Formula 1 Kembali Dianjurkan Di Malaysia?

Khabar angin mengenai Malaysia bakal kembali menganjurkan kejuaraan Formula 1 semakin bertiup kencang. Ini selepas laporan yang mengatakan syarikat petroleum tempatan, Petronas berminat untuk membawa Formula 1 kembali ke Malaysia menurut beberapa sumber. Pelan untuk membawa semula Formula 1 ke Malaysia ini didedahkan semasa sesi Town Hall syarikat yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai […]

Masa Depan Arul Selvaraj Bersama Malaysia Telah Terjawab

Teka-teki tentang masa depan ketua jurulatih skuad hoki senior Malaysia, Arul Selvaraj akhirnya terjawab hari ini. Ini selepas Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Dato’ Ahmad Najmi Abdul Razak memaklumkan kontrak barisan kejurulatihan skuad hoki senior lelaki dan remaja lelaki telah berakhir. Ini termasuk kontrak Arul selaku ketua jurulatih skuad senior lelaki The Speedy Tigers. […]

Pasukan Hoki Malaysia Kini Dibubar

Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) membuat kejutan dengan mengumumkan pembubaran skuad hoki senior dan remaja lelaki. Keputusan itu diumumkan Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal dalam sidang media yang diadakan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil hari ini. Subahan turut memaklumkan kontrak barisan kejurulatihan bagi kedua-dua pasukan sudah tamat. Skuad hoki kebangsaan bakal tampil dengan wajah […]

THT Pertaruh 100% Kudrat Pemain Tempatan Musim 2024

Menjelang saingan Liga Hoki Malaysia (LHM) musim 2024, juara bertahan musim lepas, Terengganu Hockey Team (THT) tampil dengan perancangan yang berbeza. THT dijangka menampilkan majoriti pemain tempatan sebagai teras utama pasukan untuk kempen tahun 2024. Ini sebahagian daripada perancangan jangka panjang pasukan itu bagi memberi lebih banyak pendedahan kepada pemain muda. Menurut jurulatih THT, Mohd […]

Hoki 5s Piala Dunia: Malaysia Sahkan Tempat Di Final, Tumbangkan Poland

Malaysia melakar sejarah untuk layak ke final Hoki 5s Piala Dunia setelah menundukkan Poland di aksi separuh akhir pada pagi Rabu. Skuad negara turun dengan misi besar membawa harapan jutaan rakyat Malaysia untuk beraksi di pentas akhir dalam edisi sulung ini. Untuk rekod, Poland mempunyai rekod baik dengan memenangi pertemuan terakhir dengan keputusan 5-0 di […]

Hoki 5s Piala Dunia: Malaysia Ke Separuh Akhir, Leburkan Tentangan Trinidad & Tobago

Skuad hoki 5s Malaysia mengesahkan kemaraan ke peringkat separuh akhir Hoki 5s Piala Dunia 2024 hari ini. Ini selepas pasukan yang dibimbing Wallace Tan itu mengatasi cabaran wakil Carribean, Trinidad & Tobago di pentas suku akhir. Pasukan hoki 5s Trinidad & Tobago yang dibimbing Darren Cowie membuktikan mereka satu pasukan yang patut dihormati dalam kejohanan […]

BATC 2024: Laluan Mudah Menanti Malaysia

Skuad badminton lelaki Malaysia dijangka tiada masalah untuk melepasi peringkat kumpulan Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024. Skuad lelaki negara yang turun selaku juara bertahan edisi 2022 yang lalu diundi berada di kumpulan B bersama-sama Chinese Taipei, Kazakhstan, Brunei. Di atas kertas, skuad lelaki negara yang diketuai Lee Zii Jia sebagai pemain perseorangan pertama negara […]

Lee Chong Wei: Kalau Dah Menang Olimpik, Cuti Satu Tahun Pun Bolehlah

Legenda badminton Malaysia, Datuk Lee Chong Wei merasakan tempoh cuti yang kurang sesuai yang diambil pemain badminton negara memberi kesan kepada prestasi mereka. Pandangan bekas jaguh perseorangan lelaki nombor satu dunia itu dibuat selepas prestasi hambar dipamerkan kontinjen negara dalam tiga kejohanan awal Persekutuan Badminton Dunia (BWF) untuk tahun 2024. Tiga kejohanan tersebut ialah Malaysia […]

Shah Alam City Umumkan Ketibaan Bintang Sensasi, Kelwin Soares

Shah Alam City tidak ketinggalan bagi melakukan persiapan rapi menjelang saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) yang bakal membuka tirai kurang sebulan lagi. Kelab futsal berpangkalan di Shah Alam itu baru sahaja memperkenalkan bintang Brazil, Kelwin Soares sebagai pemain baharu mereka di media sosial rasmi mereka. “Selamat datang Kelvin Soares”, tulis Shah Alam City di […]

Soleen Al-Zoubi: Jika Malaysia Ada Segalanya, Kita Akan Ke Piala Dunia

Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita negara, Soleen Al-Zoubi yakin dengan kemampuan Malaysia untuk layak ke pentas Piala Dunia suatu hari nanti. Beliau yang ditemui ketika di FAS Women’s Super League berkata perkembangan liga yang baik bermula daripada persiapan pasukan yang rapi agar kualiti pasukan wanita kebangsaan dapat dipertingkat. “Kita perlukan persiapan yang rapi, perjalanan […]

“Tindakan Intan Serah Tidak Boleh Diterima” – Soleen Al-Zoubi

Tindakan Intan Serah baru-baru ini telah menerima komen daripada ketua jurulatih skuad wanita kebangsaan, Soleen Al-Zoubi. Beliau yang ditemui ketika majlis undian FAS Women’s Super League 2024 berkata beliau tahu Intan sudah memohon maaf atas kejadian yang berlaku dan berharap Intan mempelajari sesuatu daripadanya. ”Ya, sudah tentu dia sudah meminta maaf, dia sudah belajar dari […]

FAS Women’s Super League: Selangor Hadapi Tentangan Juara Bertahan

Selangor FC Women bakal menghadapi laluan berliku menjelang saingan FAS Women’s Super League 2024. Majlis undian yang dijalankan di Wyndham Acmar, Klang menyaksikan The Red Giants berada di kumpulan A bersama-sama juara bertahan, MBSJ FC. Selain Selangor dan MBSJ FC, kumpulan A juga terdiri daripada FC Japan MY, MBPJ FC, UiTM United, Sternen, MBSJ FC […]

Azurin Mazlan Dedah Perbezaan Liga Malaysia & Kosovo

Penjaga gol skuad wanita kebangsaan, Nurul Azurin Mazlan mengakui wujud perbezaan antara liga Malaysia dengan liga negara Eropah yang disertainya ketika ini, Kosovo. Azurin, 24, sebelum ini beraksi untuk skuad wanita Melaka United FC. Beliau bagaimanapun mahu keluar untuk menimba pengalaman baharu di luar negara dengan India dan Kosovo pernah menjadi destinasinya. Semasa bersama kelab […]

Liu Yu Chen Campak Raket Sampai Remuk, Kesal Tewas Lagi

Aksi separuh akhir Indonesia Masters 2024 untuk acara beregu lelaki sedikit panas gara-gara tindakan pemain beregu China, Liu Yu Chen. Ini selepas pemain beregu lelaki nombor lapan dunia itu menghempaskan raketnya ke gelanggang selepas tamat perlawanan menentang regu Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen. Yuchen dipercayai berbuat demikian kerana kecewa dengan prestasi regunya, Ou Xuanyi. Xuanyi […]

“Bila Kita Di Atas, Ramai Nak Kita Jatuh” – Johan Ghazali

Jaguh Muay Thai muda negara, Johan Ghazali tidak berminat melayan cabaran individu yang mahu melawannya di atas gelanggang. Jawapan itu diberi kepada saluran televisyen TVS baru-baru ini selepas timbul video seorang individu misteri mencabarnya beradu di gelanggang tular di media sosial. Johan yang mesra dikenali sebagai Jojo melihat perkara ini sebagai satu perkara biasa yang […]

JDT Sambar Khidmat Dua Bintang Pahang Rangers

Kelab Futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan bintang futsal negara, Ridzwan Bakri dan Mahadir Harahap sebagai rekrut terbaharu mereka. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi, JDT mengucapkan selamat datang kepada dua pemain tonggak Pahang Rangers tersebut. ”Rekrut terbaharu, selamat datang ke JDT Futsal Mahadir Harahap dan Ridzwan Bakri,” tulis JDT di kapsyen. Ridzwan dan […]