Manuel Ott Ikut Nafuzi Ke Kedah?

Pemain import Terengganu FC, Manuel Ott telah disahkan tidak akan menyarung jersi ‘Sang Penyu’ musim hadapan dan timbul desas-desus yang mengaitkan pemain antarabangsa Filipina ini bakal berhijrah ke Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Manuel Ott melalui musim cemerlang bersama Terengganu musim ini dengan berjaya meledak enam gol dalam 32 penampilan keseluruhan dalam semua pertandingan. […]

Tiga Pemain Harimau Malaya Sah Sertai Sabah

Pasukan Sabah FC dijangka akan terus memberi saingan hebat pada musim hadapan selepas mereka berjaya membawa masuk beberapa pemain berkualiti. Apatah lagi mereka bakal bersaing dalam Piala AFC musim hadapan. Sabah hanya memerlukan masa sehari sahaja untuk mengumumkan kehadiran tiga pemain baharu mereka. Ketiga-tiga pemain tersebut adalah bekas penyerang Petaling Jaya City FC (PJ City), […]

Pemain Import Pertama Selangor Ucap Selamat Tinggal

Pemain datang dan pergi merupakan lumrah dalam dunia bola sepak. Selepas melalui musim yang sukar bersama Selangor FC, pemain import dari Jordan, Baha Abdulrahman hampir pasti akan meninggalkan pasukan gergasi merah itu. Bahaa, 35 merupakan pemain import yang didatangkan bersama seorang lagi pemain import dari Jordan iaitu Yazan Al-Arab. Namun kedua-dua pemain ini melalui musim […]

“Saya Tak Kenal Siapa Syihan”- TMJ

Desas-desus perpindahan penjaga gol Harimau Malaya dan Negeri Sembilan FC, Syihan Hazmi ke pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) masih menjadi tanda tanya. Tambahan pula majoriti pemain tempatan di JDT hampir semua dikekalkan musim hadapan. Pemilik JDT, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail atau lebih dikenali dengan gelaran TMJ menganggap musim hadapan, JDT hadir sebagai […]

Sri Pahang Mahu ‘Sailang’ Negeri Sembilan Dapatkan Fadhli Shas

Pasukan dari pantai timur, Sri Pahang sedia untuk sailang Negeri Sembilan dapatkan pertahanan Melaka United, Fadhli Shas.  Menurut wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal, beliau menyatakan bahawa perpindahan Fadhli Shas ke Negeri Sembilan masih belum diputuskan lagi. Oleh sebab itu, Fadhli Shas masih lagi berpeluang untuk sertai Sri Pahang. Difahamkan, Sri Pahang kini dalam usaha untuk mendapatkan […]

Bojan Hodak Tolak Tawaran Kelab Gergasi Asia Tenggara

Pengendali Kuala Lumpur City FC (KL City), Bojan Hodak dikatakan telah menolak tawaran daripada sebuah kelab gergasi dari Asia Tenggara dan memilih untuk terus kekal setia bersama KL City musim hadapan. Kelab yang dimaksudkan ialah kelab Singapura, Lion City Sailors (LCS) yang menghabiskan musim 2022 di tangga kedua Liga Perdana Singapura. LCS merupakan pasukan yang […]

Terengganu Dah Jumpa Pengganti Faisal Halim

Selepas Faisal Halim disahkan tidak akan bersama Terengganu FC musim hadapan, pihak pengurusan Terengganu dikatakan sedang giat mencari pemain lain yang berkualiti bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Faisal. Selain Faisal, pemain import seperti Manuel Ott dan Kpah Sherman juga dikatakan akan berhijrah ke pasukan baharu musim hadapan. Ini menandakan musim hadapan akan menyaksikan Terengganu akan […]

Mahali Jasuli Semakin Hampir Untuk Ke Selatan

Pemain Petaling Jaya City FC (PJ City), Mahali Jasuli bukanlah nama yang asing dalam arena bola sepak Malaysia. Beliau pernah menyarung jersi Selangor, Johor Darul Ta’zim (JDT), PKNS dan untuk musim 2022 beliau beraksi untuk PJ City. Memandangkan kelab tersebut dikatakan tidak akan mengambil bahagian dalam Liga Super 2023, kebanyakan pemain pasukan tersebut kini menjadi […]

Saddil Ramdani Beri Bayangan Tinggalkan Sabah

Pertemuan dan perpisahan itu sememangnya lumrah kehidupan. Sebantar tadi, pemain import Sabah FC, Saddil Ramdani telah mengungkapkan kata-kata di laman instagram beliau yang memberi bayangan bahawa beliau bakal meninggalkan pasukan itu dalam masa terdekat. Saddil mengungkapkan kata-kata tersebut dengan turut memuat naik gambar beliau bersama pasukan Sabah dan juga pengendali pasukan Sabah, Datuk Ong Kim […]

Ashton United Mahu Pinjam Haaland 28 Hari

Kelab daripada Utara England, Ashton United dilaporkan mahu meminjam penyerang berbisa Manchester City, Erling Haaland selama 28 hari. Ashton United telahpun mengesahkan bahawa mereka telah menghantar tawaran rasmi kepada Manchester City menerusi sepucuk surat. Menurut kenyataan dikeluarkan, Ashton United mahu membantu penyerang tersebut untuk terus mengekalkan tahap kecergasanya semasa Liga cuti rehat Piala Dunia nanti. […]

Dua Pemain JDT Bakal Perkuatkan Sri Pahang?

Sememangnya menjadi lumrah dalam dunia bola sepak apabila pemain datang dan pergi. Begitu juga yang berlaku kepada pasukan-pasukan yang beraksi di Liga Malaysia yang mana akan tamat musimnya pada hujung bulan ini. Selepas timbul desas-desus mengenai perpindahan beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) ke pasukan lain musim hadapan, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam memberi […]

“Saya Sudah Selesai, Terpulang Kepada Pengurusan” – Baddrol Bakhtiar

Pemain yang juga ketua pasukan Sabah FC, Baddrol Bakhtiar tidak mahu terlalu memikirkan soal kontrak beliau dengan pasukan kerana bagi beliau kini adalah untuk membawa Sabah mara sejauh mungkin dalam saingan Piala Malaysia. Baddrol kini serahkan segalanya buat pihak pengurusan untuk membuat keputusan mengenai kontrak beliau di Sabah. “Mengenai kontrak saya di Sabah FC, saya […]

Bryan See Sah Ke Perak

Bekas penjaga gol Melaka United, Bryan See Tian Keat sah menyarung jersi Perak bagi mengharungi saingan Liga Super musim hadapan. Perkara itu dikongsikan oleh pasukan Perak sendiri melalui satu video pendek di laman Youtube rasmi mereka. Bryan See bukanlah satu nama yang asing buat para peminat bola sepak di negeri Perak apabila beliau pernah menyarung […]

Kalau Nafuzi Tak Nak, Terengganu Akan Lihat Calon Lain

Selepas beberapa bulan berteka-teki, akhirnya hari ini pihak pengurusan Terengganu FC (TFC) telah sah menawarkan lanjutan kontrak setahun buat Nafuzi Zain untuk kekal membimbing skuad Sang Penyu bagi saingan musim hadapan. Exco Sukan Terengganu merangkap Ahli Lembaga Pengarah TFC, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata pihak pengurusan berpuas hati dengan sumbangan Nafuzi dalam membimbing TFC musim […]

Darren Lok Bakal Berpindah Ke Kota Kinabalu

Penyerang Petaling Jaya City FC, Darren Lok dikatakan semakin hampir untuk berhijrah pada musim hadapan dengan yang terkini beliau dikaitkan untuk ke Sabah FC. Desas-desus itu bertebaran sejak minggu lalu lagi apatah lagi penyerang Harimau Malaya itu merupakan seorang penyerang yang tajam dan telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak Liga Super bagi kategori pemain tempatan. Berita […]

Kurniawan Sahkan Saddil Ramdani Terima Undangan Kelab Eropah

Pemain Sabah FC, Saddil Ramdani telah disahkan menerima undangan untuk melalui satu sesi percubaan bersama sebuah kelab eropah. Kelab itu merupakan pasukan yang beraksi di divisyen kedua Austria. Perkara ini disahkan oleh bekas jurulatih Sabah, Kurniawan Dwi Yulianto yang mempunyai hubungan akrab dengan Saddil. “Ya. Ada undangan dari kelab Liga 2 Austria buat Saddil. Undangan […]