FAM Dilaporkan Hubungi Bekas Pemain Luton Town

Bekas pemain Luton Town, Elliot Thorpe dilaporkan telah dihubungi oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Laman FutureTalents melaporkan pemain tengah berusia 23 tahun itu sedia mempertimbang peluang mewakili Harimau Malaya di pentas antarabangsa. Atas sebab itu, FAM dikatakan sudah berhubung dengan Thorpe menerusi ejennya. “Elliot Thorpe yang berusia 23 tahun sedia mempertimbang mewakili Malaysia dan […]
Seorang Lagi Pemain EPL Dicanang Berdarah Malaysia

Seorang lagi pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dikesan memiliki darah Malaysia. Perkara ini dikongsikan oleh laman Frfuturetalents mengenai pemain Luton Town, Elliot Thorpe yang difahamkan memiliki pertalian dengan Malaysia. Beliau merupakan pemain kelahiran Wales-Malaysia yang kini mengemudi jentera tengah Luton Town selain pernah berkelana bersama beberapa akademi terkemuka di England. Pemain versatil berusia 23 tahun […]
EPL: Penalti Jalan Terakhir Man City Tewaskan Luton Town

Man City mengukuhkan cengkaman selaku pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan psukan Luton Town hari ini. Babak separuh masa pertama bermula dengan jaringan pembukaan seawal minit kedua permainan. Pertahanan Luton Town, Daiki Hashioka tertampan masuk bola ke gawang sendiri. Rembatan daripada penyeramg Man City, Erling Haaland telah terkena kepala Daiki Hashioka sekaligus memberikan gol […]
EPL: Arsenal Rampas Takhta Pendahulu, Tundukkan Luton Town

Arsenal kembali ke persada Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menewaskan kelab setempat, Luton Town di Stadium Emirates awal pagi ini. Selepas seri tanpa jaringan dengan Manchester City pada Ahad lepas, The Gunners perlu menang bagi merampas takhta liga daripada Liverpool. Manakala The Hatters pula memerlukan kemenangan sebagai momentum untuk keluar dari zon penyingkiran liga. Babak […]
EPL: Son Heung-min Muncul Wira Tottenham Tundukkan Luton Town

Tottenham Hotspur bergelut sebelum mengatasi cabaran pasukan corot Liga Perdana Inggeris, Luton Town apabila meraih jaringan minit akhir di Stadium Tottenham Hotspur. Spurs turun dengan barisan terbaik dibahagian serangan pasukan seperti James Maddison, Timo Werner, Devan Kulusevski dan juga Son Heung-min. Luton Town pula mempertaruhkan pemain berpengalaman seperti Andres Towsend dan Ross Barkley dalam menghadapi […]
FA Cup: Manchester City Kenduri Gol Singkirkan Luton Town

Manchester City menampilkan aksi cemerlang untuk menyingkirkan Luton Town dalam saingan Piala FA. Erling Haaland menjadi watak utama dalam kemenangan besar ini apabila menjaringkan 5 gol untuk pasukan. City tidak menunggu lama apabila Haaland terus membuka tirai jaringan pada minit ke-3 perlawanan. Haaland menjaringkan gol kedua pada minit ke-18 apabila menerima bola hantaran daripada Kevin […]
Manchester United Buru Pemain Kelab Corot EPL

Berita aneh tersebar apabila media sukan Eropah melaporkan Manchester United kini memburu pemain kelab corot Premier League, Luton Town. Bekas pemain Chelsea dan Everton, Ross Barkley telah berada dalam radar United bagi perpindahan pada musim panas hadapan. Pemain tengah berusia 30 tahun itu mempamerkan aksi cemerlang bersama Luton Town apabila merekodkan 3 gol dan 3 […]
EPL: Liverpool Kukuh Di Persada Liga, Bangkit Malukan Luton Town

Perlawanan Liga Perdana Inggeris pagi ini menyaksikan pertembungan antara Liverpool menentang Luton Town dengan keputusan 4-1 di Stadium Anfield. Seawal minit ke-12 permainan, pemain tengah Luton, Chiedozie Ogbene membuka jaringan menerusi tandukan selepas bola muntah daripada penjaga gol Liverpool, Kelleher. Pada minit ke-58 permainan, ketua pasukan Liverpool, Van Dijk menyamakan kedudukan menerusi tandukan deras dari […]
Pemain EPL Guna Defibrilator, Beri Gegaran Pada Jantung Ketika Lemah

Pemain pertahanan Luton Town yang beraksi dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Tom Lockyer kini menggunakan defibrilator khas yang diletakkan di bahagian dadanya. Pemasangan alat yang dikenali sebagai Implantable cardioverter defibrillator (ICD) itu dibuat selepas beliau tidak sedarkan diri semasa perlawanan EPL Bournemouth menentang The Hatters pada 16 Disember lalu. Ini bukan kali pertama Lockyer rebah di […]
EPL: Dua Gol Awal Pacu Man United Benam Cabaran Luton Town

Tentangan sengit yang diberi tuan rumah, Luton Town gagal menghalang Man United daripada merekodkan kemenangan kelima berturut-turut dalam liga yang berlangsung awal pagi tadi. United yang dibimbing pengurus Belanda, Erik ten Hag berharap dapat menang buat kali kelima untuk terus menghambat Tottenham Hotspur dan Aston Villa. Sementara The Hatters yang dibimbing Rob Edwards pula perlu […]
EPL: Chelsea ‘Cemas’ Sebelum Tundukkan Luton Town

Dua jaringan lewat Luton Town hampir membuatkan Chelsea terkedu dalam aksi Liga Perdana Inggeris pada Sabtu. Pada aksi yang berlangsung di Kenilworth Road itu, Chelsea jelas mendominasi permainan berbanding pasukan tuan rumah dari wisel permulaan dibunyikan. Hasilnya, anak-anak buah Mauricio Pochettino itu berjaya mendahului perlawanan menerusi tendangan kaki kiri pemain tengah, Cole Palmer seawal minit […]
Insiden Pemain Luton Town Rebah Cetuskan Kerisauan

Perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) membabitkan Luton Town dan Bournemouth terpaksa dibatalkan selepas kapten Luton, Tom Lockyer tidak sedarkan diri. Sky Sports melaporkan insiden tersebut berlaku pada minit ke-58 di Stadium Vitality dengan kedua-dua pasukan ketika itu terikat 1-1. Sebaik menyedari apa berlaku, pengurus The Hatters, Rob Edwards mengarahkan pemain-pemain memberi laluan kepada pasukan perubatan […]
EPL: Man City Kembali Bernyawa, Tewaskan Luton Town

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Man City bangkit daripada ketinggalan sebelum meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Luton Town hari ini. Selepas seri 3-3 dengan Tottenham Hotspur dan kalah 1-0 kepada Aston Villa, City tidak boleh lagi keciciran mata jika mahu mempertahankan mahkota EPL mereka. Bagaimanapun, Luton menjanjikan cabaran sukar di tempat sendiri lebih-lebih […]
EPL: Declan Rice Pacu Arsenal Tewaskan Luton Town

Pemain tengah England, Declan Rice memastikan Arsenal kekal di persada Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas Luton Town. Walaupun berada di kedudukan empat tercorot liga, Luton membuktikan mereka pasukan liat bila beraksi di Kenilworth Road. Ini dibuktikan dengan keputusan seri 1-1 mereka dengan Liverpool. Fakta tersebut langsung tidak menggentarkan The Gunners […]
EPL: Victor Lindelof Dorong Man United Tewaskan Luton Town

Man United bangkit daripada kekalahan di UCL beberapa hari lepas dengan mengalahkan pendatang baru EPL, Luton Town di Old Trafford. Selepas tewas 4-3 kepada FC Copenhagen dalam UCL, United memerlukan kemenangan hari ini bagi meredakan tekanan kepada pengurus mereka, Erik ten Hag. Begitupun, Luton menjanjikan tentangan sengit lebih-lebih lagi selepas mengikat Liverpool 1-1 di Kenilworth […]
Jurulatih Copenhagen Malukan Man United Secara Terbuka

Menjelang aksi EPL Man United menentang Luton Town malam ini, mereka diingatkan betapa teruknya musim mereka setakat ini. Jurulatih FC Copenhagen, Jacob Neestrup menyifatkan kemenangan 4-3 mereka ke atas United baru-baru ini sebagai perlawanan paling lemah yang perlu diharungi dalam Kumpulan A UCL. Jika tidak kerana nasib, mereka mungkin saja memiliki lebih banyak mata berbanding […]