Bintang Brazil, Tonggak Georgia Dilaporkan Dalam Radar JDT & Selangor Futsal

Khabar angin mula bertiup kencang mengaitkan skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor bakal merekrut dua bintang futsal dunia dari Brazil dan Georgia. JDT Futsal yang mengumumkan perpisahan bersama pemain dari Brazil, Helio Neto minggu lalu kini difahamkan mencari pengganti bagi mengisi satu slot pemain import yang ditinggalkan oleh Neto itu. Menurut pemerhati bola […]

WSL: 10 Pemain Tinggalkan Selangor

Selangor mengumumkan seramai 10 orang pemain telah meninggalkan pasukan tersebut setelah berjuang dalam saingan FA Selangor Women’s Super League (WSL) 2024. Menerusi satu hantaran di laman Instagram Selangor FC Women pada Sabtu, seramai 10 orang pemain utama termasuk kapten pasukan, Siti Nur Faizah mengucapkan selamat tinggal buat The Red Giants setelah berakhir kempen WSL tempoh […]

Ganjaran RM470,000 Menanti Sabah Jika Beraksi Di AWCL

Sabah berpeluang meraih sekurang-kurangnya hadiah wang tunai bernilai hampir setengah juta ringgit seandainya berjaya melayakkan diri ke saingan AFC Women’s Champions League (AWCL). Minggu lalu, pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan bahawa Sabah bakal menjadi wakil tunggal negara untuk beraksi dalam peringkat kelayakan AWCL sebagai juara Liga Wanita Nasional musim lalu. Dalam peringkat kelayakan […]

Ranking Lee Zii Jia Naik Mendadak, Hampiri Posisi 5 Terbaik Dunia

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia semakin menghampiri kedudukan lima pemain terbaik perseorangan lelaki dunia. Ini selepas Persekutuan Badminton Sedunia (BWF) mengemas kini kedudukan ranking terbaru pemain mengikut acara yang disertai. Zii Jia kini menduduki ranking ketujuh dunia sekaligus memintas kembali juara dunia perseorangan lelaki 2023 dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn. Kejayaan ini dilakar pemain […]

Chery Malaysia Umum Ganjaran Buat Pemenang Pingat Sukan Olimpik

Ganjaran besar menanti buat atlet Malaysia yang berjaya membawa pulang pingat di Sukan Olimpik Paris 2024 berupa sebuah kenderaan oleh jenama automotif terkenal, Chery. Perkara ini dimaklumkan oleh Presiden Chery Malaysia, Leo Chen dalam satu majlis memeterai perjanjian di antara Chery Malaysia dan Majlis Sukan Negara (MSN) yang diadakan di ibu negara pada Rabu. Beliau […]

Saudara Karib Teerasil Dangda Perkasakan Skuad Futsal Kedah

Pasukan Kedah bakal diperkuat dengan kehadiran tonggak import yang juga saudara kepada bintang bola sepak Thailand, Teerasil Dangda bagi menghadapi saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) divisyen 2. Pemain import tersebut merupakan Nattawat Luksanato yang merupakan pemain futsal profesional di Thailand dan telah diumumkan sebagai salah seorang pemain import yang bakal menerajui skuad Kedah musim […]

Pengganti Helio Neto Di JDT Bukan Calang-Calang

Susulan pemergian pemain import Brazil, Helio Neto, skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) dilihat sudah memiliki calon pengganti untuk pemain berkenaan. Semalam, ramai penyokong JDT terkejut apabila pemain berusia 32 tahun itu mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan berkenaan. Ini selepas Neto memaklumkan bahawa kontraknya bersama Harimau Selatan akan berakhir pada penghujung bulan ini. […]

Helio Neto Ucap Selamat Tinggal Kepada JDT

Pemain import pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT), Helio Neto mengumumkan perpisahannya bersama skuad Harimau Selatan. Pemain kelahiran Brazil itu menyertai JDT daripada salah satu pasukan pencabar musim lepas, Gombak TOT United pada awal Januari yang lalu. Setelah beraksi dalam tujuh perlawanan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL), jodoh pemain berusia 32 tahun itu bersama JDT […]

Buzzinho Harumkan Nama Selangor Di Sweden, Tewaskan JDT Esports

Atlet e-sukan Malaysia yang mewakili Selangor FC, Buzzinho mengharumkan nama negara apabila mara ke suku akhir pusingan kelayakan musim panas eWorld Cup: EA FC24 di Jonkoping, Sweden baru-baru ini. Kejayaan ini dikongsikan pengurusan Merah Kuning menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka hari ini. Lebih manis, Buzzinho turut mengatasi cabaran rakan senegara yang […]

5 Wakil Malaysia Tembusi Kelompok 20 Terbaik Dunia

Sektor beregu lelaki Malaysia terus melahirkan ramai pemain yang berkualiti untuk terus menggegarkan arena badminton dunia. Ini selepas Persekutuan Badminton Dunia (BWF) mengeluarkan senarai ranking terbaharu pada Selasa bagi acara beregu lelaki yang didominasi oleh pasangan dari Malaysia dalam kelompok 20 terbaik. Aaron Chia-Soh Wooi Yik masih kekal sebagai beregu lelaki nombor satu negara di […]

Malaysia Kekal Di Tangga Ke-96, Indonesia Lonjak Dua Anak Tangga

Kedudukan Malaysia dalam kelompok 100 terbaik dunia tidak tergugat dalam senarai ranking bola sepak wanita FIFA sementara Indonesia mempamerkan peningkatan mengagumkan. Menerusi kemas kini ranking yang dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA) menyaksikan kedudukan skuad wanita kebangsaan tidak mengalami perubahan setelah tiada sebarang perlawanan yang dihadapi. Kali terakhir skuad wanita negara turun beraksi adalah […]

Cheam June Wei Julang Gah Nama Malaysia Di China

Nama Malaysia terus mendapat perhatian dunia badminton apabila pemain perseorangan lelaki, Cheam June Wei muncul juara kejohanan jemputan di China. June Wei menyertai Lin Dan Cup yang diadakan di Stadium Bao’an di Shenzhen, Wilayah Guangdong, selatan China bermula 15 Jun hingga 16 Jun yang lalu yang turut disertai oleh nama-nama yang tidak asing seperti Heo […]

Lee Zii Jia Kumpul Hampir Setengah Juta Kurang 5 Minggu

Kejayaan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia yang meraih kedudukan podium dalam beberapa siri kejohanan belakangan ini membuahkan hasil yang berbaloi. Zii Jia masih segar dengan gelaran juara di Australian Open 2024 setelah tampil penuh bertenaga menewaskan bintang Jepun, Kodai Naraoka di final dengan keputusan 21-19, 11-21, 21-18. Hasil daripada kemenangan epik itu, pemain […]

Australian Open: Lee Zii Jia Raih Gelaran Juara Kedua 2024

Jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain perseorangan keenam dunia, Kodai Naraoka untuk meraih gelaran juara Australian Open 2024. Ini gelaran juara kedua Zii Jia dalam tahun 2024 selepas bergelar juara Thailand Open 2024 pada bulan lalu. Selepas melepasi cabaran Lee Chia Hao di peringkat separuh akhir semalam, kini […]

Australian Open: Perjalanan Magis Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien Terhenti Di Tangan Beregu Indonesia

Hasrat besar beregu wanita Malaysia, Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien untuk membawa pulang kejuaraan Australian Open 2024 tidak kesampaian setelah tumpas di perlawanan akhir kepada Febriana Kusuma-Amallia Pratiwi. Pei Jing-Chiew Sin yang melakukan debut di kejohanan bertaraf 500 ini melalui satu perjalanan yang sangat manis di Sydney apabila berjaya menumbangkan beberapa pasangan pilihan untuk lolos […]

Siaran Langsung Final Australian Open: Lee Zii Jia vs Kodai Naraoka (Live Streaming)

Perlawanan akhir Australian Open 2024 pada Ahad bakal menyaksikan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia akan turun menentang bintang Jepun, Kodai Naraoka. Terdahulu, empat wakil telah membawa cabaran negara di peringkat separuh akhir iaitu Lee Zii Jia (perseorangan lelaki), Haikal Nazri-Choong Hon Jian (beregu lelaki), Lai Pei Jing-Lim Chiew Sien (beregu wanita) dan Tan […]