Siaran Langsung Piala FA: Kedah Darul Aman vs Bukit Tambun (Live Streaming)

Aksi pusingan 16 terbaik Piala FA melibatkan pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman dan juga wakil Liga A1 Semi Pro, Bukit Tambun. Skuad kendalian Nafuzi Zain mahu kembali kepada prestasi sebenar apabila tewas dua perlawanan daripada tiga aksi awal Liga Super. Sang Kenari bagaimanapun memiliki kelebihan ke atas lawan yang beraksi dalam kancah yang lebih […]
Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Malaysia vs Chinese Taipei (Live Streaming)

Aksi keenam Kelayakan Piala Dunia 2026 antara pasukan Malaysia dan Kyrgyzstan menjadi tumpuan peminat. Pasukan kendalian Kim Pan-gon menghadapi laluan mencabar apabila perlu meledak sekurang-kurangnya 7 jaringan untuk mara ke pusingan berikutnya. Keadaan ini tidak menggentarkan jurulatih Chinese Taipei, Gary White yan optimis untuk melihat pasukannya mencatat kemenangan pertama di Bukit Jalil. “Kami tidak pernah […]
Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia 2026: Kyrgyzstan vs Malaysia (Live Streaming)

Malaysia bakal mengharungi aksi kelima kempen Kelayakan Piala Dunia 2026 menentang Kyrgyzstan malam ini. Skuad kendalian Kim Pan-gon membawa motivasi terbaik selepas berjaya menundukkan pasukan ke-100 dunia itu dengan keputusan 4-3 di Bukit Jalil. Pengendali kelahiran Korea Selatan itu optimis dengan kemampuan pemain yang dipanggil kali ini untuk mencipta kejutan ke atas anak didik Stefan […]
Siaran Langsung Kelayakan Piala Dunia: Indonesia vs Iraq (Live Streaming)

Pasukan kebangsaan Indonesia berdepan laluan mencabar apabila bakal berdepan Iraq bagi aksi kelima Kelayakan Piala Dunia 2026. Skuad kendalian Shin Tae-yong dalam momentum cemerlang apabila menundukkan Vietnam dalam dua pertemuan terakhir. Iraq pula kini mendahului carta Kumpulan F dengan 12 mata selepas mengekalkan rekod bersih 4 kemenangan. Menurut Tae-yong, beliau berharap anak buahnya percaya dengan […]
Siaran Langsung RCTI Premium Sports: Persija Jakarta vs Selangor (Live Streaming)

Pertembungan final RCTI Premium Sports antara pasukan Persija Jakarta dan Selangor mencuri tumpuan peminat. Skuad kendalian Nidzam Jamil memperoleh keputusan positif berdepan satu lagi wakil Malaysia, Sabah FC apabila mencatatkan kemenangan 3-2. Persija Jakarta pula bernasib baik apabila berjaya membenam cabaran PSIS Semarang dengan hanya jaringan tipis 1-0. Mengulas lanjut, pengendali The Red Giants, Nidzam […]
RCTI Premium Sports : PSIS Semarang vs Sabah (Live Streaming)

Aksi penentuan tempat ke-3 antara wakil Malaysia, Sabah FC dan juga kelab Indonesia, PSIS Semarang mencuri tumpuan. Skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee terpaksa menelan hakikat pahit apabila ditundukkan oleh wakil senegara, Selangor FC dengan keputusan 3-2. PSIS Semarang pula tewas tipis kepada jaguh Indonesia, Persija Jakarta dengan keputusan 1-0. Kim Swee juga menganggap bahawa […]
Siaran Langsung UCL Final: Borussia Dortmund vs Real Madrid (Live Streaming)

Aksi final Liga Juara-Juara Eropah antara jaguh Eropah, Borussia Dortmund dan Real Madrid mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Wembley itu menyaksikan juara La Liga musim 2023/24 itu turun dengan misi besar untuk merangkul kejuaraan ke-15. Dortmund pula kembali ke pentas akhir selepas hampir 11 tahun tidak melakukannya selain tidak mahu melepaskan peluang keemasan […]
Siaran Langsung Persahabatan: Malaysia vs Perak (Live Streaming)

Malaysia bakal memulakan langkah persiapan bagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 berdepan Perak FC sebagai aksi pemanas badan. Pasukan bimbingan Kim Pan-gon telah pun mula menjalani latihan sejak hari Isnin yang lalu namun masih tidak dihadiri oleh beberapa pemain dari JDT dan Selangor. Usaha Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mencari lawan luar negara terbantut […]
Siaran Langsung RCTI Premium Sports: Sabah vs Selangor (Live Streaming)

Pertembungan aksi RCTI Premium Sports antara dua wakil Malaysia, Sabah dan Selangor di Jakarta, Indonesia mencuri tumpuan. Kejohanan jemputan antarabangsa anjuran RCTI bermula pada 30 Mei sehingga 2 Jun bagi mengisi jadual kalendar antarabangsa FIFA bulan ini. Kejohanan ini juga dipanggil sebagai derbi serumpun Indonesia vs Malaysia susulan empat pasukan yang bertanding adalah Selangor FC […]
Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Negeri Sembilan (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu ke-3 melibatkan pertemuan antara Selangor dan Negeri Sembilan menjadi tumpuan. Skuad kendalian Nidzam Jamil merakamkan kemenangan sulung 1-0 ke atas Kedah Darul Aman di Stadium MBPJ sementara Negeri Sembilan tewas aksi pembukaan. The Red Giants dalam momentum baik sungguhpun tanpa beberapa tonggak utama seperti Faisal Halim dengan jentera serangan pasukan diketuai […]
Siaran Langsung Liga Super: KL City vs JDT (Live Streaming)

Aksi Liga Super minggu 3 menyaksikan pertembungan menarik antara dua finalis Piala FA 2023, KL City dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT). Ketua Jurulatih JDT, Hector Bidoglio optimis bahawa skuad Harimau Selatan akan memperagakan aksi terbaik sungguhpun beraksi pada waktu petang. “Kita sekali lagi akan beraksi di waktu petang dan ia tidak akan menjejaskan rentak […]
Siaran Langsung Liga Super: Terengganu vs Kelantan Darul Naim (Live Streaming)

Aksi ketiga Liga Super minggu 3 menyaksikan pertembungan antara pasukan Terengganu dan Kelantan Darul Naim mencuri tumpuan. Perlawanan yang berlangsung di laman Sang Badak ini menyaksikan tugas penting oleh anak didik Tomislav Steinbruckner untuk kembali meraih 3 mata. Kelantan DN pula memiliki tugas berat untuk mencari mata pertama musim ini untuk mencari mata pertama susulan […]
Siaran Langsung Liga Super: Kedah Darul Aman vs Perak (Live Streaming)

Kedah Darul Aman bakal melayan kunjungan Perak di Stadium Darul Aman bagi perlawanan derbi utara untuk aksi Liga Super minggu ketiga. Skuad kendalian Nafuzi Zain yang tewas tipis kepada Selangor tempoh hari pastinya mahu bangkit meraih kemenangan lebih-lebih lagi beraksi di gelanggang sendiri. Perak pula telah tewas dua perlawanan berturut-turut kepada Terengganu dan PDRM sekaligus […]
Siaran Langsung Liga Super: Penang vs Terengganu (Live Streaming)

Siaran langsung aksi Liga Super antara pasukan Penang dan juga Terengganu bakal menghangatkan kancah bola sepak tempatan. Perlawanang yang berlangsung di Stadium Bandaraya itu menyaksikan pertembungan dua pasukan yang masih tidak tewas dalam perlawanan pembukaan. The Phanters mengekalkan rekod baik apabila mengikat pasukan ke-3 Liga Super musim lalu, Sabah FC dengan keputusan 0-0. Anak didik […]
Siaran Langsung Liga Super: Kuching City vs Sri Pahang (Live Streaming)

Kuching City bakal menerima kunjungan Sri Pahang untuk aksi Liga Super minggu kedua. Skuad kendalian Aidil Sharin sebelum ini berjaya mengikat KL City di gelanggang lawan sekaligus memberikan sedikit momentum positif dalam aksi di laman sendiri. Sri Pahang yang berjaya mengutip tiga mata pertama ke atas Kelantan Darul Naim tempoh hari pastinya ingin mengekalkan rekod […]
Siaran Langsung Liga Super: Selangor vs Kedah Darul Aman (Live Streaming)

Perlawanan tumpuan minggu kedua Liga Super 2024/2025 akan menemukan naib juara musim lalu, Selangor FC menentang Kedah Darul Aman FC di Petaling Jaya. Selangor bakal turun dalam aksi pertama mereka musim ini setelah menarik diri ketika perlawanan Piala Sumbangsih mingggu lalu dan pastinya mahu mengutip tiga mata penuh di laman sendiri Ketua jurulatih Selangor, Nidzam […]