Info Siaran Langsung Separuh Akhir Indonesia Open: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)

Dua wakil hebat Malaysia bakal menggalas tanggungjawab besar dalam meneruskan perjuangan negara dalam saingan separuh akhir Indonesia Open pada Sabtu. Terdahulu, seramai enam wakil Malaysia yang terdiri daripada dua pemain perseorangan lelaki, dua pasangan beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran berjaya menempah tiket ke peringkat suku akhir yang berlangsung pada Jumaat. Walau bagaimanapun, kekalahan […]

Hannah Yeoh Kongsi Perbualan Dengan Azizulhasni Awang Sebelum Ke Olimpik

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memaklumkan beliau akan memberi sokongan penuh kepada Datuk Azizulhasni Awang di temasya Sukan Olimpik 2024 di Paris. Perkara ini dinyatakan beliau kepada jaguh berbasikal trek negara itu dalam satu majlis di kediaman Tun Musa Hitam di Bukit Tunku, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis itu dianjurkan oleh negarawan itu sebagai […]

Indonesia Open: Kunlavut Vitidsarn Tamatkan Cita-Cita Separuh Akhir Lee Zii Jia

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia kempunan membawa cabaran negara di peringkat separuh akhir Indonesia Open 2024. Ini selepas bekas juara All England 2021 itu tewas kepada juara dunia perseorangan lelaki 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn di peringkat suku akhir. Selepas dipaksa bekerja keras menentang wakil China, Weng Hong Yang semalam, Zii Jia kini […]

Info Siaran Langsung Suku Akhir Indonesia Open: Barisan Pemain & Siaran TV (Live Streaming)

Aksi suku akhir Indonesia Open pada Jumaat menyaksikan enam wakil Malaysia termasuk dua jaguh perseorangan lelaki bakal berentap untuk memburu tempat ke peringkat separuh akhir. Momentum cemerlang ditampilkan oleh pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia belakangan ini diteruskan lagi apabila berjaya bangkit menewaskan lawan dari China, Weng Hongyang dalam aksi tiga set dengan kemenangan […]

Indonesia Open: Lee Zii Jia Ke Suku Akhir, Leburkan Tentangan Weng Hong Yang

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia meneruskan kemaraan dalam Indonesia Open 2024 apabila mengatasi wakil China, Weng Hong Yang dalam aksi pusingan kedua hari ini. Selepas berjaya menewaskan Angus Ng Ka Lok di pusingan pertama, bekas juara All England 2021 itu perlu melepasi Hong Yang jika ingin mara ke suku akhir. Dari segi ranking, […]

Leong Jun Hao Malukan Jonatan Christie Depan Penyokong Indonesia

Jaguh badminton Malaysia, Leong Jun Hao terus melakar kejutan dalam arena badminton antarabangsa dengan menewaskan Jonatan Christie dalam aksi pusingan pertama Indonesia Open 2024. Kejayaan ini cukup mengejutkan kerana status Christie sebagai jaguh perseorangan lelaki ketiga terbaik dunia jika dibandingkan dirinya yang berstatus pemain ke-32 dunia. Beraksi di Istora Senayan, kelebihan tampak memihak kepada Christie […]

Indonesia Open: Lee Zii Jia Tundukkan Ng Ka Long Buat Kali Ke-4 Berturut-Turut

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia memulakan kempen Indonesia Open dengan langkah kanan apabila mudah menundukkan wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long di pusingan pertama. Lee Zii Jia yang kini berada di prestasi terbaiknya setelah merangkul juara Thailand Open dan bergelar naib juara Malaysia Masters bulan lalu diundi untuk berdepan Ka Long buat […]

“JDT Merendah Diri Namun Mahu Juara” – Miguel Garcia

Pengendali skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) Juan Antonio Miguel Garcia tidak mahu anak-anak buahnya mendabik dada meskipun memiliki jurang mata yang jauh berbanding seteru utama mereka. Miguel Garcia yang ditemui selepas aksi MPFL berdepan KL City pada Ahad berkata perjalanan liga masih lagi panjang dan beliau mahukan anak-anak buahnya untuk kekal fokus dan hormati […]

Tan Boon Heong Jadi Mangsa Penipuan RM2.5 Juta

Bekas pemain badminton Malaysia, Tan Boon Heong mendedahkan beliau pernah menjadi mangsa penipuan dan mengalami kerugian sebanyak RM2.5 juta. Perkara ini didedahkan sendiri bekas pemain beregu lelaki nombor satu dunia itu menerusi beberapa hantaran di Facebook hari ini. Boon Heong tergerak untuk berkongsi pengalaman pahitnya itu selepas mendapat berita pemain badminton kebangsaan, Lai Pei Jing […]

Tonggak Badminton Malaysia Jadi Mangsa Penipuan, Simpanan Lesap Sekelip Mata

Pemain beregu campuran Malaysia, Lai Pei Jing ditimpa malang apabila menjadi mangsa penipuan. Perkara ini didedahkan sendiri pemain berusia 31 tahun itu di media sosial pada Ahad lepas. Atas sebab itu, Pei Jing meminta diberi ruang untuk menguruskan emosi yang muncul ketika ini. “Pertama sekali, kepada saudara-mara dan rakan-rakan yang melihat hantaran ini, sama ada […]

MPFL: JDT Bangkit Belasah KL City

JDT meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Malaysian Premier Futsal League (MPFL) apabila bangkit dari ketinggalan untuk membelasah KL City pada Ahad. Selepas berjaya mencatatkan kemenangan bergaya ke atas seteru utama, Pahang Rangers minggu lalu, JDT berkunjung ke ibu kota untuk berdepan KL City yang merupakan pasukan tercorot liga. Skuad Harimau Selatan membariskan pemain-pemain terbaik yang […]

Hafizh Syarin Bakal Ada Pesaing Baru Di JDT Racing?

Pelumba motosikal Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah berpotensi mendapat rakan sepasukan baru dalam pasukan JDT Racing Team. Ini selepas nama pelumba Yamaha Tekhne Racing Team Asia, Kasma Daniel Kasmayudin dikhabarkan bakal menyertai pasukan itu. Nama Kasma bukan asing dalam kalangan peminat sukan permotoran negara. Ini kerana pelumba berusia 23 tahun itu pernah bersaing dalam saingan Moto3 […]

Singapore Open: Viktor Axelsen Sekat Impian Separuh Akhir Leong Jun Hao

Hasrat wakil tunggal perseorangan lelaki Malaysia, Leong Jun Hao untuk mara ke separuh akhir Singapore Open 2024 disekat jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Selepas berjaya mengejutkan juara bertahan dari Indonesia, Anthony Sinisuka Ginting pada pusingan kedua, anak jati Setapak, Kuala Lumpur itu berharap dapat meneruskan momentum hari ini. Menanti beliau di pusingan suku akhir […]

Info Siaran Langsung Singapore Open: Leong Jun Hao vs Viktor Axelsen (Live Streaming)

Saingan suku akhir Singapore Open 2024 bakal berlangsung pada Jumaat dengan beberapa wakil negara bakal turun seperti Leong Jun Hao yang akan berentap menentang jaguh nombor satu dunia, Viktor Axelsen. Selepas berjaya melakar kejutan menewaskan juara bertahan Singapore Open, Anthony Ginting pada peringkat suku akhir semalam, Jun Hao sekali lagi akan berdepan pemain pilihan yang […]

MPFL: Usaha Selangor Kejar JDT Terjejas

Usaha skuad futsal Selangor FC mengejar pendahulu Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sedikit terjejas. Ini selepas Selangor mengumumkan bahawa pemain import Brazil, Matheus Vasconcelos atau Ceara tidak bersama pasukan untuk baki kempen MPFL musim ini. Keputusan tersebut dibuat dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk masalah kecederaan dan […]

Ini Sebab Anthony Ginting Atasi Lee Zii Jia Secara Percuma

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa memberikan kemenangan percuma kepada lawannya, Anthony Ginting dalam pusingan pertama Singapore Open. Saingan Singapore Open yang membuka tirai pada 28 Mei menyaksikan wakil negara Lee Zii Jia diundi berdepan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia seawal pusingan pertama pada Rabu. Perlawanan ini sangat ditunggu-tunggu oleh peminat badminton Malaysia […]