Pemain Utama Indonesia Bakal Tinggalkan Liga Korea?

Bek kanan utama skuad Indonesia, Asnawi Mangkualam didakwa bakal kembali ke saingan Liga 1 Indonesia. Ini disebabkan kontraknya bersama kelab K-League 2, Jeonnam Dragons bakal berakhir pada 31 Disember 2023. Dengan perlawanan terakhir K-League 2 pada 26 November ini, Jeonnam dilihat tidak mempunyai peluang untuk kembali ke K-League 1. Ini membuatkan penyokong Indonesia tertanya-tanya sama […]

Kelab Terpencil Sepanyol Pilihan David De Gea?

Gosip perpindahan bekas penjaga gol Manchester United masih lagi belum tamat apabila pemain tersebut turut dikaitkan dengan kelab divisyen kedua Sepanyol, Eldense. Penjaga gol berusia 33 tahun itu sebelum ini kembali dikaitkan dengan United apabila dikhabarkan Andre Onana akan terlepas beberapa aksi penting liga ekoran kejohanan Piala Negara-Negara Afrika tahun hadapan. Namun kini De Gea […]

Bekas Peledak Berbisa EPL Mencari Kelab Baharu

Penyokong Newcastle United pastinya mengingati bisa penyerang Senegal, Papiss Cisse dalam EPL satu ketika dahulu. Dan kini, TalkSport melaporkan bekas peledak Freiburg itu sedang mencari kelab baru selepas dilepaskan kelab Ligue 2, Amiens pada musim lepas. Cisse ketika ini sedang menjalani latihan bersama kelab bukan liga, Macclesfield bagi mengekalkan tahap kecergasannya. Menariknya, jemputan berlatih di […]

Luqman Hakim & Njardvik FC Berpisah?

Teka teki mengenai status peneyrang muda negara, Luqman Hakim Shamsudin bersama kelab Iceland, Njardvik FC menjadi tanda tanya peminat boleh sepak tanah air. Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan ke Njardvik daripada kelab Belgium, KV Kortrijk dengah kontrak satu musim pada awal Januari lalu. Beliau memilih untuk ke sana bagi memperoleh lebih banyak minit bermain […]

Kevin Mendoza Dikaitkan Ke Persib Bandung

Selepas Giancarlo Gallifuoco, giliran rakan sepasukan beliau dari KL City FC, Kevin Ray Mendoza pula dikaitkan dengan perpindahan ke Persib Bandung. Gosip perpindahan ini didedahkan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran di X lebih sejam yang lalu. Sekiranya gosip perpindahan ini menjadi realiti, Mendoza bakal bersatu semula dengan bos lamanya di KL City, Bojan […]

Razman Roslan Beri Petunjuk Pemain Baharu JDT

Sejak beberapa musim yang lalu, Matthew Davies telah menunjukkan aksi konsisten bersama JDT dengan aksi bertemu Perak FC minggu lalu merupakan penampilan ke-100 buat pemain kacukan Malaysia-Australia itu. Biarpun ada persaingan sihat yang diberikan oleh Syahmi Safari di posisi pertahanan kanan JDT, namun ianya masih belum mencukupi untuk menembusi kesebelasan utama JDT buat masa ini. […]

Bekas Pemain Terengganu Kini Berbakti Di Liga Croatia

Bekas perancang tengah Terengganu kini mendapat tempat semula di Liga Croatia setelah menamatkan tempohnya di Liga Malaysia. Pemain berusia 32 tahun yang dimaksudkan itu ialah Domagoj Pusic yang menjadi sandaran utama skuad Peteh untuk mengemudi jentera tengah pasukan. Khidmat beliau bagaimanapun tidak dikekalkan dalam pasukan selepas memperagakan aksi kurang memberangsangkan pada permulaan musim. Beliau akhirnya […]

Bintang RM479 Juta Man United Bakal Dihalau Keluar, Gabriel Jadi Pengganti?

Kedudukan penyerang Man United, Antony kini dalam bahaya apabila pasukan itu sedang menimbang nama penyerang Flamengo, Gabriel Barbosa. Akhbar Daily Mirror melaporkan pengurusan The Red Devils menggaru kepala melihat barisan serangan mereka bergelut menjaringkan gol. Marcus Rashford yang menjaringkan 30 gol musim lalu hanya menyumbat gol sekali musim ini. Nasib sama turut dialami Anthony Martial […]

Dikaitkan Ke Indonesia, Giancarlo Gallifuoco Pilih Setia Bersama KL City

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco memberi bayangan akan kekal bersama pasukan tersebut sungguhpun spekulasi mengenainya ke Indonesia tular di media sosial. Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara pertahanan paling konsisten di Liga Super Malaysia dengan kudratnya membantu The City Boys mara ke tiga final dalam tempoh tiga tahun. Prestasi cemerlang di […]

Sergio Aguero Pilih Kekal Di Sri Pahang

Kapten Sri Pahang FC, Sergio Aguero dijangka kekal bersama pasukan itu biarpun khidmatnya menarik minat pasukan-pasukan luar. Khabar ini dikongsikan oleh wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran menerusi satu ciapan di X semalam. Sebelum ini, Persija Jakarta dilaporkan berminat mendapatkan bekas pemain perancang Melaka United itu bagi menambah sengat di bahagian serangan mereka. Selain Persija, […]

Giancarlo Gallifuoco Dalam Radar Bojan Hodak

Pertahanan kental Kuala Lumpur City FC, Giancarlo Gallifuoco kini difahamkan sedang berada dalam pemantauan bekas jurulatihnya, Bojan Hodak untuk dibawa ke Indonesia. Khabar ini tular sejak beberapa minggu lalu namun dikukuhkan menerusi perkongsian wartawan The Star, T. Avineshwaran yang mengesahkan perkara ini. Pengendali kelahiran Croatia itu sudah berkelana di Indonesia bersama Persib Bandung dan berjaya […]

Mat Zan Mat Aris Bakal Tinggalkan Imigresen?

Juara Liga M3, Imigresen FC berdepan kemungkinan kehilangan khidmat jurulatih mereka, Mat Zan Mat Aris. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bekas pengendali Terengganu FC itu belum memutuskan sama ada mahu kekal bersama The Mighty Tigers atau tidak. Sebelum ini, Mat Zan pernah mendedahkan kemungkinan perlu meninggalkan Imigresen sekiranya pasukan itu beraksi […]

Wan Zack Kekal Bersama Perak

Selepas mempamerkan aksi berkualiti bersama Perak FC sejak kebelakangan ini, nama Wan Zack Haikal kembali meniti di bibir peminat-peminat bola sepak tanah air. Prestasi cemerlang yang ditonjolkan Wan Zack juga telah membuka mata banyak pasukan yang mahu mendapatkan khidmatnya bagi saingan musim hadapan. Difahamkan, Wan Zack telah memberikan persetujuan untuk kekal bersama pasukan Perak untuk […]

Wan Zack Haikal Buka Mulut Mengenai Pasukannya Musim Depan

Nama Wan Zack Haikal kembali menjadi sebutan penyokong bola sepak negara selepas berjaya mempemerkan aksi mengagumkan dalam beberapa aksinya bersama Perak FC sejak kebelakangan ini. Dengan berbekalkan aksi cemerlang bersama Perak, Wan Zack difahamkan menerima beberapa tawaran dari kelab Liga Super bagi menghadapi saingan musim hadapan. Bagi Wan Zack, prioriti beliau adalah Perak. “Alhamdulillah syukur. […]

Kelab Liga Super Buru Dua Bintang Imigresen

Biarpun baru saja bergelar juara Liga M3 baru-baru ini, Imigresen FC berpotensi kehilangan dua bintang mereka. Ini selepas wartawan Astro Arena, Zulfahmi Zainal Azam mendedahkan Abdul Azim Rahim dan Ahmad Syamim Yahya sedang diintai beberapa pasukan Liga Super. “Tak comfirm main Liga Super, Imigresen FC tak halang pemain berhijrah ke pasukan lain musim depan. Penjaring […]

Punca Rodney Celvin Tinggalkan Kedah Terjawab

Ramai terkejut apabila bek tengah Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Rodney Celvin tidak lagi bersama pasukan itu untuk baki kempen liga musim 2023. Kini, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan sebab bek tengah berdarah Ghana-Malaysia itu meninggalkan Sang Kenari. Difahamkan, pemain pertahanan Kedah itu memilih menamatkan kontrak secara persetujuan bersama dengan pihak pengurusan. […]