Bintang Muda Sabah, Nina Hasmaji Muncul Penjaring Terbanyak Liga Puteri FAM

Penyerang cilik Sabah, Nina Hasmaji telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Puteri Bawah 15 Tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada Ahad. Menerusi hantaran di Instagram rasmi milik FAM, Nina Hasmaji diumumkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan 11 gol yang beliau telah hasilkan dari peringkat kumpulan. Pemain berbakat besar itu telah berjaya membantu Sabah […]
Kelana United Muncul Juara Liga Puteri B-15, Kecewakan SSS Leopard

Kelana United muncul juara edisi sulung Liga Puteri Bawah 15 Tahun (B-15) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini. Kejayaan kelab Selangor itu dicapai selepas mengatasi tentangan SSS Leopard di pentas final kejohanan menerusi penentuan sepakan penalti. Selepas berjaya mengatasi Sabah FC di peringkat separuh akhir, Kelana United percaya mereka memiliki kehebatan dan keyakinan untuk […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Muncul Juara Kali Ketujuh, Tewaskan Perancis

Jerman terpaksa bekerja keras sebelum menggondol gelaran juara Piala Dunia Hoki Remaja buat kali ketujuh dalam sejarah kejohanan. Kejayaan itu dicapai selepas mengatasi cabaran Perancis di pentas final Piala Dunia Hoki Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil. Dari segi rekod pencapaian, skuad hoki remaja Jerman lebih berpengalaman kerana pernah menjulang trofi itu sebanyak […]
Pahang Rangers & Sergio Jamur Berpisah, Bakal Ke Selatan Tanah Air?

Pahang Rangers mengumumkan berita perpisahan tonggak utama mereka, Sergio Jamur. Menurut hantaran yang dimuatnaik di akaun Instagram rasmi pasukan, Pahang Rangers mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sumbangan beliau membantu pasukan meraih kejuaraan berganda. Keputusan pemain kelahiran Brazil itu dikatakan dibuat kerana beliau mahu menyahut cabaran baharu di musim akan datang. ”Namun kelab menghormati keputusan […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Sepanyol Unggul Raih Tempat Ketiga Atasi India

Sepanyol mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ketiga setelah menumbangkan jaguh Asia, India dalam penentuan tempat ketiga dan tempat keempat. Kedua-dua pasukan yang kali terakhir bertemu di peringkat kumpulan minggu lalu menyaksikan Sepanyol membelasah India dengan jaringan 4-1 dan India semestinya mahu membalas dendam di atas kekalahan tersebut. Permainan seimbang dengan aksi […]
Norza Zakaria Akur Dengan Nasihat Hannah Yeoh

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria memilih kekal sebagai presiden badan induk badminton negara itu hari ini. Keputusan ini diumumkan menerusi satu sidang media khas yang diadakan selepas mesyuarat Majlis BAM hari ini. Norza menyatakan keputusan berkenaan dibuat selepas menimbang permintaan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh agar beliau kekal menerajui organisasi […]
Pelapis Intan Serah Sudah Dijumpai?

Pelapis bagi pemain bola sepak wanita negara seperti Intan Serah, Steffi Sarge Kaur dan Siti Nor Faizah kini telah dijumpai apabila kejohanan-kejohanan akar umbi telah mengangkat beberapa pemain muda untuk diketengahkan pada masa akan datang. Pada Jumaat, kejohanan Liga Puteri B-15 tahun anjuran Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlangsung di Pusat Latihan Sime Darby, […]
“Semua Pasukan Kuat Tapi Pasukan Saya Paling Hebat”

Bintang muda Kelana United FC, Putri Mia Alysa tidak gentar dengan cabaran finalis Liga Puteri Bawah 15 Tahun (B-15) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), SSS Leopard FC. Kelana United bakal bersemuka dengan SSS Leonard di pentas final selepas kedua-dua pasukan mengatasi lawan masing-masing di pentas separuh akhir. Kelana United menewaskan Sabah FC menerusi penentuan sepakan […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Malaysia Terlepas Tempat Ke-11, Dikecewakan New Zealand

Malaysia mengakhiri kempen Hoki Piala Dunia Remaja 2023 di tempat ke-12 setelah tumbang di tangan New Zealand dalam aksi penentuan tempat ke-11 dan 12. New Zealand yang menang dalam pertemuan terakhir bertemu Malaysia di Piala Sultan Johor bulan lalu dilihat lebih banyak mendominasi di awal permainan. Hasilnya, jaringan pertama dapat dihasilkan oleh New Zealand menerusi […]
Liga Puteri B-15: SSS Leopard Tiada Masalah Tundukkan FEMI9

SSS leopard berjaya melayakkan diri ke final Liga Puteri B-15 selepas tiada masalah menumbangkan FEMI9 pada perlawanan separuh akhir pada Jumaat. Pada aksi yang berlangsung di Pusat Latihan Sime Darby, SSS Leopard dilihat lebih mendominasi permainan berbanding FEMI9 dari awal permainan. Jaringan pertama perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah SSS Leopard, Qaseh Rania seawal minit kesembilan […]
World Tour Finals: Regu Nombor Satu Dunia Tunjukkan Aaron Chia & Wooi Yik Jalan Keluar

Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada World Tour Finals (WTF) 2023. Ini selepas mereka terpaksa akur dengan kehebatan regu nombor satu China, Wang Chang dan Liang Weikeng dalam aksi ketiga Kumpulan A kategori beregu lelaki. Perlawanan hari ini bukan saja misi wajib menang bagi Aaron dan […]
Liga Puteri B-15: Kelana United Kejutkan Sabah, Mara Ke Final

Pasukan wanita bawah 15 tahun Kelana United melakar kejayaan bermakna apabila berjaya mara ke pentas akhir selepas menumpaskan Sabah. Perlawanan yang berlangsung di Padang Sime Darby, Bukit Jelutong itu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik bagi memburu tiket ke final. The Rhinos kelihatan lebih bersedia dengan beberapa peluang dan penciptaan gerakan menarik berlangsung pada babak […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Perancis Atasi Sepanyol Untuk Raih Tiket Ke Final

Perancis mengiringi Jerman ke pentas akhir setelah mengenepikan cabaran Sepanyol dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023. Perancis tidak menunggu lama untuk mempimpin perlawanan menerusi Brieuc Delemazure yang menyudahkan pukulan sudut penalti seawal minit kedua. Sebelum berakhir suku pertama permainan, pemain tengah Sepanyol, Aleix Bozal menyamakan kedudukan apabila pukulan sudut penaltinya terus menerjah […]
World Tour Finals: Chen Tang Jie & Ee Wei Raih Kemenangan Pertama, Tewaskan Regu Jepun

Regu campuran negara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei menghidupkan peluang layak ke separuh akhir World Tour Finals (WTF) 2023. Ini selepas regu nombor lapan dunia itu mengatasi regu Jepun, Yuta Watanabe dan Arisa Higashino dalam perlawanan kedua Kumpulan A kategori regu campuran. Di atas kertas, Watanabe-Higashino dianggap pilihan disebabkan mereka berstatus regu nombor […]
Hoki Piala Dunia Remaja: Jerman Tepati Ramalan Ke Final, Tundukkan Ego India

Jerman menepati ramalan untuk melayakkan diri ke pringkat akhir selepas menumbangkan jaguh Asia, India dalam aksi separuh akhir Hoki Piala Dunia Remaja 2023. India yang turun dengan misi mahu menebus kekecewaan setelah tumpas di separuh akhir pada edisi lalu dilihat lebih mendominasi permainan berbanding pasukan Jerman. Namun, Jerman terlebih dahulu memecah kebuntuan gol apabila Ben […]
“Saya Bangga Julang Nama Malaysia Di Mata Dunia” – Johan Ghazali

Bintang muda Muay Thai, Johan Ghazali bangga kerana dapat membawa nama negara di pentas dunia. Nama Johan atau nama sebenarnya Muhammad Johan Ghazali Zulfikar menjadi tumpuan ramai selepas berjaya mengalahkan lawannya, Edgar Tabares dalam ONE Fight Night 17. Lebih menarik, kejayaan tersebut dilakar Johan atau Jojo dalam tempoh 36 saat. Susulan itu, ada yang mendakwa […]