Arab Saudi ‘Tunggu’ Malayan Tigress

Skuad Malayan Tigress bakal menguji kekuatan pasukan Arab Saudi dalam satu perlawanan persahabatan. Pasukan wanita negara bimbingan Soleen Al Zoubi telah memanggil seramai 24 pemain bagi menyertai kem latihan pusat bermula Rabu, 16 Oktober 2024. Ini sebagai persiapan bagi menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang Arab Saudi serta Laos bermula 20 hingga 27 Oktober […]
3 Pemain Handalan Dunia Pintas Kedudukan Lee Zii Jia

Kedudukan jaguh perseorangan negara, Lee Zii Jia telah dipintas oleh tiga pemain handalan dunia dari Asia. Zii Jia mempamer aksi memukau sebelum ini apabila meraih 2 gelaran juara di Thailand Open dan Australian Open selain membawa pulang pingat gangsa buat kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris. Kejayaan tersebut melonjakkan kedudukan Zii Jia secara berperingkat sebelum […]
“Tak Ada Jurulatih Pun Menang”

Ketiadaan jurulatih di sisi bukanlah penghalang buat beregu negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei merangkul gelaran juara. Izzuddin-Sze Fei hadir ke Vantaa, Finland untuk menyertai kejohanan Arctic Open 2024 setelah cemerlang merangkul dua kejuaraan di Japan Open dan China Open sebelum ini. Beregu yang bergerak secara profesional ini dibimbing oleh Rosman Razak sehingga berjaya membawa pulang […]
Lee Zii Jia Tarik Diri Sertai Denmark Open

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa melupakan hasrat menyertai saingan Denmark Open. Keputusan itu dikongsikan pasukan pengurusan Zii Jia, Team LZJ dalam satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Pemain nombor lima dunia itu terpaksa menarik diri susulan kecederaan buku lali yang dialaminya dalam aksi suku akhir Arctic Open 2024 baru-baru ini. […]
Badi Wakil Denmark Lawan Malaysia Masih Melekat

Jaguh Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen masih dihantui badi apabila bertemu pasangan dari Malaysia. Astrup-Rasmussen yang kini berada di ranking kedua dunia pamer aksi cukup bertenaga di kejohanan Arctic Open 2024 dan mara ke final dengan status juara bertahan beregu lelaki. Di final, Astrup-Rasmussen berdepan pasangan negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei yang kini berada di […]
Persahabatan Futsal: Indonesia Atasi Malaysia

Perlawanan persahabatan antarabangsa melibatkan skuad futsal Malaysia dan Indonesia berakhir dengan kemenangan buat Sang Garuda di Gor Among Rogo. Skuad negara hadir ke Yogyakarta untuk bertemu Indonesia sebagai salah satu persiapan untuk menghadapi AFF Futsal Championship pada awal bulan November di Thailand. Rakhpol Sainetngam menurunkan barisan terkuat diketuai tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Abu Haniffa […]
Arctic Open: Beregu Kedua Dunia Lebur Impian Pearly-Thinaah

Beregu wanita utama Malaysia, Pearly Tan dan M. Thinaah kempunan meraih gelaran juara kedua tahun 2024 apabila sekadar menjadi naib juara Arctic Open 2024. Pearly-Thinaah terpaksa akur dengan kehebatan beregu kedua dunia dari China, Liu Sheng Shu dan Tan Ning di pentas final kejohanan. Selepas berjaya menyingkirkan regu Jepun, Rin Iwanaga dan Kie Nakanishi di […]
Artic Open: Izzuddin-Sze Fei Raih Gelaran Ketiga, Tundukkan Kim Astrup-Anders Rasmussen

Pasangan beregu lelaki negara, Nur Izzuddin-Goh Sze Fei berjaya merangkul gelaran juara Arctic Open 2024 setelah mengecewakan wakil Denmark, Kim Astrup-Anders Skarup Rasmussen. Setelah menyingkirkan beregu nombor satu dunia dari China, Izzuddin-Sze Fei turun di aksi final dengan misi penting bagi meraih gelaran juara ke-3 musim ini dan dijadualkan bertemu Astrup-Rasmussen. Berdasarkan rekod pertemuan, beregu […]
Barisan Terbaik Malaysia Bakal ‘Gegar’ BDMNTNXL

Enam bintang badminton Malaysia bakal menggegarkan gelanggang di Indonesia dalam satu kejohanan jemputan, BDMNTNXL. BDMNTNXL merupakan satu kejohanan yang menampilkan nama-nama besar dalam sukan badminton untuk bermain di dalam 4 pasukan yang berbeza, Lightning, Rockets, Blitzers dan Hurricanes. Setiap pasukan bakal turun bertanding dalam 5 kategori iaitu perseorangan lelaki dan perempuan; beregu lelaki dan perempuan; […]
Syed Saddiq Kemalangan, Langgar Pokok Tumbang Ketika Ironman

Bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dilaporkan ditimpa kemalangan setelah melanggar pokok tumbang ketia menyertai acara Ironman. Kejadian difahamkan berlaku sekitar jam 12 tengahari ketika Syed Saddiq menunggang basikal dalam Ironman Malaysia yang kini sedang berlangsung di Langkawi. Berita ini mula tular di media sosial tidak lama selepas itu dan orang […]
Ranking FIFA Futsal: Malaysia Jatuh Dua Tangga

Kedudukan pasukan futsal Malaysia jatuh dua anak tangga dalam ranking FIFA futsal terkini. Skuad kebangsaan kini dalam persiapan bagi menghadapi AFF Futsal Championship yang akan berlangsung di Nakhon Ratchasima, Thailand bermula awal November ini. Anak buah Rakhpol Sainetngam bakal berdepan Brunei pada 3 November sebelum menentang Vietnam serta Thailand dan akan menutup aksi kumpulan A bertemu Timor […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Tewas Kepada Koki Watanabe Buat Kali Ketiga

Misi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mempertahankan kejuaraan Arctic Open terpaksa dilupakan setelah tunduk di tangan pemain Jepun, Koki Watanabe. Setelah cemerlang menyingkirkan Yushi Tanaka di pusingan kedua pada Khamis, Zii Jia turun berdepan seorang lagi wakil Jepun di suku akhir dalam usaha untuk melangkah lebih jauh lagi. Walaupun dari segi ranking […]
Arctic Open: Sze Fei-Izzuddin Selangkah Ke Final, Singkir Beregu Keenam Dunia

Beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani terpaksa bekerja keras sebelum menyingkirkan beregu keenam dunia, Fajar Alfian dan Muhammad Rian Ardianto. Kemenangan tersebut membolehkan Sze Fei-Izzuddin yang juga beregu kelapan dunia untuk mara ke separuh akhir Arctic Open 2024. Aksi juara China Open 2024 itu dengan beregu lelaki utama Indonesia itu […]
Selangor & Gabriel Rosa Umum Perpisahan Luar Jangka

Tonggak import Selangor, Gabriel Rosa mengucapkan selamat tinggal buat pasukan setelah menyarung jersi The Red Giants hampir empat bulan. Rosa dibawa masuk oleh skuad futsal Selangor pada jendela perpindahan kedua pada Jun lalu bagi menggantikan Ceara yang memilih untuk meninggalkan Gergasi Merah atas sebab keluarga dan kecederaan Kehadiran Rosa sememangnya membawa impak besar buat pasukan […]
Arctic Open: Langkah Aaron Chia-Wooi Yik Disekat Beregu Ke-16 Dunia

Hasrat beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk mara ke suku akhir Arctic Open tidak kesampaian setelah tumpas kepada pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy pada Khamis. Meskipun berehat panjang sebelum ini, namun itu bukanlah penghalang buat Aaron-Wooi Yik tampil hebat menyingkirkan wakil China pada Rabu untuk bertemu Ben Lane-Sean Vendy. Ini merupakan pertemuan ke-7 […]
Arctic Open: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Tewaskan Pemain No. 5 Jepun

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia tidak berdepan sebarang masalah untuk mara ke suku akhir Arctic Open 2024. Zii Jia berjaya mara dengan menyingkirkan pemain nombor lima Jepun, Yushi Tanaka dalam aksi pusingan kedua. Selepas menewaskan Christo Popov pada 9 Oktober lalu, bekas juara All England 2021 itu mahu meneruskan momentum kemenangan. Meskipun begitu, […]