Sikh Izhan Dipinjamkan Sekali Lagi

Penjaga gol skuad kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel difahamkan akan meninggalkan Selangor FC secara pinjaman sekali lagi selepas selepas melalui musim hebat bersama Negeri Sembilan FC musim lalu. Pemain berusia 21 tahun itu dilaporkan semakin hampir menyertai Penang FC bagi saingan musim baharu 2024/2025. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam […]

Penyerang Ukraine Bakal Jadi Senjata Baru Sri Pahang

Jentera serangan Sri Pahang bakal diberi nafas baharu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, seorang penyerang berasal dari Ukraine bakal dibawa masuk bagi menambah sengat skuad Tok Gajah. “Penyerang kelahiran Ukraine, Mykola Ahapov dijangka akan memperkuatkan Sri Pahang FC untuk saingan Liga M 2024/2025,” tulis Fadhirul di laman […]

Sri Pahang Jadi Pilihan Sean Selvaraj

Sri Pahang FC

Sri Pahang kini menjadi destinasi seterusnya buat Sean Selvaraj bagi saingan bola sepak musim 2024. Sean Selvaraj telah diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain Sri Pahang melalui laman media sosial rasmi kelab tersebut. Pemain berusia 27 tahun ini merupakan pemain serangan yang mampu bermain dibahagian kanan dan kiri sayap pasukan. Sean Selvaraj sebelum ini sempat memperkuatkan […]

Adam Nor Azlin ‘Kereta Kebal’ Baharu Sertai Sri Pahang

Pertahanan kental negara, Adam Nor Azlin secara rasminya meninggalkan Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi menyertai Sri Pahang. Pemain berusia 28 tahun itu kurang mendapat tempat dalam skuad utama JDT berikutan persaingan sengit di bahagian pertahanan. Bekas tonggak utama negara ini lebih banyak diturunkan bersama JDT II dalam saingan Piala MFL 2023 dan memainkan peranan selaku […]

Allee Putra Bakal Kembali Ke Sepanyol

Pemain muda berbakat, Allee Putra Azril bakal kembali berkelana ke Sepanyol selepas enam bulan bersama pasukan Kelantan FC. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh pemain berusia 18 tahun itu bila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Arena semalam. Allee memaklumkan bahawa beliau akan kembali ke pasukan lamanya, Malaga City dan membarisi skuad senior […]

Ini Butiran Terperinci Perpindahan Kylian Mbappe Ke Real Madrid

Bintang Paris-Saint Germain (PSG) Kylian Mbappe dilihat semakin hampir untuk berpindah ke kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid. Dan hari ini, wartawan sukan terkenal, Fabrizio Romano mendedahkan butiran terkini perpindahan tersebut. Sebagai permulaan, sebarang khabar angin yang mengaitkan Mbappe dengan perpindahan ke kelab lain seperti Liverpool dan Arsenal sebagai tidak benar. Ini kerana menurut Romano, bekas […]

Manuel Hidalgo Selangkah Pulang Ke Sri Pahang

Pemain sayap lincah Kedah Darul Aman, Manuel Hidalgo difahamkan selangkah untuk pulang ke kelab lamanya, Sri Pahang. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkemuka tanah air, T. Avineshwaran berkenaan perkembangan terkini pemain kelahiran Argentina itu. Beliau sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab lain di Liga Super terutamanya apabila aksinya cukup memberangsangkan sejak beberapa musim lalu. Nilai […]

JDT Jadi Destinasi Baharu Romel Morales

Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain naturalisasi baharu, Romel Morales. Pemain berusia 26 tahun itu sudah berbakti hampir 6 tahun di Malaysia sebagai pemain import. Beliau juga beraksi cukup cemerlang bersama pasukan Ibu Kota, KL City FC selama tiga musim dan membantu pasukan mara ke tiga final berbeza. Romel juga menjadi watak penting […]

James Okwuosa Tinggalkan PDRM

Bek tengah kental dari Nigeria, James Okwuosa sah tidak lagi bersama juara MFL Challenge Cup musim 2023, PDRM FC. Perkara ini disahkan pengurusan pasukan yang diberi jolokan Sang Saka Biru menerusi satu kenyataan di media sosial rasmi mereka hari ini. “Kami ingin mengambil peluang ini untuk memberi penghargaan kepada salah satu pemain tengah terbaik dalam […]

Arkitek Jepun Hampiri Negeri Sembilan

Pasukan Liga Super, Negeri Sembilan FC dijangka akan memperkuatkan pasukan dengan membawa masuk perancang tengah dari negara matahari terbit, Jepun. Melalui satu pendedahan di laman Youtube Ultra Jang TV, salah seorang panel iaitu Isaac telah memberi gambaran bahawa pemain import baru Negeri Sembilan dikenali dengan nama Sasaki. Isaac walau bagaimanapun masih merahsiakan identiti penuh pemain […]

Bekas Penggempur Liga Korea Berpotensi Susuli Alvin Fortes

Bekas penjaring handalan Liga Korea, Samuel Nnamani berpeluang menyusuli langkah pemain sayap baru Selangor FC, Alvin Fortes. Pemain kelahiran Nigeria itu kali terakhir beraksi buat Liga 1 Thailand, Nakhonpathom namun hanya bertahan setengah jalan. Beliau sempat beraksi tiga perlawanan dan menjaringkan satu gol sepanjang hampir 6 bulan bersama pasukan. Bekas pemain Liga Vietnam ini kini […]

Adilet Kanybekov Sandaran Terbaru Perak

Perak FC merupakan salah sebuah pasukan yang sedang rancak membawa masuk pemain baharu untuk saingan Liga Super 2024/2025. Terkini, bintang muda Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov menjadi pemain terbaharu yang ditandatangani bagi mengisi slot import skuad kendalian Yusri Che Lah itu. Berita perpindahan tersebut telah diumumkan menerusi satu video yang dimuatnaik di laman Youtube TBG TV sebentar […]

Kelab Corot Qatar Sambar Khidmat Yazan Al-Arab

Persembahan cemerlang pertahanan tengah Jordan, Yazan Al-Arab menyaksikan beliau membawa haluan baharu ke Qatar. Pemain berusia 26 tahun itu meninggalkan kelab Liga Super, Selangor FC dan menyertai pasukan Iraq, Al-Shorta namun hanya bertahan beberapa bulan. Aksi memukau pemain tinggi lampai itu di pentas Piala Asia 2023 menyaksikan beberapa kelab ternama Asia mula merancang untuk mendapatkan […]

Matthew Steenvorden Sah ‘Orang Besi’ Terbaru Terengganu

Pasukan gergasi Pantai Timur, Terengganu FC terus sibuk memperkuatkan jentera pasukan menjelang musim baru liga yang akan bermula pada Mei ini. Terbaru, pengurusan skuad Peteh mengesahkan perpindahan bek tengah Belanda, Matthew Steenvorden. Perpindahan ini diumumkan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi Terengganu hari ini. Sebelum ini, bek tengah berusia 31 tahun itu beraksi untuk […]

Dua Kelab Handalan Liga Super Buru Khidmat Adik Beradik Lambert

Aksi konsisten dua tonggak KL City, Ryan dan Declan Lambert musim lalu berjaya memikat hati beberapa kelab di Liga Super. Ini selepas khabar angin yang mengaitkan dua pemain ini bakal berhijrah keluar sedang tersebar luas dalam kalangan peminat bola sepak tanah air. Menerusi ciapan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua pasukan gergasi Liga […]

Pemain Berbakat Malaysia Dirisik Kelab Terkemuka Sepanyol

Seorang pemain muda berbakat besar Malaysia difahamkan bakal menggegar bola sepak Sepanyol tidak lama lagi. Pemain yang sebelum ini pernah berkelana di akademi luar negara itu kembali beraksi di Liga Super musim 2023 namun berdepan beberapa kekangan untuk mengekalkan konsistensi. Prestasi pasukan yang tidak menentu dan juga pelbagai masalah di luar padang menyebabkan pemain muda […]