UCL: FC Copenhagen Tundukkan Man Utd

Man Utd berdepan kemungkinan tersingkir awal dari UCL selepas tewas 4-3 kepada FC Copenhagen di Copenhagen hari ini. Barisan pemain The Red Devils tahu hanya kemenangan saja yang dapat menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik sebagai naib juara Kumpulan A. Sementara The Lions pula memerlukan kemenangan bagi membolehkan mereka memintas kelab gergasi Turki, Galatasaray. […]

UCL: Borussia Dortmund Buat Newcastle United Pulang Tangan Kosong

Borussia Dortmund berjaya menewaskan cabaran Newcastle United untuk meraih 3 mata berharga dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Dortmund mempertaruhkan Fullkrug selaku penyerang utama pasukan manakala Calum Wilson pula menjadi penggempur utama Newcastle. Hantaran Marcel Sabitzer berjaya ditanduk masuk Fullkrug untuk gol pertama Dortmund pada minit ke-26. Dortmund mendominasi untuk babak pertama apabila beberapa serangan berbahaya […]

UCL: AC Milan Bangkit Tundukkan PSG

Kelab gergasi Itali, AC Milan menghidupkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik UCL dengan menewaskan kelab gergasi Perancis, PSG hari ini. Dengan kedudukan dalam Kumpulan F masih terbuka, kedua-dua pasukan tahu kemenangan dalam perlawanan hari ini penting jika mahu layak ke pusingan seterusnya. Babak pertama menyaksikan Milan bermula dengan langkah kiri. Bekas pemain Inter Milan, […]

UCL: PSG Menang Bergaya Ke Atas AC Milan

Kapten Perancis, Kylian Mbappe memastikan PSG pulang dengan tiga mata dari aksi ketiga Kumpulan F UCL selepas menewaskan AC Milan 3-0 di Parc des Princes. PSG mahu bangkit semula selepas dimalukan Newcastle United dalam aksi sebelumnya di St James Park dua minggu lalu. Sementara Rossoneri pula memburu kemenangan pertama dalam Kumpulan F selepas dua kali […]

Alejandro Garnacho Ditangkap Sabotaj Penalti FC Copenhagen

Bintang muda Manchester United, Alejandro Garnacho dikesan telah mensabotaj sepakan penalti minit akhir FC Copenhagen. Copenhagen telah diberikan sepakan penalti ekoran kekasaran yang dilakukan oleh Scott McTominay didalam kawasan penalti. Namun disaat para pemain United menyerbu ke arah pengadil untuk memprotes keputusan tersebut, Garnacho dikesan sedang cuba merosakkan rumput kawasan sepakan penalti diambil. Tindakan tersebut […]

UCL: PSG Dibelasah Newcastle United

Kelab gergasi Perancis, PSG seakan tidak percaya apabila menjadi mangsa amukan Newcastle United dalam aksi kedua Kumpulan F awal pagi ini. Selepas meraih keputusan terpuji dengan mengikat A.C. Milan tanpa jaringan di San Siro, The Magpies teringin melakar kemenangan pertama dalam kejohanan Eropah dalam tempoh 20 tahun. Manakala Les Parisien berharap dapat meraih kemenangan kedua […]

UCL: Manchester City Benam Cabaran RB Leipzig

Manchester City meneruskan rentak kemenangan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila mudah menewaskan RB Leipzig 3-1. Phil Foden menjaringkan gol pertama Manchester City setelah menerima hantaran daripada Rico Lewis pada minit ke-25 permainan. City jelas mendominasi perlawanan pada babak pertama apabila mempunyai 9 percubaan ke arah gawang Leipzig namun hanya mampu meraih 1 gol menerusi […]

UCL: Man United Diaibkan Kelab Turki

Man United terus dilanda krisis apabila dimalukan kelab Turki, Galatasaray dalam aksi kedua Kumpulan A awal pagi tadi. Selepas tewas kepada Bayern Munich pada aksi pertama, United amat memerlukan kemenangan untuk bangkit dalam Kumpulan A. Mereka bermula dengan baik apabila penyerang muda Denmark, Rasmus Hojlund menyumbat gol pertama pada minit ke-17. Bagaimanapun, bekas penyerang Crystal […]

UCL: Manchester United Teruskan Rentak Kekalahan Kepada Bayern Munich

Gergasi EPL, Manchester United terus dirundung kekalahan apabila tewas kepada gergasi Bundesliga, Bayern Munich dalam aksi pertama Kumpulan A UCL semalam. Selepas dimalukan Brighton dalam aksi EPL minggu lepas, The Red Devils sedar mereka berdepan tugas sukar mencipta kemenangan di Allianz Arena. Kerapuhan pertahanan sejak awal musim dieksploitasi Die Roten dengan dua gol masing-masing disumbang […]

UCL: Arsenal Belasah PSV

Perlawanan saingan Liga Juara-Juara pagi tadi menyaksikan Arsenal membelasah PSV Eindhoven di Emirates Stadium dengan keputusan 4-0. The Gunners turun dengan kesebelasan utama yang terbaik sementara PSV tempang tanpa ayam tambatan iaitu Xavi Simons yang sudah berhijrah ke RB Leipzig. Tiga jaringan dihasilkan di separuh masa pertama dijaringkan oleh Bukayo Saka, Leandro Trossard dan Gabriel […]

Bayern Munich Tempang Tanpa Thomas Tuchel

Bayern Munich terpaksa melupakan khidmat ketua jurulatih, Thomas Tuchel menjelang aksi pertama Liga Juara-Juara Eropah bertemu Manchester United awal pagi esok. Thomas Tuchel tidak dibenarkan berada ditepi padang untuk perlawanan tersebut ekoran menjalani penggantungan satu perlawanan tetapi beliau dibenarkan berada ditempat duduk penonton dan berkomunikasi menerusi staf kejurulatihan Bayern Munich sahaja. Ini ekoran layangan kad […]

Manchester City Bakal Turunkan 9 Penyerang Di UCL

Awal pagi tadi, Manchester City kecewa apabila diikat 1-1 dengan kelab Bundesliga, RB Leipzig dalam perlawanan pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Dan itu mendorong Pep Guardiola secara bergurau mahu menurunkan sembilan penyerang dalam perlawanan timbal balik. Walaupun menurunkan penyerang berbisa di Eropah, Erling Haaland, City seolah-olah buntu menembusi gawang lawan yang dikawal […]

Bekas Bintang Barcelona Kini Penyokong Tegar Liverpool

Ramai penyokong Liverpool kecewa melihat pasukan mereka teruk diaibkan Real Madrid 5-2 awal pagi tadi. Salah seorang yang merasa kecewa dengan keputusan itu ialah bekas pemain tengah Barcelona dan Chile, Arturo Vidal. Ramai penyokong Real mendapati bekas pemain tengah Bayer Leverkusen itu meraikan gol pembukaan tuan rumah pada minit keempat menerusi Darwin Nunez. Liverpool kemudiannya […]

Jamie Carragher Anggap Van Dijk Setaraf Pemain Bersara

Ramai penyokong Liverpool masih tidak percaya pasukan kesayangan mereka itu dibelasah Real Madrid dalam perlawanan pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Dengan mutu pertahanan yang teruk ditampilkan tonggak seperti Virgil van Dijk, tidak hairanlah legenda Liverpool, Jamie Carragher menggelar bek tengah Belanda itu setaraf pemain yang sudah bersara. Baginya, barisan pertahanan Reds seakan tidak […]

UCL: Liverpool Dimalukan Real Madrid Di Anfield

Saingan Liga Juara-Juara Eropah diteruskan dengan peringkat 16 terakhir. Namun kejutan telah tercipta apabila Real Madrid memalukan Liverpool dengan keputusan 5-2 dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield awal pagi tadi. Liverpool memulakan perlawanan dengan agak baik apabila mendahului 2 gol dalam tempoh 14 minit permainan hasil jaringan yang dihasilkan oleh Darwin Nunez dan Mohamed Salah. […]

UCL: Chelsea Malukan AC Milan Buat Kali Kedua

Perlawanan pagi ini menyaksikan pertembungan diantara Chelsea menentang AC Milan di San Siro berkesudahan dengan jaringan 2-0. AC Milan dibolosi seawal 18 minit permainan menerusi sepakan penalti yang diambil oleh kapten Chelsea, Jorginho kerana Mason Mount dijatuhkan oleh pertahanan AC Milan, Fikayo Tomori. Kemudiannya, AC Milan terpaksa beraksi 10 pemain sehingga tamat perlawanan kerana Fikayo […]