Olimpik Paris: Senarai Penuh Wakil Badminton Malaysia & Jadual Perlawanan

Ini adalah senarai penuh wakil badminton Malaysia beserta jadual perlawanan di Sukan Olimpik Paris 2024. Senarai Atlet Badminton Malaysia Lee Zii Jia, wakil perseorangan lelaki negara diletakkan sebagai pilihan ketujuh kejohanan dan berada di prestasi terbaiknya setelah merangkul dua kejuaraan di Australia dan Thailand baru-baru ini. Cabaran perseorangan wanita pula digalas oleh Goh Jin Wei […]
MPFL: Ujian Hebat Menanti JDT

Ujian sebenar dan hebat bakal menanti skuad Johor Darul Ta’zim dalam aksi minggu ke-12 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL). JDT kini masih gah menerajui carta MPFL dengan kutipan 30 mata dalam 11 aksi setelah mencatatkan kemenangan ke-10 pada Ahad lalu ke atas pasukan Sabah dengan keputusan 9-2. Persembahan konsisten yang ditampilkan anak didik Juan Antonio […]
Perbezaan Ranking Lee Zii Jia & Dua Lawan Di Olimpik Jadi Bualan

Perbezaan ranking dunia membabitkan jaguh perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia dan dua lawannya di peringkat kumpulan Sukan Olimpik 2024 menjadi bualan ramai. Peringkat kumpulan untuk acara perseorangan lelaki menemukan Zii Jia dengan wakil Sepanyol, Pablo Abian dan jaguh Sri Lanka, Viren Nettasinghe. Perbezaan ranking ketiga-tiga pemain ini yang menjadi bualan. Ini kerana Zii Jia […]
“Kami Cuba Bermain Walau Emosi Terganggu”

Aksi tetap diteruskan walaupun diselubungi emosi tidak menentu oleh para pemain dan juga pihak kejurulatihan pasukan. Begitulah luahan yang diungkapkan oleh jurulatih Gombak TOT United, Qusmaini Noor Rusli tatkala mengenangkan nasib pemain dan staf kejurulatihan setelah dikhabarkan kelab itu mengalami masalah dalaman. Tular satu hantaran oleh salah seorang pengguna media sosial, Dani Futsal di Facebook […]
MPFL: Komen Bintang JDT Selepas Kalahkan Sabah Dengan 9 Gol

Tonggak utama JDT membuka mulut setelah mencatatkan kemenangan besar ke atas Sabah dalam aksi ke-11 Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL). JDT turun ke Shah Alam sekali lagi untuk aksi berdepan Sabah setelah tewas di tangan Selangor 1-2 pada minggu lalu yang juga kekalahan pertama Harimau Selatan dalam saingan MPFL. Pasukan bimbingan Juan Antonio Miguel Garcia […]
RM1 Juta Menanti Aaron Chia & Wooi Yik Jika Raih Emas Di Olimpik

Habuan besar bernilai RM1 juta bakal diraih Aaron Chia dan Soh Wooi Yik seandainya berjaya membawa pulang pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024. Pasangan nombor satu negara itu akan membawa cabaran Malaysia ke Paris nanti dalam sektor beregu lelaki bersama 4 lagi wakil badminton yang terdiri daripada empat acara yang berbeza. Bagi menyuntik semangat […]
MPFL: JDT Jadikan Sabah Mangsa Kebangkitan

Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali ke landasan kemenangan dengan menewaskan Sabah dalam aksi Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. Setelah mengalami kekalahan pertama di tangan Selangor, JDT pastinya mahu menjadikan aksi kali ini untuk menebus duka minggu lalu sementara Sabah berada di tahap yang baik setelah membelasah KL City 6-1. JDT turun […]
Hafizh Syahrin Terlepas Podium Suzuka 8 Hours

Pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin Abdullah terlepas peluang meraih kedudukan podium Suzuka 8 Hours Endurance. Hafizh yang mewakili Ducati Team Kagayama merekodkan tempat keempat bersama rakan sepasukan dari Jepun, Ryo Mizuno dan pelumba Australia, Joshua Waters. Team HRC with Japan Post yang diwakili Teppei Nagoe, Johann Zarco (Perancis) dan Takumi Takahashi muncul juara perlumbaan. Sementara YART-Yamaha […]
AWCL: PSF Nasaf & Kelab Nepal Jadi Lawan Besar Sabah

Kekuatan Sabah bakal diuji dengan lawan dari Uzbekistan dan Nepal dalam saingan kelayakan AFC Women Champions League (AWCL) 2024/2025. Sabah yang merupakan juara Liga Wanita Nasional 2023 menjadi wakil tunggal Malaysia ke saingan AWCL dan perlu melalui pusingan kelayakan terlebih dahulu sebelum bersaing di peringkat kumpulan. Pada sesi undian yang dijalankan pada Khamis, Sabah yang […]
Olimpik Paris: RTM Beri Khabar Gembira Buat Rakyat Malaysia

Radio Televisyen Malaysia (RTM) mempunyai khabar gembira buat peminat sukan Malaysia. Ini kerana sempena Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis, RTM dipilih sebagai penyiar rasmi kejohanan. “Radio Televisyen Malaysia (RTM) bakal membawakan temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirai pada 27 Julai ini! Tonton di aplikasi RTMKLIK. Ayuh! Tunjukkan sokongan anda kepada kontinjen […]
Olimpik Paris: Saksikan Perjuangan Atlet Malaysia Di 18 Saluran Astro Secara Percuma

Bersempena Sukan Olimpik, Astro membawakan saluran-saluran khas secara percuma untuk menyaksikan atlet Malaysia berjuang di Paris. Astro dengan bangganya akan membawakan 18 saluran khas buat semua pelanggan Astro dalam definisi tinggi (HD) termasuklah 16 saluran dedikasi tambahan serta dua saluran eksklusif (Saluran 801 & 802HD) untuk Olimpik Paris, 2024 ini. Menurut Ketua Bahagian Sukan Astro, […]
Olimpik 2024: Aaron Chia & Wooi Yik Hadapi Cabaran Beregu Pertama Dunia

Beregu lelaki utama Malaysia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik bakal berdepan cabaran getir dalam acara badminton Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis. Aaron-Wooi Yik menjadi antara sandaran emas kontinjen negara di Paris. Ini selepas mereka meraih pingat gangsa dalam Sukan Olimpik 2020. Selepas sesi undian membabitkan beregu lelaki ditangguhkan pada 12 Julai lalu, sesi […]
AWCL: Lion City Antara 3 Lawan Potensi Sabah Di Asia

Wakil Malaysia dalam saingan Liga Juara-Juara Wanita AFC (AWCL) 2024/25, Sabah FC berpotensi berdepan beberapa wakil Asia Tenggara di peringkat kelayakan. Asia Tenggara memiliki tujuh wakil dalam saingan AWCL ini. Tiga daripadanya sudah mengesahkan kelayakan ke peringkat kumpulan iaitu Ho Chi Minh City (Vietnam), College of Asian Scholars (Thailand) dan Kaya FC-Iloilo. Sementara empat lagi […]
“Selangor Tak Layak Ketinggalan Lawan JDT” – Edgar Baldasso

Pengendali skuad futsal Selangor, Edgar Baldasso nyata berpuas hati dengan persembahan cemerlang anak-anak buahnya setelah meleburkan rekod tanpa kalah pendahulu liga, JDT pada Ahad. JDT tiba ke Shah Alam sebagai pasukan pilihan bagi aksi kali ini setelah merekodkan kemenangan bersih dalam kesemua 9 perlawanan liga, begitu juga dengan Selangor yang merekodkan 5 kemenangan berturut-turut. Walau […]
Selangor Muncul Juara Dunia

Pasukan e-sukan Selangor FC mencipta sejarah apabila muncul juara dunia Mobile Legends: Bang Bang Mid-Season Cup 2024 (MLB MSC 2024) di Riyadh, Arab Saudi. Pasukan e-sukan Selangor atau nama rasminya Yoodoo Selangor Red Giants (SRG) muncul juara apabila menewaskan wakil Filipina, Falcons AP. Bren di pentas grand final dengan keputusan 4-3. Kelebihan tampak memihak Falcons AP. […]
MPFL: Selangor Tamatkan Rentetan Kemenangan JDT

Selangor mempamerkan persembahan menakjubkan di saat akhir bagi menghalang JDT pulang dengan mata dalam aksi saingan Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) pada Ahad. JDT hadir ke Shah Alam dengan membawa momentum positif setelah merakamkan kemenangan bersih dalam kesemua sembilan perlawanan, begitu juga dengan The Red Giants yang kini sedang mendaki carta liga. Kedua-dua pasukan menampilkan […]