Haikal Nazri ‘Belanja’ Dialek Kelantan Depan Orang China

Pemain beregu lelaki negara, Haikal Nazri buat peminat badminton Malaysia tidak kering gusi bila bertutur menggunakan dialek Kelantan. Perkara ini berlaku semasa beliau dan regunya, Choong Hon Jian ditemubual SPOTV Malaysia selepas tamat perlawanan Thomas Cup 2024 antara Malaysia dan Algeria semalam. Haikal pada awalnya terkejut bila diminta bercakap dalam loghat Kelantan oleh wartawan SPOTV […]
Siaran Langsung Uber Cup: Malaysia vs Thailand (Live Streaming)

Aksi kedua peringkat kumpulan Uber Cup menyaksikan pertembungan dua negara Asia Tenggara iaitu Malaysia dan Thailand pada petang Isnin. Skuad wanita kebangsaan memulakan saingan Uber Cup dengan langkah kiri setelah tunduk di tangan Chinese Taipei dengan keputusan 4-1 semalam dengan mata tunggal buat negara disumbangkan oleh pasangan beregu, Teoh Mei Xing-Go Pei Kee. Pasukan negara […]
Thailand Ke Piala Dunia Uzbekistan 2024

Pasukan gergasi futsal Asia Tenggara, Thailand mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia Futsal 2024 di Uzbekistan. ASEAN Football melaporkan Thailand, Iran, Tajikistan, Afghanistan dan tuan rumah Uzbekistan menjadi wakil Asia dalam kejohanan futsal berprestij itu. Thailand, Iran dan Tajikistan mengesahkan kelayakan ke Piala Dunia Futsal 2024 selepas menewaskan lawan masing-masing di peringkat suku akhir Piala Asia […]
Thomas Cup: Malaysia Catat Kemenangan Bersih Ke Atas Algeria

Malaysia mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati Thomas Cup 2024 setelah mudah menewaskan Algeria dalam aksi di gelanggang empat. Masih segar dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong semalam, skuad negara membuat keputusan untuk merehatkan beberapa tonggak utama seperti Leong Jun Hao, Aaron Chia dan Goh Sze Fei. Lee Zii Jia yang diturunkan sebagai pemain […]
Uber Cup: Taiwan Sekat Tentangan Hebat Malaysia

Malaysia membuka kempen Uber Cup 2024 dengan langkah kiri apabila terpaksa akur dengan kehebatan Taiwan dalam aksi pertama Kumpulan B. Dengan majoriti ahli kontinjen terdiri daripada pemain muda, Malaysia dilabel pasukan bukan pilihan jika dibandingkan dengan Taiwan. Pada masa sama, label ini turut memberi kelebihan kepada skuad negara kerana dapat beraksi tanpa sebarang tekanan. Goh […]
Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Algeria (Live Streaming)

Perlawanan kedua Kumpulan D menyaksikan pertemuan Malaysia dan Algeria pada petang Ahad. Selepas berjaya menewaskan Hong Kong 5-0 dalam aksi pembukaan Kumpulan D, skuad negara dijangka membuat perubahan kepada barisan pemain yang diturunkan untuk memburu kemenangan kedua kumpulan. Leong Jun Hao, Justin Hoh dan Cheam June Wei dijangka diturunkan barisan kejurulatihan negara untuk saingan perseorangan […]
Madam Pang Janji RM386,000 Jika Thailand Muncul Juara

Pasukan futsal Thailand bakal mendapat ganjaran lumayan sebanyak tiga juta baht (RM386,000) sekiranya mereka muncul juara Piala Asia Futsal 2024. Ganjaran tersebut dijanjikan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT), Nualphan Lamsam atau Madam Pang semalam. Beliau amat bangga dengan kejayaan yang dilakar anak buah Miguel Rodrigo sepanjang kejohanan berlangsung. Dan Madam Pang percaya Thailand […]
Thomas Cup: Malaysia Benam Cabaran Hong Kong

Kontinjen Malaysia membuka kempen Thomas Cup 2024 dengan langkah kanan apabila mengatasi cabaran Hong Kong dalam aksi pertama Kumpulan D. Kedua-dua pasukan tahu kemenangan perlu diraih untuk meningkatkan peluang merebut slot naib juara kumpulan. Ini ditambah dengan fakta pasukan pilihan iaitu Denmark turut berada dalam kumpulan sama. Satu lagi pasukan dalam Kumpulan D ialah wakil […]
Siaran Langsung Thomas Cup: Malaysia vs Hong Kong (Live Streaming)

Perlawanan pertama peringkat kumpulan D Thomas Cup menyaksikan pertembungan Malaysia dan Hong Kong di gelanggang dua pada pagi Sabtu. Skuad badminton negara dijangka bakal menurunkan barisan terkuat bagi merealisasikan impian meraih kemenangan pertama di peringkat kumpulan agar perjalanan mara ke suku akhir selepas ini lebih mudah. Lee Zii Jia, Leong Jun Hao dan bintang muda, […]
Skuad Futsal JDT Berkelana Di Indonesia

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) memanfaatkan tempoh ketiadaan perlawanan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) membabitkan pasukan itu dengan berkelana ke Indonesia. Ini selepas pasukan itu memuatnaik siri foto yang menunjukkan mereka berada di Indonesia di platfrom media sosial JDT Futsal. Pasukan yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memilih Indonesia sebagai persiapan untuk […]
Bintang JDT Kembali Perkuat Pasukan Berdepan Sabah

Khabar baik diterima oleh kem futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila salah seorang bintang mereka kini dijangka kembali memperkuat pasukan dalam masa terdekat. Pemain yang dimaksudkan merupakan Ekmal Shahrin yang merupakan tonggak utama yang berperanan sebagai pivot pasukan JDT sejak musim 2023 yang lalu. Menerusi satu hantaran di media sosial rasmi JDT Futsal, kelibat pemain […]
Ranking Hoki Malaysia Jadi Kebanggaan Tertinggi Asia

Pasukan hoki Malaysia terus membanggakan nama negara dengan kedudukan ranking antara yang tertinggi berbanding negara-negara Asia yang lain. Menerusi kemas kini ranking Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Malaysia kini menduduki ranking ke-13 dunia dengan 1928.27 mata, peningkatan sebanyak satu anak tangga berbanding kedudukan ke-14 sebelum ini. Berdasarkan kedudukan negara-negara Asia, skuad hoki kebangsaan berada di tangga […]
Hafizh Syahrin: Saya Seperti Tunggang Kuda

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin mengakui kejayaan muncul juara perlumbaan pertama pusingan kedua Asian Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai bukanlah sesuatu yang mudah. Menurut Hafizh, terdapat sedikit masalah pada jentera miliknya ketika menuju penghujung perlumbaan yang mana menyukarkan beliau untuk mengawal dan dalam masa yang sama mengejar tempat ke garisan […]
Hafizh Syahrin Muncul Juara Di China

Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah pamer kecemerlangan dengan mengungguli perlumbaan satu kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) hari ini. Kejayaan ini dicapai dalam pusingan kedua Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 yang berlangsung di Zhuhai, China. Selepas berjaya meraih tempat kedua dalam perlumbaan kedua kategori ASB1000 di Buriram, Thailand bulan lalu, Hafizh semakin bersemangat memburu […]
Rexy Mainaky: Ini Saja Skuad Malaysia Yang Ada

Pengarah kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Rexy Mainaky tetap yakin dengan barisan pemain Malaysia meskipun dihimpit pelbagai isu menjelang kejohanan berpasukan. Pada Jumaat, BAM dalam suatu kenyataan mengumumkan terpaksa melupakan khidmat pemain perseorangan kedua negara, Ng Tze Yong yang bakal menjalani satu lagi pembedahan dalam masa terdekat. Ng Tze Yong yang baru pulih dari kecederaan […]
Misi Dua Dalam Satu Hafizh Syarin Di Zhuhai

Menjelang pusingan kedua Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024 di Zhuhai, China yang bermula hujung minggu ini, Hafizh Syahrin Abdullah membawa misi dua dalam satu. Pelumba JDT Racing Team itu mahu menambah koleksi podium yang diraihnya selepas berjaya melakukannya di Buriram, Thailand pada bulan lepas. Hafizh yang bersaing dalam kategori Asian Superbike 1000cc (ASB1000) berharap dapat […]