MHL: TNB Muncul Juara Liga, Kenduri Gol Tewaskan JM Antsbees

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menggondol trofi kedua mereka untuk musim 2024 apabila bergelar juara Liga Hoki Malaysia (MHL). Kejayaan itu dicapai selepas mereka meraih kemenangan terbesar dalam liga untuk musim 2024 dengan membelasah Jiwa Mohan (JM) Antsbees 22-1. Firhan Ashari, Jang Jong-hyun dan Najib Abu Hassan memastikan TNB mendahului dalam tempoh tiga minit suku pertama […]

Masa Depan Pandalela Rinong Masih Tergantung

Status atlet terjun negara, Pandalela Rinong di dalam program Road To Gold (RTG) masih belum mendapat kata putus. Menurut Tan Sri Norza Zakaria, satu mesyuarat jawatankuasa RTG akan berlangsung minggu hadapan bagi membincangkan berkenaan prestasi atlet-atlet di dalam program ini termasuklah Pandalela. “Kita akan ada mesyuarat (Jawatankuasa RTG) pada minggu depan. Kita dapat makluman tentang […]

“Sekiranya Ng Tze Yong Bermain, Kecederaannya Akan Kekal” – Norza Zakaria

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria melihat kesihatan jaguh perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong patut diutamakan terlebih dahulu. Ini selepas beliau diminta mengulas tentang situasi kecederaan yang dialami Tze Yong dan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Bagi Norza, pemulihan kecederaan pemain perseorangan ke-16 dunia itu perlu […]

Hannah Yeoh Beri Amaran Awal Buat Atlet RTG

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengingatkan para atlet yang tersenarai dalam program Road To Gold (RTG) agar tampil lebih cemerlang selepas ini. Stadium Astro melaporkan ingatan ini dibuat dengan mengambil kira pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik 2024 membabitkan beberapa acara sukan semakin hampir ke penghujung. Seandainya mereka gagal layak secara merit ke Sukan Olimpik […]

Hafizh Syahrin Mula Asah Taring Bersama JDT

Pelumba tersohor tanah air, Hafizh Syahrin sudah mula turun menjalani latihan bersama pasukan baharunya, JDT Racing Team. Menerusi hantaran di media sosial rasmi JDT Racing Team, Hafizh Syahrin dan pasukannya dilihat sedang mempersiapkan jentera terbarunya dengan begitu rapi bagi menghadapi kejohanan terdekat bagi musim 2024. ”Hari pertama melakukan ujian (jentera dan litar),” ujar JDT Racing […]

Wakil Malaysia Dicadang Lawan Kelab Jordan & Arab Saudi

Kelab-kelab Malaysia perlu sedia berhadapan pasukan yang lebih baik seperti kelab Jordan dan Arab Saudi bagi meningkatkan kualiti permainan mereka Perkara ini diusulkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob ketika sesi Townhall Bola Sepak Wanita yang berlangsung di Hotel Armada, Petaling Jaya. Beliau berkata ketika menerangkan mengenai […]

Liga Wanita Malaysia Mungkin Perkenal Kuota Pemain Import

Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Dato’ Suraya Yaacob tidak menolak Liga Wanita Nasional (LWN) bakal memperkenal kuota pemain import. Cadangan itu dinyatakan beliau selepas sesi Townhall Bola Sepak Wanita FAM di Armada Hotel, Petaling Jaya hari ini. Suraya melihat kehadiran pemain import bukan saja meningkatkan taraf persaingan sesama pasukan dalam […]

“Malaysia Kalahkan Arab Saudi Walaupun Tak Ada Apa-Apa” – Soleen Al-Zoubi

Pengendali skuad bola sepak wanita Malaysia, Soleen Al-Zoubi bangga dengan pencapaian anak buahnya bila berdepan pasukan Asia Barat, Arab Saudi beberapa bulan lalu. Ini kerana bola sepak wanita Arab Saudi mendapat sokongan dari pelbagai sudut termasuk infrastruktur, pertandingan, kejurulatihan dan sokongan kewangan. Disebabkan sokongan dari pelbagai sudut ini, ini membantu mereka untuk menjadi pasukan yang […]

“Ya Betul TKKR Racing Team Takut Dengan Kehadiran JDT” – CEO Perak

CEO Perak, Bobbie Farid tampil memberi penjelasan berkenaan desas-desus penarikan diri pasukan TKKR Racing Team kerana kehadiran pendatang baharu, JDT Racing Team. Menerusi satu hantaran di instagram beliau, Arie Sham, beliau menjawab dengan nada sinis bahawa TKKR Racing Team berasa gerun dengan kehadiran pasukan JDT Racing Team. Ditambah pula dengan isu kewangan dan ekonomi yang […]

Jentera Gah JDT Racing Team Mula Jadi Bualan Hebat

Selepas Duli Yang Amat Mulia (DYAM) Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor mengumumkan pembentukan JDT Racing Team pada akhir tahun lalu, ramai teruja melihat pasukan itu bersaing dalam saingan permotoran antarabangsa. Hari ini, pasukan itu mendedahkan sedikit jentera yang bakal ditunggang pelumba motosikal negara, Hafizh Syahrin Abdullah. “Ada sesuatu yang sedang diusahakan… Nantikan!” kata JDT […]

Korea Selatan Tewaskan Skuad Wanita Republik Czech

Skuad bola sepak wanita Korea Selatan membuka tahun 2024 dengan kemenangan apabila menewaskan skuad bola sepak wanita Republik Czech. Selepas gagal layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, anak buah Colin Bell berharap dapat membuka tahun baru dengan nota positif. Korea Selatan yang diperkuat lima pemain yang berpangkalan di luar negara mengasak Republik Czech […]

MPFL: Pahang Rangers Tak Bagi Muka, Bedil Selangor 8-4

Juara Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim 2023, Pahang Rangers merekodkan kemenangan pertama liga untuk musim 2024. Pasukan yang dibimbing jurulatih Sepanyol, Gerard Casas itu membelasah skuad futsal Selangor FC 8-4 di Stadium Tertutup Sukpa hari ini. Selepas seri 6-6 dengan Shah Alam City pada minggu lepas, Pahang Rangers mahu bangkit untuk mengutip kemenangan pertama. […]

Para Badminton World Championship: Cheah Liek Hou Muncul Juara Dunia Kali Ke-8, Benam Dheva Anrimusthi

Atlet paralimpik badminton negara, Cheah Liek Hou terus mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa selepas menjulang kejuaraan Para Badminton World Championship 2024. Kejohanan yang berlangsung di Pattaya, Thailand itu menyaksikan jaguh negara berdepan cabaran atlet negara jiran, Indonesia iaitu Deva Anrimusthi di final perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal). Di set pertama, Liek Hou bermula baik […]

Muslim Ahmad Menang Aksi Pertama Muay Thai, Lutut Lawan Sampai TKO

Selepas mencuri tumpuan peminat bola sepak dengan menceburi dunia Muay Thai, Muslim Ahmad sekali lagi menarik perhatian ramai semalam. Muslim berjaya memenangi pertarungan pertama Muay Thainya dengan mengatasi lawannya dari Perlis, Atingpek dalam aksi T-Fight 2.0 di Padang Serai, Kedah semalam. Meskipun ini aksi pertamanya di gelanggang, atlet berusia 35 tahun itu mengatasi Atingpek dengan […]

MPFL: JDT Terlalu Hebat, Kalahkan Terengganu 8-1

Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mengekalkan kedudukan di puncak Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) setelah membelasah Terengganu dalam aksi minggu kedua. Kedua-dua pasukan turun ke Stadium Tertutup Pasir Gudang dengan momentum terbaik selepas mencatatkan kemenangan besar 6-1 ke atas lawan masing-masing di aksi pembukaan minggu lalu. JDT berjaya membuka tirai jaringan menerusi Azri Rahman yang […]

Ng Tze Yong Jalani Pembedahan, Terlepas Dua Kejohanan Besar

Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong terpaksa melupakan hasrat menyertai German Open 2024 dan All England Championship 2024. Ini selepas beliau bakal menjalani pembedahan kecil pada bahagian belakangnya pada minggu hadapan. Perkara ini diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan di platform media sosial rasmi mereka hari ini. Pembedahan kecil ini dijangka memerlukan […]