Kemenangan ini membantu Kelantan melonjak 1 anak tangga ke tangga ke-4 Liga Perdana di atas pasukan JDT 2 dan Kuching City FC.
Pasukan Kelantan yang sebelum ini di belenggu masalah hutang berjaya diselamatkan oleh Tuan Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama ZamSaham menerusi perjanjian pemindahan milikan kelab dengan nilai lebih 3+3 juta ringgit.
Kemenangan TRW Kelantan disambut baik oleh kedua-dua penyokong JDT dan TRW Kelantan yang ingin melihat pasukan pantai timur tersebut kembali ke zaman kegemilangannya.
HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor received in audience Norizam Tukiman, TRW Kelantan FC owner at the Johor Darul Ta’zim FC Headquarters today, 9 September 2020.
Pemilik pasukan TRW Kelantan, Norizam Tukiman juga sebelum ini mengadakan sesi lawatan rasmi untuk menjaga hubungan baiknya dengan pemilik pasukan JDT, Tuanku Muda Johor.