Tempoh Pinjaman Safawi Rasid Di Terengganu Tamat Lebih Awal?

Tempoh pinjaman pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid bersama pasukan itu dijangka tamat lebih awal berbanding saingan liga. Tonggak berusia 27 tahun itu cemerlang membantu skuad Peteh untuk melangkah ke pentas separuh akhir Piala FA 2024. Beliau dan rakan sepasukan, Akhyar Rashid menjaringkan gol penting untuk memastikan rekod tanpa kalah Terengganu kekal kebal musim ini. […]
Tonggak Sri Pahang, Kuvondik Ruziev Bakal Ikut Jejak Ramon Machado

Selepas Ramon Machado, bintang import Sri Pahang FC, Kuvondik Ruziev bakal meninggalkan saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25. Sebelum ini, Sabah dengan berat hati terpaksa melepaskan Machado selepas penyerang berusia 33 tahun itu meminta kontraknya ditamatkan secara persetujuan bersama. Selepas berpuas hati dengan sebab-sebab yang dinyatakan, Sabah mengumumkan penamatan kontrak penyerang Brazil itu. Machado […]
Kontrak Arif Aiman Bersama JDT Hingga Mei 2025?

Sebuah laman terkemuka bola sepak telah mendedahkan tempoh kontrak pemain sayap Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi. Pemain berusia 22 tahun itu muncul Peman Paling Bernilai (MVP) Liga Malaysia buat kali ke-3 berturut-turut. Beliau menjadi watak penting buat skuad Harimau Selatan apabila menjulang 4 trofi pada musim lalu. Khidmat Arif Aiman ditagih untuk kekal […]
Bafétimbi Gomis Setuju Tinggalkan Kawasaki Frontale Untuk Ke Thailand

Penyerang berpengalaman Kawasaki Frontale, Bafétimbi Gomis bersetuju untuk meninggalkan pasukan dan berhijrah ke Thailand. Perkara ini dilaporkan oleh wartawan Jepun, Marc Molla mengenai perancangan pemain berusia 38 tahun itu beraksi di Liga Thailand. Beliau difahamkan menerima tawaran daripada kelab gergasi Thailand, Muangthong United yang tertarik untuk mendapatkan bekas penyerang Al-Hilal ini bagi musim 2024/25. “Kelab […]
Dua Penyerang Berbeza Profil Dalam Radar Penang

Berikutan isu ketandusan jaringan, Penang FC mengambil langkah drastik dan difahamkan sedang menilai beberapa nama penyerang bagi memperkuat jentera serangan kelab utara tanah air itu. Masalah di bahagian serangan Penang telah bermula sejak awal musim lagi apabila hanya sekadar mencetak satu gol daripada 4 aksi Liga Super dan di saingan Piala Fa yang menyaksikan kelab […]
Chelsea Kembali ‘Terliur’ Dapatkan Kaoru Mitoma

Chelsea berminat untuk menjalankan urusniaga bersama Brighton and Hove Albion apabila salah seorang pemain utama The Seagulls, Kaoru Mitoma sekali lagi menjadi sasaran The Blues. Kelab yang berpangkalan di London itu kini dibimbing oleh jurulatih baharu dari Itali, Enzo Maresca dan sedang rancak dalam urusan jual beli pemain bagi memantapkan pasukan menjelang sepak mula Liga […]
JDT Dapatkan 3 Pemain KL City Dengan Status Berbeza

3 tonggak finalis Piala FA 2023, KL City FC telah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan status berbeza pada jendela perpindahan pertama. The City Boys kehilangan beberapa tonggak penting yang membawa haluan baru selepas musim 2024/25. Pencapaian membanggakan sejak tiga tahun kebelakangan ini membuka mata banyak kelab di Liga Super untuk mendapatkan khidmat tunjang utama […]
Sabah Berat Hati Tamatkan Kontrak Ramon Machado

Sabah FC secara rasmi menamatkan kontrak penyerang import sensasi The Rhinos, Ramon Machado. Dalam satu hantaran yang dimuat naik pasukan Sabah hari ini, pengurus pasukan Md Joh Wid memaklumkan bahawa kontrak Ramon dan Sabah ditamatkan atas persetujuan bersama. Pemain kelahiran Brazil ini telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan pasukan selepas berjumpa dengan pihak pengurusan Sabah. “Ramon […]
Bekas Pemain Liverpool, Aly Cissokho Sertai Kelab Liga Thailand

Kelab Thailand, Muangthong United mencipta sensasi dengan mendapatkan khidmat bekas pemain pertahanan Liverpool, Aly Cissokho. Perpindahan pemain pertahanan berusia 36 tahun itu diumumkan The Kirins menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. “Muangthong United merekrut pemain pertahanan Perancis, Aly Chissoko untuk menyertai pasukan sebagai pemain baru kelapan selepas Denis Busnja, Kittipong Phuthawchueak, Jakkapan […]
Tonggak Selangor, Muhammad Abu Khalil Sertai FC Osaka

Pemain muda Selangor FC, Muhammad Abu Khalil secara sah sertai sebuah kelab di Jepun, FC Osaka. Muhammad sertai FC Osaka secara pinjaman selepas pengurusan Merah Kuning bersetuju untuk meminjamkan pemain muda tersebut untuk beraksi bersama FC Osaka dalam saingan JLeague 3. Pemain tengah berbakat ini pada 24 Jun hingga 2 Julai lalu telah terbang ke […]
Ramon Machado Bakal Tinggalkan Sabah?

Sabah FC berpotensi kehilangan khidmat peledak berbisa mereka dari Brazil, Ramon Machado. Sejak menyertai Sabah pada 1 Julai 2023, penyerang berusia 33 tahun itu menambah bisa serangan skuad Badak untuk separuh kedua Liga Super dan Piala AFC. Musim 2023 menyaksikan Machado merekodkan 20 penampilan dan 13 gol dalam semua kejohanan. Itu cukup membantu Sabah meraih […]
JDT Sambar Pemain Kacukan Itali, Danish Pesenti

Jaguh Liga Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mendapatkan khidmat pemain warisan kacukan Itali, Danish Pesenti. Pemain berusia 19 tahun itu dikesan beraksi bersama skuad muda Harimau Selatan dalam aksi Piala Presiden 2024 menentang Sabah. JDT III berjaya merakamkan kemenangan besar 5-0 dalam satu aksi di Stadium Pasir Gudang, Johor dengan Daniel memainkan watak penting […]
De Ligt Setuju Sertai Manchester United

Pertahanan kental Bayern Munich, Matthijs De Ligt difahamkan setuju untuk sertai gergasi EPL, Manchester United bagi musim baharu nanti. Perkara ini dikongsikan oleh wartawan terkenal Eropah, Fabrizio Romano yang melaporkan bahwa De Ligt bersedia untuk membuat perbincangan bersama Manchester United mengenai tawaran kontrak. Pada musim lepas dibawah kendalian Thomas Tuchel, pemain berusia 24 tahun ini […]
Seorang Lagi Bintang Timnas Indonesia Hampiri Liga Super Malaysia?

Seorang lagi bintang Timnas Indonesia dijangka bakal menghangatkan saingan Liga Super Malaysia musim 2024/25. Umum mengetahui bahawa terdapat beberapa watak Indonesia sudah pun menghangatkan saingan di Malaysia sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Antara pemain yang mengukuhkan reputasi di Liga Super ialah kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Jordi Amat dan juga pemain sayap lincah Sabah, […]
Ulsan Hyundai Tamatkan Kontrak Penyerang Sasa Hungary, Martin Adam

Juara K-League 1 musim 2023, Ulsan HD memutuskan untuk menamatkan khidmat penyerang Hungary, Martin Adam. Korea Football News melaporkan Ulsan berbuat demikian selepas mendapatkan pengganti, Yago Cariello dari Gangwon FC. Dengan keputusan ini, Ulsan akan menggunakan khidmat Matheus Sales, Darijan Bojanic, Ataru Esaka, Gustav Ludwigson, Kelvin dan Cariello sebagai tonggak import. Nama Adam bukanlah asing […]
Muhammad Abu Khalil Selangkah Terima Kontrak Kelab Liga Jepun?

Pemain muda Selangor, Muhammad Abu Khalil dijangka terima tawaran dari kelab yang beraksi di JLeague 3, FC Osaka. Dalam satu perkembangan sebelum ini, pemain berusia 19 tahun itu menjalani latihan bersama sebuah kelab di Jepun. Beliau terbang kesana untuk menjalani satu siri percubaan bersama kelab FC Osaka. Menurut perkongsian daripada OneFootball di laman X, Muhammad […]