Cerita Sebenar Perpindahan Brendan Gan Ke KL City

Sejak beberapa hari lepas, pemain tengah kebangsaan, Brendan Gan dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Lembah Klang, KL City FC. Ini selepas bekas kapten Selangor FC itu sebelumnya dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Pantai Timur, Sri Pahang FC. Apabila diminta mengulas khabar angin tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard mengakui perpindahan tersebut dilihat […]

Brendan Gan Sertai KL City?

Pemain tengah Harimau Malaya, Brendan Gan kini dilaporkan telah menerima dua tawaran daripada kelab Liga Super. Brendan Gan masih berstatus ejen bebas sejak meninggalkan Selangor pada awal Februari lalu dan masih belum memutuskan tentang destinasi beliau yang seterusnya. Menurut wartawan sukan iaitu T. Avineshwaran, terdapat dua kelab Liga Super yang menawarkan kontrak kepada Brendan Gan […]

3 Lagi Pemain Dijangka Tinggalkan JDT

3 orang pemain ternama pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dijangka akan menyertai KL City FC bagi saingan musim 2024/25. Setiap kelab di Liga Malaysia sedang rancak melakukan persiapan menjelang sepak mula yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Perkhabaran terbaru dilaporkan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam berkenaan perancangan pasukan Ibu Kota, KL City […]

Penyerang Prolifik Harimau Malaya Jadi Dambaan Kelab Lembah Klang

Seorang penyerang Harimau Malaya didakwa bakal menyertai sebuah kelab yang berpangkalan di Lembah Klang. Penyerang yang dimaksudkan ialah bekas penyerang Negeri Sembilan FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi. Selepas meninggalkan skuad Rusa, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan khidmat bekas penyerang Selangor FC itu diintai PDRM FC. Khidmat Shahrel menjadi buruan pasukan yang diberi jolokan […]

Pertahanan Juara Piala Dunia B-17 Sertai Negeri Sembilan

Negeri Sembilan FC memperkukuh barisan pertahanan mereka dengan mendapatkan bek tengah Nigeria, Aliyu Abu Bakar. Perpindahan bek tengah berusia 27 tahun itu diumumkan pengurusan skuad Rusa di platform media rasmi mereka semalam. Aliyu hadir dengan reputasi bukan calang-calang kerana pernah memenangi Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) pada 2013 bersama Nigeria. “Aliyu Abubakar ialah pemain […]

Jordan Mintah Milik Kuching City

Bekas penyerang Terengganu FC, Jordan Mintah telah disahkan kekal beraksi di Malaysia selepas menjadi rekrut terbaru Kuching City FC. Perpindahan Mintah ke Kuching City baru sahaja diumumkan sebentar tadi melalui satu video rasmi yang disiarkan di semua platform media sosial kelab dari Sarawak itu. Ini bermakna, Mintah bakal melengkapkan lima tahun karier bola sepak di […]

Justin Hubner Ke Jepun, Kini Milik Cerezo Osaka

Kelab Jepun, Cerezo Osaka berjaya menyambar khidmat pertahanan muda Indonesia, Justin Hubner bagi musim 2024. Perpindahan pemain berusia 20 tahun ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman sosial kelab berkenaan. “Justin Hubner menyertai Cerezo Osaka secara pinjaman daripada Wolverhampton Wanderers FC!,” tulis Cerezo Osaka di kapsyen hantaran tersebut. Hubner yang sebelum ini beraksi buat skuad […]

Zaquan Adha Terima Tawaran Menarik Pasukan Lembah Klang

Selepas sah meninggalkan Negeri Sembilan FC semalam, ramai ingin tahu destinasi terbaru bekas penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abdul Radzak. Kini, satu khabar angin perpindahan mengatakan beliau bakal beraksi bersama sebuah pasukan dari Lembah Klang. Khabar angin ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam di X semalam. “Bekas kapten Harimau Malaya Zaquan Adha Abd […]

Selamat Tinggal Zaquan Adha

Negeri Sembilan FC sah memilih untuk melepaskan kapten dan penyerang veteran mereka, Zaquan Adha Abdul Radzak. Keputusan itu diumumkan pengurusan Hoben Jang Hoben menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi pasukan itu hari ini. “Terima Kasih, Zaquan Adha. Zaquan tidak akan bersama Negeri Sembilan FC mengharungi Liga Malaysia musim ini. “Sepanjang kariernya bersama skuad […]

Negeri Sembilan Pilihan Bekas Bintang Berbakat Kelantan, Ikhwan Yazek

Bekas pemain TRW Kelantan FC, Ikhwan Yazek memilih Negeri Sembilan sebagai pasukan baharunya bagi mengharungi saingan Liga Malaysia 2024/2025. Berita perpindahan ini disahkan oleh Negeri Sembilan FC dalam satu video yang dimuatnaik di media sosial rasmi pasukan. ”Ikhwan kini kembali menjadi sebahagian dari keluarga Negeri Sembilan FC,” tulis nsfc1923 di kapsyen. Di dalam video tersebut […]

Terkini: Manuel Ott Pulang Ke Terengganu

Pemain tengah antarabangsa Filipina, Manuel Ott akhirnya menemui destinasi untuk mengharungi saingan liga musim ini selepas disahkan kembali menyertai Terengganu FC. Perpindahan Ott ke Terengganu telah diumumkan pihak kelab melalui satu video yang disiarkan di semua laman sosial rasmi pasukan. Bekas kapten Kedah itu dijangka bakal membentuk gandingan mantap di bahagian tengah Terengganu bersama-sama Akram […]

Hasrat Kelab Malaysia ‘Pancing’ Mousa Al-Tamari Tersekat

Hasrat kelab Liga Malaysia untuk mendapatkan khidmat pemain sayap sensasi Jordan, Mousa Al-Tamari tidak kesampaian. Pemain berusia 27 tahun itu merupakan watak penting pasukan kendalian Hussein Ammouta apabila membantu pasukan untuk layak ke pentas akhir Piala Asia 2023. Beliau juga memainkan peranan hebat ketika menewaskan Malaysia dengan keputusan 4-0 bagi aksi pertama peringkat kumpulan. Sebelum […]

Identiti Penjaga Gol Baru JDT Masih Samar

Selepas Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mengumumkan mahu mengambil seorang penjaga gol baru, ramai peminat ingin tahu siapa penjaga gol baru pasukan itu. Ini kerana sehingga artikel ini ditulis, Harimau Selatan masih tidak mendedahkan identiti penjaga gol baru berkenaan. Bagaimanapun, wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam percaya penjaga gol baru JDT ini sebenarnya penjaga […]

Dion Cools Dalam Radar Terengganu?

Orang besi Harimau Malaya, Dion Cools dikhabarkan kini berada dalam radar Terengganu FC. Khabar angin perpindahan mengejutkan itu dikongsikan oleh pengacara Astro Arena, Hafizal Hamad dalam segmen redONE Keluar Masuk Liga M di Nadi Arena hari ini. Bagaimanapun, beliau menyatakan belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak berkenaan khabar angin perpindahan tersebut. “Saya difahamkan menerusi sumber saya […]

Selangor Hilang Dua Penjaga Gol Dalam Satu Masa

Pasukan Liga Super, Selangor FC kehilangan dua penjaga gol berbakat dalam satu masa. Keputusan penjaga gol kebangsaan, Sikh Izhan Nazrel yang membawa haluan ke utara tanah air menyaksikan pasukan hanya memiliki tiga penjaga gol berbakat. Pemain berusia 22 tahun itu dipinjamkan kepada Negeri Sembilan pada musim lalu berjaya menampilkan persembahan cemerlang. Beliau berjaya mencuri perhatian […]

Sukhrob Nurulloev Milik Kedah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilihat semakin memperkuatkan pasukan menghadapi saingan musim baharu Liga Malaysia apabila membawa masuk pemain Uzbekistan, Sukhrob Nurulloev. Pemain sayap berusia 26 tahun itu merupakan rekrut terbaru Kedah dibawah kendalian Nafuzi Zain yang baru sahaja diumumkan laman sosial rasmi KDA FC sebentar tadi. Sukhrob hadir ke Darul Aman dengan kontrak […]