Kylian Mbappe Tak Jadi Ke Real Madrid, Sah Kekal Di PSG

Penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe disahkan tidak akan berhijrah ke Real Madrid selepas ditawarkan kontrak lumayan dari pihak kelab Paris Saint Germain (PSG). Mbappe dilaporkan telah menghubungi presiden Real Madrid, Florentino Perez untuk memberitahu bahawa beliau menandatangani kontrak baharu bersama kelab gergasi Ligue 1 itu. Perkara ini disahkan oleh wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano melalui […]
Bayern Munich Gelisah Ubi Muda Yang Mereka Kehendaki Semakin Hampir Ke Old Trafford

Hasrat kelab gergasi Jerman, Bayern Munich yang ingin mendapatkan khidmat ‘wonderkid’ dari Ajax Amsterdam, Jurrien Timber semakin tipis selepas pemain tersebut dikhabarkan semakin hampir menyertai Manchester United. Pemain muda Belanda berusia 20 tahun itu merupakan pemain penting untuk Ajax musim ini. Beliau mampu beraksi di posisi pertahanan tengah mahupun di pertahanan kanan. Bayern mahu menandatangani […]
Renan Alves Jawab Desas Desus Kembali Semula Ke Kedah

Bekas pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Renan Alves memberikan maklum balas mengenai gosip kembali ke bekas pasukannya itu. Renan yang merupakan pemain kelab Barito Putera di Indonesia ketika ini sedang bercuti di negaranya, Brazil selepas Liga 1 Indonesia melabuhkan tirainya bulan Mac yang lalu. Selepas menerima banyak mesej dari para penyokong Kedah […]
Perpindahan De Jong Ke Manchester United Hampir Selesai

Wartawan sukan, Gerard Romero telah mengejutkan para penyokong Barcelonan selepas mendakwa perpindahan Frenkie de Jong ke Manchester United telah berada di peringkat akhir dan sudah 95% selesai. Barcelona bakal menerima kira-kira 80 juta pound untuk pemain itu. Romero berkata bahawa penjualan itu terpaksa dibuat disebabkan masalah ekonomi daripada kelab Catalan itu yang dilihat berada dalam […]
Rudiger Sah Tinggalkan Chelsea, Sertai Real Madrid

Pemain pertahanan Chelsea, Toni Rudiger sah meninggalkan pasukannya dan akan sertai pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid dengan kontrak 4 tahun iaitu sehingga 2026. Pemain kebangsaan Jerman ini beraksi cemerlang sepanjang kariernya ketika bermulanya era kendalian jurulatih Chelsea, Thomas Tuchel. Beliau berjaya membantu Chelsea menjadi juara Liga Juara-Juara Eropah pada musim lalu dan merupakan salah seorang […]
Erling Haaland Sertai Manchester City

Penyerang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland bakal menyertai kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City dengan yuran perpindahan sekitar €60 – €75 juta. Menurut kenyataan wartawan Itali, Fabrizio Romano, Haaland sudah melepasi ujian medikal dan beliau akan diumumkan sebagai pemain Manchester City secara rasmi minggu ini. Saga perpindahan Erling Haaland ke kelab-kelab besar bukanlah perkara baru […]
Seorang Demi Seorang Pemain Angkat Kaki Dari Manchester United

Phil Jones dan Eric Bailly telah memaklumkan rakan sepasukan mereka di Manchester United bahawa mereka bakal meninggalkan kelab itu pada penghujung musim ini. Duo pertahanan tengah yang terpinggir itu hanya bermula lima kali dalam Liga Perdana di antara mereka musim ini dan mereka bukanlah pilihan utama untuk posisi pertahanan tengah. Mereka merupakan pemain yang berada […]
Azmeer Yusof Tunggu Jendela Perpindahan Kedua Dibuka, Sedia Kembali Beraksi

Bekas pemain pasukan BRM FC, Azmeer Yusof mendedahkan bahawa beliau kini sedang sabar menunggu jendela perpindahan kedua dibuka untuk kembali bersama pasukan baharu. Azmeer, 31 merupakan pemain pertahanan kiri yang mempunyai pengalaman luas dalam bola sepak Malaysia. Beliau merupakan tonggak utama Kedah untuk dua musim iaitu pada musim 2016 dan musim 2019. Azmeer memuat naik […]
Renan Alves ‘Laku Keras’ Di Indonesia, Menjadi Rebutan Banyak Kelab Besar

Bekas pemain pertahanan Kedah Darul Aman FC, Renan Alves yang kini beraksi untuk Barito Putera dikhabarkan menjadi rebutan kelab-kelab di Indonesia selepas mempamerkan aksi berkualiti di Liga Indonesia. Renan mengakui akan kehangatan pasaran perpindahan yang mengaitkan beliau berhijrah ke kelab-kelab besar Indonesia. Namun begitu, Renan akui tidak mengambil perkara itu sebagai sesuatu yang serius dan […]
Borussia Dortmund Tak Kisah Kehilangan Erling Haaland

CEO Borussia Dortmund, Watzke tidak takut untuk kehilangan Erling Haaland pada perpindahan musim panas nanti walaupun penyerang kelahiran Norway tersebut merupakan pemain penting dalam skuad Dortmund ketika ini. Erling Haaland telah memberi bayangan bahawa beliau akan keluar dari Dortmund dengan Real Madrid, Barcelona dan Manchester City menjadi kelab utama yang berminat terhadapnya. “Apabila Haaland pergi, […]
Dalam Diam-diam Barcelona Sudah Tandatangan 2 Pemain Baharu

Presiden Barcelona, Juan Laporta telah memaklumkan bahawa kelab tersebut sudah menyelesaikan 2 perpindahan pemain baharu bagi musim hadapan. Barcelona kini giat mencari pemain-pemain baharu bagi menyempurnakan rancangan pengurus baharu mereka, Xavi. Laporta memberitahu bahawa seorang pemain tengah dan seorang pemain pertahanan sudah berjaya dibawa masuk kelab bagi mengharungi musim hadapan. Namun Laporta tidak dibenarkan menyebut […]
Manchester United Sedia Lepaskan 3 Pemain Secara Percuma

Manchester United dilaporkan tidak akan menawarkan sebarang kontrak lanjutan kepada 3 pemain mereka yang bakal bergelar ejen bebas pada hujung musim ini menurut Fabrizio Romano. Tiga pemain tersebut ialah Jesse Lingard, Edinson Cavani dan Juan Mata. 3 pemain tersebut dijangka tidak akan berada dalam perancangan baharu kelab walaupun ketika ini Manchester United masih belum mendapatkan […]
Arsenal Dilaporkan Ingin Dapatkan Harry Maguire

Arsenal telah menunjukkan minat untuk membawa pemain pertahanan kental Manchester United, Harry Maguire ke Stadium Emirates pada musim panas ini. Jika ianya menjadi kenyataan, pastinya bakal menjadi kejutan yang besar buat penyokong Arsenal dan Manchester United. Kapten pasukan ‘Red Devils’ itu telah mendapat kritikan yang sangat hebat musim ini dek kerana persembahannya yang tidak meyakinkan. […]
Barcelona Mahu Sambar 2 Pemain Bintang Chelsea

Barcelona kini giat memperkuatkan kesebelasan utama dengan mendapatkan beberapa pemain seperti Pierre-Emerick Aubameyang, Adama Traore dan Ferran Torres pada Januari lalu walaupun kewangan mereka masih belum stabil sepenuhnya. Walaupun musim 2021/2022 belum berakhir, kelab sudahpun mula mencari pemain baharu bagi jendela musim panas kelak. Antara nama yang semakin hangat dikaitkan adalah Andreas Christensen dan César […]
Gary Steven Robbat Sah Sertai Sabah FC

Pasukan Sabah FC hari ini mengumumkan kemasukan bekas pemain Harimau Muda iaitu Gary Steven Robbat sebagai pemain terakhir yang ditandangani pada hari terakhir jendela perpindahan bagi musim ini. Sebelum ini, pemain berusia 29 tahun itu menyertai pasukan Melaka United secara pinjaman bagi satu musim. Namun, beliau tidak dapat mempamerkan kredibilitinya kerana dihimpit kecederaan yang lama. […]
Xherdan Shaqiri Bakal Sertai Chicago Fire?

Sejak menyertai kelab Ligue 1 , Olympique Lyon pada musim panas lepas, ia merupakan satu mimpi ngeri kepada Xherdan Shaqiri. Ini kerana pemain tengah Switzerland itu jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dan hanya menjaringkan dua gol dalam 11 perlawanan. Ditambah dengan masalah kewangan yang dihadapi Lyon, khidmat Shaqiri mula diintai oleh beberapa kelab luar. Menurut […]