JDT Racing Team Lakar Sejarah Bersaing Di WSBK

Meskipun berstatus pendatang baru dalam dunia perlumbaan motorsikal, JDT Racing Team menunjukkan pencapaian cemerlang dalam saingan Asia Road Racing Championship (ARRC) 2024. Dan terbaru, JDT Racing Team mencipta sejarah apabila mendapat tiket wild card untuk menyertai Superbike World Championship (WSBK) di Litar Portimao, Portugal pada bulan hadapan. Perkara ini diumumkan sendiri pasukan itu menerusi satu […]

MPFL: Bergson Hadir Beri Sokongan Kepada JDT

Kelibat tonggak-tonggak import Liga Super diketuai Bergson da Silva memberi sokongan kepada skuad futsal Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencuri tumpuan penyokong. Aksi terbaru Divisyen 1 Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) menyaksikan JDT turun menentang Shah Alam City di Stadium Bandaraya Pasir Gudang. JDT yang dibimbing Juan Antonio Miguel Garcia memburu kemenangan bagi melebarkan […]

Pasukan Tunku Putera Johor Gapai Podium Di Jepun

Tunku Putera Johor, Yang Amat Mulia (YAM) Tunku Abu Bakar ibni Sultan Ibrahim ceria apabila meraih podium dalam perlumbaan Fanatec GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Suzuka, Jepun. Baginda yang mewakili pasukan Johor Motorsports Racing (JMR) meraih kedudukan kedua dalam perlumbaan kelas Pro-Am bersama pelumba Perancis, Mikael Grenier pada Sabtu lalu. Gandingan Tunku Abu Bakar-Grenier […]

MPFL: JDT Cemas Sebelum Tundukkan Shah Alam City

JDT melebarkan rekod kemenangan dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah dipaksa bekerja keras untuk menumpaskan Shah Alam City di Pasir Gudang pada Ahad. Masih segar dengan kejayaan menewaskan Terengganu 7-1 Rabu lalu, skuad Harimau Selatan turun berdepan Shah Alam City dengan misi untuk menjarakkan mata dengan pesaing terdekat iaitu Pahang Rangers yang […]

Hannah Yeoh Luluskan Dana ‘5 Angka’ Kepada MAD

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mengumumkan kelulusan dana berjumlah RM50,000 kepada Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD). Kelulusan geran ini diumumkan beliau kepada media selepas majlis penyerahan bendera kepada pasukan dodgeball kebangsaan yang akan bertanding dalam Kejohanan Dodgeball Dunia di Austria pada Ogos ini. Hannah berharap dengan geran tersebut, ini dapat membantu MAD mempromosikan sukan dodgeball […]

Malaysia ‘Ratah’ Skuad Kedua Belgium

Ketajaman sentuhan penyerang Malaysia, Faisal Saari membantu skuad hoki senior negara meraih kemenangan 3-2 ke atas Belgium B. Kemenangan ini diraih dalam aksi ketiga Siri Perlawanan Persahabatan Eropah 2024 di Sportcentrum Wilrijkse Plein di Antwerp, Belgium pada 5 Julai lalu. Skuad negara mengejutkan The Red Lions dengan mendahului seawal minit pertama menerusi Faisal. Beliau kemudiannya […]

Lee Zii Jia Raih ‘Durian Runtuh’ RM300,000

Jaguh perseorangan lelaki Malaysia, Lee Zii Jia menerima geran kewangan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Geran kewangan ini merupakan inisiatif sokongan KBS untuk membantu atlet-atlet profesional yang layak ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Menerusi geran ini, atlet yang terpilih dapat memanfaatkannya untuk kejohanan antarabangsa, kem latihan dan perkhidmatan sokongan. Ini […]

Atlet Lompat Tinggi Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan

Arena sukan Afrika Selatan dikejutkan dengan berita kematian bekas jaguh lompat tinggi negara itu, Jacques Freitag baru-baru ini. Akhbar Daily Mail melaporkan Freitag, 42, ditemui mati dengan kesan tembakan bersebelahan Tanah Perkuburan Zandfontein di Afrika Selatan. Jurucakap Polis Afrika Selatan, Brigadier Brenda Muridili mengesahkan bekas atlet olahraga Afrika Selatan itu ditembak beberapa kali dengan polis […]

Meninggal Ketika Beraksi, Dr. Malar Kongsi Cara Bantuan Kecemasan Serangan Jantung

Berikutan insiden kematian mengejut pemain muda China di atas gelanggang baru-baru ini, Dr. Malar berkongsi cara agar bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan pantas. Ahad lalu, dunia badminton dikejutkan dengan pemergian pemain muda dari China, Zhang Zhi Jie yang rebah di atas gelanggang ketika beraksi dalam kejohanan Badminton Asia Junior Championship di Yogyakarta, Indonesia. Meskipun menerima rawatan […]

“Ini Cerita Budak Teluk Intan Kepada Dunia”

Anak jati Teluk Intan, Azeem Fahmi tidak dapat menyembunyikan perasaan terujanya apabila diberi peluang untuk mewakili Malaysia ke Sukan Olimpik 2024. Azeem yang merupakan atlet 100 meter negara telah dipilih oleh pihak Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) pada Rabu untuk membawa cabaran negara ke temasya sukan berprestij itu di Paris nanti. Pemilihan Azeem ini sekaligus menyaksikan […]

MPFL: Dominasi JDT Sukar Digugat, Tundukkan Terengganu 7-1

Pasukan futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) merakamkan kemenangan kelapan dalam saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2024 setelah tidak berdepan masalah untuk menumpaskan Terengganu pada Rabu. JDT bertandang ke Kuala Terengganu dengan momentum terbaik setelah meraih kemenangan bersih dalam kesemua tujuh perlawanan liga, berbeza dengan Terengganu yang kini berada di tangga kedua terbawah dengan hanya […]

3 Wakil Malaysia Kejar Kelompok 10 Terbaik Dunia

Persaingan sengit dipamerkan oleh tiga wakil beregu lelaki Malaysia bagi merebut tempat dalam kelompok 10 terbaik dunia. Menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam acara beregu lelaki sebelum ini menyaksikan seramai lima wakil negara mengisi kelompok 20 terbaik dunia diketuai oleh Aaron Chia-Soh Wooi Yik di kedudukan kelima. Sementara tiga lagi pasangan […]

Dr. Malar Dedah Punca Atlet China Menggelupur Dalam Gelanggang

Doktor perubatan terkenal, Dr. Malar berkongsi pandangan beliau mengenai punca pemain badminton muda China yang menggelupur dan rebah ketika beraksi di gelanggang beberapa hari yang lalu. Dua hari yang lalu, dunia badminton dikejutkan dengan pemergian pemain muda China, Zhang Zhi Jie yang rebah ketika sedang beraksi dalam kejohanan Badminton Asia Junior Championship di Yogyakarta, Indonesia. […]

Hasrat Malaysia Jadi Tuah Rumah Piala Asia 2025 Jadi Kenyataan

Khabar baik buat peminat sepak takraw tanah air apabila Malaysia dipilih sebagai tuan rumah kejohanan Piala Asia yang dijadualkan berlangsung pada tahun 2025 nanti. Hal ini selepas Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) telah bersetuju untuk menerima tawaran oleh Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF) untuk menganjurkan Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia 2025. Perkara ini diumumkan oleh Presiden PSM, Datuk […]

Hamidin Letak Sasaran Penting Lee Zii Jia Di Olimpik

Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Datuk Hamidin Mohd Amin meletakkan sasaran suku akhir sebagai sasaran yang perlu dicapai Lee Zii Jia. Hamidin meletakkan sasaran tersebut kerana mengambil kira undian yang bakal dilalui jaguh perseorangan lelaki utama Malaysia itu. Ini kerana pada satu ketika, Zii Jia perlu berhadapan cabaran pemain China atau Denmark jika […]

MOM Perkenal Pakaian Rasmi Kontinjen Malaysia

Susulan maklum balas yang bercampur baur berkenaan pakaian rasmi kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik 2024, Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mengambil langkah menambah baik rekaan yang dinyatakan. Lantas, MOM telah memperkenalkan rekaan terbaru pakaian rasmi kontinjen Olimpik negara. Menariknya, beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dipilih sebagai model pakaian berkenaan. Hasil maklum […]