Manchester City menampilkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan Luton Town dalam saingan Piala FA.

Erling Haaland menjadi watak utama dalam kemenangan besar ini apabila menjaringkan 5 gol untuk pasukan.

City tidak menunggu lama apabila Haaland terus membuka tirai jaringan pada minit ke-3 perlawanan.

Haaland menjaringkan gol kedua pada minit ke-18 apabila menerima bola hantaran daripada Kevin De Bruyne.

Haaland terus cemerlang apabila merekodkan hatrik pada minit ke-40. Beberapa minit sebelum tamat separuh masa pertama, Jordan Clark kemudian menjaringkan gol pertama Luton Town.

Luton Town cuba untuk bangkit apabila meraih gol kedua pada minit ke-52 menerusi Jordan Clark untuk merapatkan defisit gol.

Namun Haaland terus mengganas apabila menjaringkan gol keempat pasukan 3 minit kemudian.

Mateo Kovacic melengkapkan kemenangan sempurna City apabila menjaringkan gol keenam pada minit ke-72.

Tamat perlawanan, Manchester City menewaskan Luton Town dengan jaringan besar 6-2 dalam saingan Piala FA.