bek tengah berusia 27 tahun itu mengalami kecederaan pada separuh masa kedua aksi final Pestabola Merdeka 2024 antara Malaysia dan Lubnan. Selepas melakukan terjahan ke atas penyerang The Cedars, Omar Chaaban, Dominic dilihat tidak dapat meneruskan permainan. Ini menyebabkan beliau diusung keluar […]

Australia Waspada Helah Dalam Diam Indonesia

Menjelang aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026, Australia berwaspada dengan helah dalam diam Indonesia esok.  Pemain pertahanan kanan The Socceroos, Alessandro Circati akui kualiti yang ada pada jentera serangan Indonesia. Beliau dan rakan sepasukannya bersedia dengan ancaman itu. “Kami telah melihat mereka ditubuhkan dalam 5-4-1, sedikit blok. Mereka mempunyai beberapa pemain pantas yang cuba […]

Kelantan DN Bakal Tampil Penuh Kelainan

Pengendali Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Park Jae-hong percaya pasukannya bakal memberi saingan berbeza dengan kehadiran lima pemain baru. Selepas tetingkap perpindahan kedua Liga Malaysia (Liga M) dibuka pada 26 Ogos lalu, Kelantan DN menjadi antara pasukan yang sibuk mendapatkan pemain baru. Lima pemain sah menyertai pasukan Pantai Timur itu. Mereka ialah Layth Kharoub, […]

Telatah ‘Endrick Cilik’ Hiburkan Peminat Di SNBJ

Satu momen pemain Harimau Malaya, Endrick Dos Santos bersama anaknya telah menghiburkan para peminat yang hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) pada Ahad. Endrick merupakan tonggak utama yang membantu skuad negara muncul juara Pestabola Merdeka bagi edisi 2024 setelah menewaskan Lubnan 1-0 hasil jaringan Romel Morales. Hantaran Endrick ketika situasi kelam kabut dalam kotak […]

“Palestin Ada Kelebihan Bermain Di Malaysia” – Noor Al-Rawabdeh

Pemain tengah Jordan, Noor Al-Rawabdeh berpendapat Palestin memiliki kelebihan menjelang aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026. Perlawanan antara Jordan dan Palestin bakal dilangsungkan di Stadium Cheras pada 10 malam esok. Pemain Jordan tersebut turut mengakui tidak memandang rendah cabaran Palestin yang memiliki kekuatan tersendiri hingga berjaya layak ke peringkat ini. “Ini perlawanan penting buat […]

‘Dokumen Dari Jerman’ Mats Deijl Hampiri Harimau Malaya

Pertahanan Go Ahead Eagles, Mats Deijl menunggu dokumen dari Jerman sekaligus menghampiri Harimau Malaya. Baru-baru ini, tular berita selepas Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Dato’ Hamidin Mohd Amin bahawa FAM telah dihubungi oleh pemain kelahiran Belanda. Beliau memberitahu Ketua Jurulatih, Pau Marti mengenai susur galurnya yang berketurunan Malaysia. Mats dalam satu sesi […]

Tiket Aksi Indonesia Menentang Australia Habis Terjual

Pertembungan Indonesia dan Australia pada hari Selasa esok menyaksikan Stadium Gelora Bung Karno (GBK) bakal dipenuhi dengan ribuan penyokong. Perkara ini diumumkan oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) semalam di laman Instagram menyatakan bahwa tiket sudah habis terjual meskipun masih berbaki dua hari lagi. Skuad kendalian Shin Tae-yong kini berada dalam momentum terbaik selepas berjaya […]

Justin Hubner: Jepang Lebih Keras Dari Inggris

Bek Timnas Indonesia, Justin Hubner, terkejut dengan level sepak bola Jepang. Menurutnya, sepak bola di sana, lebih keras dari Inggris. Justin Hubner merasakannya kala memperkuat Cerezo Osaka. Ia merasa perbedaannya sepulang kembali ke Inggris. “Setelah Cerezo, saya berlatih. Di sana memang lebih keras dari Inggris. Banyak orang meremehkan level sepak bola Jepang,” kata Justin Hubner […]

Mimpi Dion Cools Jadi Kenyataan

Detik impian yang diidamkan oleh kapten Harimau Malaya, Dion Cools kini akhirnya menjadi kenyataan. Pemain berusia 27 tahun itu menjadi watak penting skuad negara untuk mendapatkan pingat emas dan menjulang trofi Pestabola Merdeka 2024. Beliau membantu skuad negara menewaskan Lubnan 1-0 dibantu oleh jaringan tunggal penyerang naturalisasi, Romel Morales. Tonggak Buriram United ini memberitahu bahawa […]