Azizulhasni Awang Muncul Juara Keirin Yayasan Sime Darby

Jaguh basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang dilihat berada pada landasan tepat untuk menggalas cabaran negara di Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Ini selepas Azizul menjulang gelaran juara keirin Kejohanan Grand Final Siri Trek Yayasan Sime Darby. Kejayaan itu diraih di Velodrom Nilai, Negeri Sembilan hari ini. Beliau mengetepikan cabaran seorang lagi jaguh basikal […]

Lee Tuck Muncul Juara Hyrox Di Barcelona

Sejak pulang ke England beberapa bulan yang lalu, ramai peminat bola sepak ingin tahu perkembangan terbaru pemain naturalisasi negara, Lee Tuck. Semalam, bekas pemain sayap Sri Pahang FC itu mencipta sensasi dengan menjuarai Kejohanan Velites Hyrox Barcelona 2023 untuk kategori 35-39 tahun. Secara ringkas, Hyrox ialah sebuah pertandingan kecergasan di mana peserta perlu berlari 1km […]

Japan Masters: Hajat Ong Yew Sin & Ee Yi Ke Final Tersekat

Hasrat regu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi ke separuh akhir Japan Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas mereka tewas kepada regu nombor lapan dunia dari China, Liu Yuchen dan Ou Xuanyi hari ini. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada Yuchen-Xuanyi kerana memenangi tiga daripada empat pertemuan sebelum […]

Speedy Tigers Berdepan Ujian Berat Hadapi Australia

Skuad hoki Malaysia Speedy Tigers A bakal memulakan usaha mempertahankan Piala Mirnawan Nawawi dengan turun menentang Australia All Star esok. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Fateen Shazwani Ruzaiman hari ini di X. Selain mereka, Malaysia turut memiliki satu lagi wakil dalam kejohanan iaitu Malaysia Speedy Tigers B. Dua pasukan ini dihantar oleh Konfederasi […]

“Saya Nak Jumpa Lee Zii Jia” – Hamidin

Ketua kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, Datuk Hamidin Mohd. Amin berhasrat mengadakan perjumpaan dengan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. Perjumpaan itu akan dirancang susulan keputusan anak jati Alor Setar, Kedah itu tidak menyertai program Road To Gold (RTG) baru-baru ini. Bagaimanapun, Hamidin tidak menjelaskan sebab sebenar pertemuan itu diadakan […]

Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Ke Separuh Akhir, Tewaskan Regu Taiwan

Beregu lelaki profesional Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi menjadi satu-satunya wakil Malaysia di pentas separuh akhir Japan Masters 2023 yang berlangsung esok. Ini selepas regu nombor 12 dunia itu berjaya menewaskan wakil Taiwan, Lee Fang-Chih dan Lee Fang-Jen dalam aksi suku akhir yang berlangsung pada hari ini. Yew Sin-Ee Yi memiliki kelebihan dalam […]

Japan Masters: Regu Jepun Tamatkan Cabaran Pearly Tan & M. Thinaah

Cabaran regu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah dalam Japan Masters 2023 berakhir hari ini. Ini selepas cabaran mereka ditamatkan oleh regu tuan rumah, Rena Miyaura dan Ayako Sakuramoto di pentas suku akhir. Dari segi rekod pertemuan, Pearly-Thinaah memiliki kelebihan kerana pernah menang ke atas regu nombor 14 dunia itu. Bagaimanapun, set pertama menyaksikan […]

Japan Masters: Aaron Chia & Wooi Yik Ditunjuk Jalan Keluar

Juara Terbuka Denmark 2023, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik hampa apabila tersingkir dari pusingan kedua Japan Masters 2023. Aaron-Wooi Yik dikecewakan oleh regu Jepun, Akira Koga dan Taichi Saito berstatus regu nombor 16 dunia. Dari segi rekod pertemuan, Koga-Saito memiliki sedikit kelebihan dengan empat kemenangan daripada tujuh pertemuan sebelumnya. Set pertama menyaksikan kedua-dua regu […]

Japan Masters: Viktor Axelsen Hantar Pulang Ng Tze Yong

Hasrat Ng Tze Yong mencipta kejutan ke atas jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen dalam pusingan kedua Japan Masters 2023 tidak kesampaian hari ini. Ini selepas jaguh Denmark itu terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan pemain nombor 15 dunia itu dalam pusingan kedua kejohanan. Set pertama menyaksikan Axelsen mendahului seketika Tze Yong pada kedudukan 11-10. Bagaimanapun, […]

Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Ke Suku Akhir, Ketepikan Cabaran Regu Jepun

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah mudah lepasi pusingan kedua Japan Masters 2023 dan mara ke suku akhir. Pearly-Thinaah berjaya mara selepas mengatasi regu yang menduduki ranking ke-28 dunia, Rui Hirokami dan Yuna Kato dari Jepun. Biarpun berehat selama sebulan selepas Sukan Asia 2023, kehandalan regu negara yang menduduki ranking ke-13 dunia […]

Japan Masters: Aaron Chia & Wooi Yik Mudah Benam Cabaran Regu Taiwan

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik mudah melangkah ke pusingan kedua Japan Masters 2023 hari ini. Ini selepas mereka mengatasi cabaran regu Taiwan, Lee Yang dan Wang Chi-Lin dalam pusingan pertama kejohanan itu. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dilihat seimbang kerana masing-masing memiliki tiga kemenangan daripada enam pertemuan sebelum ini. […]

Japan Masters: Lee Zii Jia Disingkirkan Anders Antonsen

Selepas memilih untuk tidak menyertai program Road To Gold (RTG) semalam, Lee Zii Jia kembali menjadi tumpuan apabila tersingkir daripada pusingan pertama Japan Masters 2023. Juara Terbuka Artik 2023 itu terpaksa akur dengan kehandalan pemain perseorangan Denmark, Anders Antonsen. Dari segi rekod pertemuan, Antonsen memiliki rekod baik dengan empat kemenangan daripada enam pertemuan sebelumnya. Set […]

Detik Cemas Azlan Alias Hampir ‘Libas’ Petugas Sukan Asia

Detik cemas antara momen yang boleh diulang tayang pada aksi Sukan Asia apabila pemain handalan takraw negara, Azlan Alias hampir terlibas petugas semasa beraksi. Situasi ini terjadi ketika aksi final takraw di Sukan Asia, Hangzhou yang menyaksikan skuad negara membawa pulang dua pingat perak selepas tewas kepada Thailand. Perjuangan hebat Malaysia yang cuba bangkit untuk […]

Japan Masters: Pearly Tan & M. Thinaah Berjuang Lepasi Pusingan Pertama

Regu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah terpaksa bekerja keras sebelum mara ke pusingan kedua Japan Masters 2023 petang tadi. Ini merupakan penampilan pertama regu yang menduduki ranking ke-13 dunia itu dalam tempoh sebulan selepas kempen Sukan Asia 2023 di Hangzhou, China. Turun menentang regu Korea Selatan, Lee Yu-lim dan Shin Seung-chan, Pearly-Thinaah […]

Hannah Yeoh: Lee Zii Jia Belum Tandatangan

Jaguh badminton negara, Lee Zii Jia masih belum menandatangani kontrak bersama program Road To Gold (RTG). Perkara ini didedahkan sendiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. Sebelum ini, anak jati Alor Setar, Kedah itu diberi tempoh dua minggu untuk memeterai kontrak RTG. Gesaan itu dibuat memandangkan atlet yang tersenarai dalam program itu sudah sah […]

Japan Masters: Ong Yew Sin & Ee Yi Lepasi Halangan Pertama

Beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi berjaya melepasi pusingan pertama Japan Masters 2023 hari ini. Ini selepas regu yang berstatus pilihan kelapan kejohanan itu berjaya mengatasi cabaran rakan senegara, Man Wei Chung dan Tee Kai Wun. Dari segi rekod pertemuan, kedua-dua regu dianggap seimbang kerana menang sekali daripada dua pertemuan […]