Kejuaraan Futsal Asean: Malaysia Tumpas Di Tangan Vietnam

Malaysia terpaksa akur tumbang di tangan Vietnam dalam aksi kedua peringkat kumpulan A Kejuaraan Futsal Asean 2024 pada Isnin. Setelah cemerlang membelasah Brunei pada Ahad, pasukan negara kendalian Rakhpol Sainetngam turun pada aksi kedua peringkat kumpulan berdepan negara di ranking ke-34 dunia, Vietnam. Skuad kebangsaan menampilkan barisan yang sama dengan Syawal Sabaruddin di pintu gol […]
Kejuaraan Futsal Asean: Malaysia Kenduri Gol Atasi Brunei

Malaysia membuka kempen Kejuaraan Futsal Asean dengan langkah kanan apabila menewaskan Brunei dengan jaringan besar dalam aksi pertama kumpulan A pada petang Ahad. Setelah terkandas di peringkat kumpulan dalam dua edisi terakhir, skuad negara memulakan saingan kali ini dengan bertemu Brunei yang tumpas di tangan Thailand pada Sabtu. Skuad kebangsaan membariskan gandingan Saad Abdul Sani […]
Jurulatih Vietnam Anggap Malaysia Antara 5 Pencabar Di Kejuaraan Futsal Asean

Pengendali Vietnam, Diego Giustozzi melihat skuad Malaysia antara 5 pasukan pencabar yang hebat di Kejuaraan Futsal Asean 2024. Kejuaraan Futsal Asean disertai oleh 9 buah negara di rantau Asia Tenggara dengan lima negara diketuai oleh tuan rumah, Thailand menghuni kumpulan A dan 4 lagi negara berada di kumpulan B. Vietnam, Malaysia, Brunei dan Timor Leste […]
FAM Letak Harapan Besar, Malaysia Gah Di Kejuaraan Futsal ASEAN

Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Rosmadi Ismail percaya skuad futsal negara mampu menyerlah dalam Kejuaraan Futsal ASEAN 2024. Selepas terkandas di peringkat kumpulan untuk edisi 2022, Malaysia berharap dapat bangkit untuk edisi 2024. Pasukan itu berada dalam Kumpulan A bersama juara bertahan, Thailand, Vietnam, Timor Leste dan Brunei. Meskipun menyedari cabaran hebat yang […]
Aaron Chia Senyum Panjang, Raih Tambahan Habuan 5 Angka

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia peroleh satu lagi berita gembira tatkala menerima tambahan insentif bernilai 5 angka hasil pencapaian memukau di Paris. Aaron yang berpasangan bersama Soh Wooi Yik mempamer prestasi cemerlang di temasya Sukan Olimpik Paris yang lalu apabila berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara. Pasangan ke-5 dunia ini menewaskan beregu Denmark, […]
Warga Indonesia Puji Adab Sopan Atlet Malaysia, Jordan Boy

Jaguh Muay Thai Malaysia, Jordan Boy meraih tumpuan oleh warga Indonesia kerana kesopanan dan sikap merendah diri. Jordan Boy atau nama sebenar Mohammed Bin Mahmoud ini dikenali sebagai atlet seni bela diri campuran (MMA) negara terutamanya dalam arena Muay Thai dan Kickboxing. Penampilan Jordan Boy di pentas besar seperti di kejohanan ONE Championship pada tahun […]
Lee Zii Jia Terlepas ‘Habuan’ RM1 Juta

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa akur terlepas ganjaran besar bernilai RM1 juta. Zii Jia tampil cemerlang di temasya Sukan Olimpik Paris lalu dengan menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negara untuk mengikuti jejak Datuk Rashid Sidek serta Datuk Lee Chong Wei. Pada aksi penentuan gangsa tersebut, Zii Jia turun berdepan jaguh dari India, […]
“Saya Lari Buka Baju Sebab Nak Lagi Laju”

Pempengaruh media sosial yang juga ahli Challo Sports Club, Hakimi Noordin merasakan larian dengan membuka baju lebih membantu beliau berlari lebih laju. Hakimi dijemput dalam satu rancangan temu bual oleh Astro Gempak iaitu Motif Trending bersama 2 orang rakan, Fazziq Muqris dan Nik Rifa’ie bagi membincangkan program larian, Challo Run. Menurut Fazziq, Challo ditubuhkan sebagai […]
Minta Gaji RM2 Juta? Ini Respon Aaron Chia

Pemain beregu lelaki negara, Aaron Chia menafikan ada pemain negara meminta gaji sebanyak RM2 juta daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM). Sebelum ini, satu laporan media menyatakan pemain-pemain negara mahu mendapatkan gaji tahunan sebanyak RM2 juta. Sekiranya permohonan ini menjadi kenyataan, jumlah gaji berkenaan bakal mengatasi gaji tertinggi yang diterima ahli sukan lain di Malaysia termasuk […]
3 Wakil Malaysia Kumpul RM1.5 Juta

Tiga wakil Malaysia dalam sukan badminton iaitu Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Pearly Tan-M. Thinaah telah mengumpul hadiah wang hampir RM1.5 juta. Selepas mengharungi 15 kejohanan antarabangsa, Zii Jia telah meraih hadiah wang lebih AS$112,000 (RM487,000). Ini termasuk kejayaannya bergelar juara Thailand Open 2024 dan Australian Open 2024. Selain itu, Zii Jia […]
Lee Zii Jia Cedera, Hairul Azreen Tolong Jawabkan

Selebriti terkenal, Hairul Azreen mendedahkan status terkini kecederaan yang dihadapi jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. Sebelum ini, pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 itu mengalami kecederaan di bahagian pergelangan kaki semasa aksi suku akhir Arctic Open 2024. Kecederaan tersebut mengakibatkan Zii Jia tewas kepada Jepun, Koki Watanabe dengan keputusan 21-15, 13-21, 21-12. Meskipun […]
Syahir Iqbal Optimis Aksi Terbaik Malaysia Di Kejuaraan ASEAN

Bintang muda skuad futsal Malaysia, Syahir Iqbal Khan Akbar Khan percaya pasukan itu bakal menunjukkan aksi terbaik di pentas Kejuaraan Futsal ASEAN 2024. Skuad negara yang dipimpin jurulatih Thailand, Rakhpol Sainetngam berharap dapat menebus kekecewaan gagal layak ke peringkat separuh akhir kejohanan edisi 2022. Malaysia yang diletakkan dalam Kumpulan A bersama Thailand, Indonesia, Brunei dan […]
Malaysia Mahu Beri Skuad Futsal Australia Saingan Terhebat

Tonggak muda futsal Malaysia, Syahir Iqbal Khan sedia untuk memberikan saingan terbaik menjelang aksi persahabatan bertemu Australia sebelum membuka kempen AFF Futsal Championship. Pasukan futsal negara kendalian Rakhpol Sainetngam kini berada di Bangkok, Thailand bagi kem latihan pusat fasa akhir sebelum ke Nakhon Ratchasima untuk aksi pertama kejohanan Sebagai persiapan akhir, skuad kebangsaan akan berdepan […]
Lee Zii Jia & Liek Hou Terima Wang Ganjaran RM1.1 Juta

Dua jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia dan Cheah Liek Hou menerima wang ganjaran Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) berjumlah RM1.1 juta. Liek Hou menerima ganjaran RM1 juta atas kejayaannya mempertahankan pingat emas untuk acara perseorangan lelaki SU5 di pentas Paralimpik 2024. Anak jati Kuala Lumpur itu mengatasi cabaran musuh ketat dari Indonesia, Suryo […]
Belanda Kalahkan Timnas Wanita Indonesia 15-0

Skuad wanita Indonesia terpaksa menanggung kekalahan besar 15-0 di tangan jaguh Eropah, Belanda dalam satu aksi persahabatan. Pasukan Indonesia bimbingan Satoru Mochizuku hadir ke De Vijverberg sebagai persiapan menghadapi AFF Women’s Cup dan memilih Belanda di ranking ke-7 dunia sebagai lawan. Kesebelasan utama Sang Garuda dibarisi nama-nama seperti Shafira Ika, Sheva Imut, Scheunemann dan Sydney […]
Dua Beregu Malaysia Raih Wang Ganjaran RM1 Juta

Prestasi cemerlang dua beregu utama Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik serta Pearly Tan-M. Thinaah sepanjang tahun 2024 menyaksikan mereka mengumpul wang kemenangan sejumlah hampir RM1 juta. Sepanjang musim 2024 ini, Aaron-Wooi Yik merekodkan satu gelaran naib juara di All England selain dua kali melangkah ke separuh akhir ketika di India Open dan juga Badminton Asia […]