Emile Smith Rowe Makin Hampir Sertai Fulham

Pemain tengah Arsenal yang berdarah Malaysia, Emile Smith Rowe semakin hampir menyertai satu lagi kelab London, Fulham. BBC Sport melaporkan perpindahan pemain tengah berusia 24 tahun itu semakin hampir direalisasikan apabila The Cottagers bersetuju membayar yuran perpindahan £35 juta (RM208 juta). Ini bakal menjadikan Smith Rowe pemain termahal beraksi di Craven Cottage. Sebelum ini, rekod […]

Sabah Buru Penyerang Berprofil Tinggi

Sabah difahamkan mahu memburu penyerang berprofil tinggi menjelang pintu perpindahan kedua tidak lama lagi. Setelah terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada penyerang berbisa, Ramon Machado bulan lalu, jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee berhasrat untuk mencari pengganti tidak lama lagi. Menurut beliau, krisis di jentera serangan The Rhinos kini semakin meruncing dengan ketiadaan Ramon dan dua […]

Penantian Penjaga Gol Baharu JDT Terjawab

Penantian penjaga gol baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) telah pun terjawab. Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain yang dimaksudkan itu ialah Christian Abad Amat. Penjaga gawang muda itu menjadi tonggak ketiga yang menyertai skuad Harimau Selatan daripada kelab Sepanyol, Elche CF. Sebelum ini, JDT telah pun mengumumkan ketibaan dua tonggak baharu iaitu Park […]

Bojan Hodak Jawab Spekulasi Tandatangan Saddil Ramdani

Ketua Jurulatih Persib Bandung, Bojan Hodak menjawab spekulasi yang bertebaran di alam maya berkenaan perpindahan pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani ke pasukan kendaliannya itu. Berita perpindahan Saddil telah dicanang dengan hebat oleh media di Indonesia dengan dua kelab dari Indonesia iaitu Persib Bandung dan Dewa United dikhabarkan berminat untuk membawa Saddil. Bojan berpendapat Saddil […]

Penyerang Croatia Dalam Radar Terengganu

Pengendali Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner mendedahkan pasukan Pantai Timur itu kini mengintai khidmat seorang peledak gol dari Croatia. Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25 menyaksikan skuad Peteh meledakkan 19 gol. Penjaring terbanyak Terengganu ketika ini ialah Safawi Rasid dan Ismaheel Akinade yang berkongsi empat gol. Meskipun begitu, pasukan itu merindui penjaring terbanyak mereka pada musim […]

Pemain Perancis, Enzo Lombardo Sertai JDT

Pemain kelahiran Perancis, Enzo Lombardo secara rasminya menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT). Tonggak berusia 27 tahun itu diumumkan sebaga pemain baharu dalam satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers. Beliau merupakan pemain berpengalaman di Sepanyol apabila beraksi bersama beberapa kelab terkemuka di sana. Kelab terakhir beliau ialah SD Huesca di La Liga 2 selain pernah membarisi […]

JDT Umum Ketibaan Park Jun-heong

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan ketibaan pemain Korea Selatan, Park Jun-heong. Menerusi satu pengumuman oleh Johor Southern Tigers, pemain berusia 31 tahun itu bakal menjadi rekrut terbaru skuad Harimau Selatan. Bekas tonggak kelab Thai League barsama Ratchaburi FC itu secara rasminya memperkuat JDT bagi pertengahan saingan musim 2024/25. Beliau memiliki pengalaman […]

Arif Aiman Dalam Radar Kelab Iran?

Pemain sayap lincah Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dilaporkan berada dalam radar kelab Iran. Pemain berusia 22 tahun itu menjadi tunjang utama buat Harimau Selatan dan juga skuad kebangsaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Beliau bagaimanapun mula dikaitkan dengan perpindahan ke luar negara apabila tersebar khabar angin terbaru mengenai masa depannya. Salah sebuah […]

Saddil Ramdani Tinggalkan Sabah?

Selepas Ramon Machado, Sabah FC berpotensi kehilangan seorang lagi tonggak import iaitu Saddil Ramdani. Sejak menyertai Sabah pada 2021, Saddil menjadi pilihan Datuk Ong Kim Swee menjadi sebahagian daripada jentera serangan pasukan itu. Berdasarkan data terkini Transfermarkt, beliau telah merekodkan 70 penampilan, 16 gol dan 28 bantuan gol untuk skuad Badak. Kini, portal bola sepak […]

Fergus Tierney Ke Liga Thailand

Penyerang muda Malaysia, Fergus Tierney mencipta kejutan apabila memilih menyertai kelab Thai League 2, Chonburi FC. Perpindahan penyerang berusia 21 tahun itu diumumkan sendiri Chonburi dalam satu majlis pengenalan pemain dan jersi baru pasukan. Berita perpindahan itu turut dikongsikan oleh wartawan sukan Thailand, Ta Lao menerusi satu hantaran terbaru di X. Walau bagaimanapun, tidak dapat […]

Real Madrid Untung Atas Angin RM380 Juta Kerana Alvaro Morata

Alvaro Morata mungkin telah meninggalkan Real Madrid hampir 7 tahun lalu tetapi kelab tersebut kekal meraih wang lumayan hasil daripada pemain itu sehingga hari ini. Real Madrid dilaporkan telah meraih keuntungan hampir RM380 juta menerusi penjualan serta klausa kontrak Alvaro Morata setelah pemain itu kerap berpindah pasukan. Berdasarkan rekod, Morata meninggalkan Real Madrid pada tahun […]

Prince Aggreh Tinggalkan PDRM

Pemain sayap Bahrain, Prince Aggreh tidak lagi bersama pasukan PDRM FC untuk kempen Liga Super musim 2024/25. Aggreh sebelum ini dibawa masuk sebagai sebahagian daripada tenaga import baru The Cops untuk menghadapi kempen musim 2024/25. Selain beliau, PDRM turut membawa masuk Ifedayo Olusegun, Faith Obilor, Chidi Osuchukwu dan Aremu Timothy. The Cops turut mengekal tonggak […]

Ramon Machado Sertai Kelab Azerbaijan, Araz-Naxcivan

Selepas meninggalkan Sabah FC beberapa minggu yang lalu, penyerang Brazil, Ramon Machado sudah menemui kelab baru. Penyerang berusia 33 tahun itu sah menyertai kelab divisyen pertama Azerbaijan, Araz-Naxcivan pada 22 Julai lalu. Perpindahan bekas penyerang skuad Badak itu diumumkan di platform rasmi kelab itu. “Seorang lagi pemain bola sepak menyertai pasukan Araz-Naxcivan untuk latihan pra-musim. […]

Onana Sertai Aston Villa

Bekas pemain Everton, Amadou Onana sah menyertai Aston Villa bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim hadapan. Menurut Fabrizio Romano, Onana yang beraksi di posisi tengah melengkapkan perpindahannya dari Everton dengan tanda harga bernilai 50 juta Euro beserta klausa tambahan. Perpindahan pemain kebangsaan Belgium ini disahkan oleh Aston Villa sendiri menerusi satu kenyataan rasmi dari […]

Bintang RM333 Juta Semakin Hampir Ke Liverpool

Liverpool semakin hampir memuktamadkan perpindahan pertama mereka untuk musim 2024/25 iaitu pemain sayap Jepun, Takefusa Kubo. Kehadiran pemain sayap Real Sociedad itu bakal menandakan permulaan era pengurus Belanda, Arne Slot selepas dipilih sebagai pengganti Jurgen Klopp. Akhbar Jepun, Sponichi melaporkan rundingan antara kedua-dua pasukan berkenaan Kubo semakin hampir untuk dimuktamadkan. Seandainya perpindahan itu dimuktamadkan, The […]

Kim Pan-gon Dapat Dua Tawaran Gergasi Asia

Bekas Ketua Jurulatih Malaysia, Kim Pan-gon akui mendapat dua tawaran gergasi Asia. Perkara ini dikongsikan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu dalam satu temu bual bersama Astro Arena baru-baru ini. Beliau memaklumkan bahawa telah menerima dua tawaran besar dari Asia namun masih belum membuat keputusan muktamad. “Saya fikir Ulsan telah menghantar satu kertas cadangan yang […]