LWN 2023: Selangor Tewas Lagi Kepada ‘Mahasiswa’

Skuad bola sepak wanita Selangor FC sekali lagi dirundung kekalahan apabila tewas kepada Malaysian University dalam aksi tertunda Liga Wanita Nasional (LWN) 2023. Selepas tunduk 1-0 kepada LMS Tigress pada Ahad lepas, Merah Kuning memerlukan kemenangan agar tidak terperosok ke tangga tercorot. Manakala Malaysian University pula mahu menyamakan mata dengan Kelana United yang menduduki tangga […]

Liga Wanita Nasional: Selangor Dikecewakan LMS Tigress

Selangor FC gagal mengutip kemenangan kedua musim ini apabila tewas tipis 1-0 kepada LMS Tigress dalam aksi terbaru Liga Wanita Nasional (LWN). Selepas terikat 1-1 dalam aksi kedua LWN sebelum ini, kedua-dua pasukan pastinya mahu perlawanan ini berakhir dengan noktah kemenangan. Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan saling menyerang bagi mendapatkan gol. Begitupun, ketumpulan serangan kedua-dua […]

Arctic Open 2023: Lee Zii Jia Muncul Juara Atasi Ng Tze Yong

Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia memanfaatkan pengalaman yang dimiliki untuk bergelar juara Arctic Open 2023. Kejayaan itu terhasil setelah menewaskan rakan senegara dan pemain nombor 10 dunia, Ng Tze Yong. Dari segi ranking BWF, kelebihan memihak kepada anak jati Johor Bahru itu. Bagaimanapun, dari segi rekod pertemuan, kelebihan itu dimiliki oleh Zii Jia. […]

Arctic Open 2023: Lee Zii Jia Ke Final Penuh Bergaya

Perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia berjaya mara ke final Arctic Open 2023 selepas lawannya, Anders Antonsen menarik diri akibat kecederaan. Kelebihan tampak memihak Antonsen atas kertas kerana memiliki empat kemenangan ke atas Zii Jia daripada lima pertemuan mereka sebelum ini. Set pertama menyaksikan Zii Jia meraih kelebihan awal dengan mendahului pada kedudukan 7-4. […]

Liga Wanita Nasional: Kelana United ‘Diratah’ Malaysian University

Malaysian University mencipta kejutan dengan mengalahkan Kelana United dalam aksi terbaru Liga Wanita Nasional 2023. Kelebihan tampak memihak kepada Kelana United kerana dibarisi ramai pemain Malayan Tigress termasuk kapten Intan Sarah Sarah Zulgafli. Begitupun, Malaysian University mengejutkan pelawat dengan gol pertama pada minit ke-16 menerusi Nur Syafiqah Zainal Abidin. Tersentak, Kelana United cuba bangkit tetapi […]

Tengku Zafrul Bakal Presiden BAM

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Zafrul Aziz bakal menggalas peranan baru sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Ini selepas Majlis BAM sebulat suara memilih beliau menggantikan Tan Sri Norza Zakaria dalam mesyuarat majlis buat kali ketiga hari ini. Bagaimanapun, tempoh di mana beliau bakal menggalas jawatan itu secara rasmi masih belum diputuskan. Ini dijangka […]

Ranking FIFA Futsal: Malaysia Turun Dua Tangga, Indonesia Terus Merudum

Kemas kini terbaru ranking FIFA menyaksikan skuad futsal Malaysia berdepan tugas getir selepas turun dua tangga sekaligus memberikan tamparan hebat kepada pasukan. Skuad bimbingan Rakphol Sainetngam mengharungi kempen Kelayakan Futsal Asia 2024 yang menyaksikan pasukan negara mengakhiri cabaran peringkat kumpulan di tempat ke-3. Malaysia berjaya mencatatkan satu kemenangan berdepan Kemboja dan tewas dua perlawanan menentang […]

“10 Bulan Dah Selesai” – Hannah Yeoh

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh kini menghela nafas lega kerana kerja penggantian rumput cowgrass kepada Zeon Zoysia di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) telah selesai. Usaha penggantian rumput ini merupakan sebahagian daripada kerja-kerja penambahbaikan ke atas SNBJ yang digerakkan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Usaha penggantian rumput tersebut direalisasikan menerusi tajaan dana daripada DYAM TMJ, […]

Hannah Yeoh: Tak Guna Ada Kemudahan Canggih Jika Rakyat Tak Boleh Guna

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh melihat inisiatif merakyatkan kemudahan milik PSM patut diberi sokongan penuh. Ini kerana jika orang ramai tidak boleh mengakses kemudahan bertaraf antarabangsa, maka sukar untuk menyuburkan minat mereka terhadap sukan terutama dalam kalangan generasi muda. Dengan langkah ini, ini memudahkan usaha mengenalpasti bakat-bakat baru sukan yang boleh menjadi atlet pelapis […]

Malaysia ‘Ratah’ Kemboja

Skuad futsal Malaysia mencatatkan kemenangan bergaya menentang Kemboja bagi aksi Kelayakan Futsal Asia 2024. Malaysia menurunkan kesebelasan terbaik untuk mencatat kemenangan pertama untuk mengubati duka selepas tewas dua aksi pertama berdepan Iraq dan Uzbekistan. Skuad negara bermula baik apabila menjaringkan gol pendahuluan pada minit ke-10 menerusi percubaan Awaluddin Nawi sebelum Saad Sani menggandakan kedudukan tidak […]

Vietnam Aibkan Korea Selatan

Vietnam mengesahkan kemaraan ke Piala Asia Futsal 2024 sebagai juara Kumpulan D selepas membelasah Korea Selatan 5-2 di Ulaanbataar, Mongolia hari ini. Anak-anak buah Diego Giustozzi tahu satu lagi kemenangan bakal mengesahkan kedudukan Vietnam sebagai juara kumpulan. Manakala Korea Selatan pula berazam untuk membalas dendam selepas dimalukan Vietnam 5-1 dalam Piala Asia Futsal 2022. Begitupun, […]

Hafizh Syahrin Sedia Bantu JDT

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah bersedia menggunakan pengalaman yang ada bagi mengharumkan nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini selepas JDT mengumumkan pembentukan pasukan JDT Racing Team yang bakal bersaing dalam Asia Road Racing Championship (ARRC) pada tahun hadapan. Hafizh gembira diberi peluang oleh DYAM TMJ, Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim menyertai pasukan itu […]

Malaysia Tewas Tipis Aksi Kedua Menentang Uzbekistan

Hasrat Malaysia untuk mencatatkan kemenangan pertama dalam aksi Kelayakan Futsal Asia 2024 tidak kesampaian apabila ditewaskan Uzbekistan. Pasukan negara menurunkan barisan terbaik untuk menggempur tuan rumah tatkala tewas pada aksi pembukaan berdepan Iraq. Perlawanan yang berlangsung di Samo Sports Complex, Fergana menyaksikan Malaysia memiliki peluang terbaik untuk memungut 3 mata pertama. Pada babak pertama, skuad […]

Tampil Penuh Drama, Afghanistan Akhirnya Diikat Indonesia

Skuad futsal Indonesia turun pada aksi kedua kempen Kelayakan Futsal Asia 2024 yang berlangsung di Arab Saudi hari ini. Berjaya memberi tentangan sengit, anak buah kendalian Marcos Sorato akhirnya menghampakan Afghanistan untuk mengutip tiga mata pada babak akhir permainan. Separuh masa pertama berakhir dengan Indonesia ketinggalan 5-2 kepada Afghanistan. Sungguhpun ketinggalan, pasukan Indonesia tidak mudah […]

Myanmar Gah Belasah India 5-2

India terus menanti kemenangan pertama kempen kelayakan Piala Asia Futsal 2024 apabila dibelasah Myanmar 5-2 dalam aksi kedua Kumpulan E di Dushanbe hari ini. India amat memerlukan kemenangan bagi menghidupkan peluang layak beraksi di Thailand pada tahun hadapan. Manakala Myanmar memerlukan kemenangan hari ini bagi membantu mereka layak secara merit. Thyne Phwet Aung membuka tirai […]

Ini Sebab Malaysia Belum Menjadi Tuan Rumah Sukan Asia

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akhirnya mendedahkan sebab sebenar Malaysia belum bergelar tuan rumah Sukan Asia. Sebelum ini, ramai yang hairan mengapa Malaysia tidak menjadi tuan rumah temasya berprestij itu. Sedangkan negara memiliki pengalaman sebagai penganjur Sukan SEA sebanyak enam kali dan Sukan Komanwel edisi 1998. Bagaimanapun, Khairy mendedahkan soal kewangan sebagai sebab […]