KL City Sambut Baik Anjurkan Aksi Palestin Di Stadium Cheras

Pemilik KL City FC, Rinani Group menyambut baik cadangan menjadikan stadium mereka, Stadium Cheras sebagai venue neutral Palestin. Cadangan ini telah dibawa kerajaan Malaysia kepada Kedutaan Palestin semalam dan disahkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Hamid. Ini bagi membantu Palestin mencari venue pusingan kelayakan Piala Dunia 2026 Kumpulan I menentang Australia […]

JDT Official Store Bakal Dibuka Di Toppen Shopping Centre

Kedai cenderamata rasmi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) bakal dibuka di Toppen Shopping Centre. Ini selepas pengurusan kelab memuatnaik imej terbaru kedai itu dalam satu hantaran di Johor Southern Tigers. Ini merupakan sebahagian daripada kerjasama rasmi JDT dengan Toppen bagi menaikkan lagi jenama pasukan itu. Kedai ini yang turut berperanan sebagai rumah kelab ini […]

JDT Jadi Kelab Pertama Di Malaysia Gunakan Padang Hybrid

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menjadi satu-satu kelab yang menggunakan rumput jenis hybrid di Malaysia apabila kerja-kerja pemasangan sudah pun dilakukan. Perkara ini dikongsikan di laman Johor Southern Tigers, padang jenis hybrid yang baharu sedang dipasang di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos milik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim di Larkin. […]

3 Penjaga Gol Paling Sibuk Dalam Liga Super

Ketangkasan seorang penjaga gol seringkali menjadi tumpuan ramai dengan aksi penyelamatan bagi mengelak dari dibolosi pemain lawan. Ketika banyak mata tertumpu kepada penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Syihan Hazmi yang jarang dibolosi, pasti ramai yang terlupa untuk melihat penjaga gol manakah yang paling sibuk dalam mempertahankan gawang dalam saingan Liga Super musim ini. Melihat […]

Kedah Puji Impak Amirbek Juraboev Benam Malaysia

Impak bertenaga Amirbek Juraboev bersama Tajikistan dalam perlawanan akhir Pestabola Merdeka semalam telah meraih pujian kelabnya, Kedah Darul Aman. Tajikistan berjaya menewaskan Malaysia 2-0 untuk merangkul Piala Pestabola Merdeka dan Amirbek menjadi salah seorang pemain penting dalam kemenangan tersebut. Aksi bertenaga dan dominan menguasai bahagian tengah pasukan oleh Amirbek kini bukan sahaja menggembirakan pasukan Tajikistan […]

KL City Sudah Ada Jurulatih Baharu?

CEO KL City FC, Stanley Bernard mendedahkan pasukan itu sudah mempunyai perancangan bagi mengisi kekosongan yang bakal ditinggalkan penolong jurulatih mereka, Shukor Adan. Nama Shukor menjadi bualan apabila diumumkan sebagai penolong jurulatih skuad B-23 negara beberapa hari yang lalu. Legenda Selangor FC itu dijangka membantu ketua jurulatih baru Harimau Muda dari Sepanyol, Juan Torres Garrido. […]

JDT & UTM Jalin Kerjasama

Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus memantapkan aspek pendidikan pemain akademi mereka dengan menjalin kerjasama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerjasama ini diumumkan menerusi satu hantaran di laman media sosial Johor Southern Tigers hari ini. Menerusi kerjasama ini, pelatih akademi Harimau Selatan berpeluang menyambung pengajian dalam Program Diploma Sukan Dan Kecergasan yang ditawarkan UTM. […]

Perak Kekalkan Yusri Che Lah

Prestasi cemerlang Perak FC di bawah Yusri Che Lah mendorong pengurusan pasukan itu untuk mengekalkan khidmatnya untuk musim hadapan. Menerusi satu perkongsian di laman media sosial rasmi mereka, pengurusan The Bos Gaurus bukan saja memperbaharui kontrak Yusri. Malah, mereka turut memperbaharui kontrak ketua jurulatih skuad B-23 dan B-20 Perak, Chan Wing Hoong dan Shahrulnizam Mustapha. […]

“Taraf JDT Sama Seperti Kelab Eropah” – Abu Kamara

Penyerang berbisa Kuching City FC, Abu Kamara menyifatkan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) sebagai sebuah pasukan yang setaraf dengan kelab Eropah. Beliau berpandangan sedemikian kerana corak permainan berkualiti yang ditampilkan pasukan gergasi selatan tanah air itu tanpa mengira siapa lawan mereka. Ini mengingatkan beliau kepada pasukan-pasukan Eropah semasa berkelana di benua berkenaan beberapa tahun […]

Program Pembangunan JDT Jadi Perhatian Sydney FC & Singapore FC

Kehebatan program pembangunan akar umbi Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) menarik perhatian kelab A-League, Sydney FC dan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS). Ini selepas Johor Southern Tigers memuatnaik siri gambar pertemuan membabitkan CEO pasukan, Alistair Edwards dengan rombongan kedua-dua entiti bola sepak itu. Kontinjen Sydney FC diketuai Pengarah Teknikal Remaja, Kelly Cross. Sementara rombongan […]

Pemain Kenya Ditipu Ejen Palsu Untuk Beraksi Di Malaysia

Hasrat seorang pemain kebangsaan Kenya untuk merealisasikan hasratnya beraksi bersama kelab di Malaysia lebur apabila ditipu oleh seorang ejen. Kisah duka beliau ini mendapat liputan meluas dunia apabila disiarkan oleh laman FIFPRO, sebuah badan kesatuan global untuk pemain bola sepak profesional yang mempertahankan hak dan kepentingan 65,000 pemain melalui rangkaian 66 persatuan kebangsaan. Pemain yang […]

3 Kelab Diangkat Paling Bernilai Di Liga Super

Perkembangan kelab Liga Super Malaysia (Liga M) menyaksikan tiga pasukan kini menjadi kelab paling bernilai tahun 2023. Kualiti liga yang semakin meningkat naik telah membantu Malaysia untuk menjadi antara kuasa besar bola sepak di rantau ini. Menerusi perkembangan terbaru yang dikongsikan oleh laman Transfermarkt, berikut merupakan kelab paling bernilai di Liga Super: 1.Johor Darul Ta’zim […]

Bekas Bintang Liga Super Dihumban Ke Penjara

Khabar mendukacitakan buat seorang bekas pemain Liga Super apabila kini secara rasminya bakal menjalani hukuman penjara. Menurut laporan Harian Metro, Beliau yang juga merupakan bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Mohd Azinee Taib, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid. Pemain berusia 33 tahun itu mengaku bersalah atas dua […]

Alistair Edwards: TMJ Buatkan JDT Mampu Tandingi Kualiti Kelab Eropah

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Alistair Edwards berkongsikan kisah kejayaan JDT hasil sentuhan DYAM TMJ sehingga mampu membuka mata dunia. Perjalanan penuh cabaran sejak sedekad lalu kini semakin menampakkan hasilnya setelah Harimau Selatan berjaya menjulang 52 trofi sejak tahun 2013. Alistair telah berkongsikan kisah kejayaan gemilang JDT ini kepada dunia […]

Jordi Amat Kongsi Perasaan Beraksi Di Kelab Terbaik Asia Tenggara

Bek tengah Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mengakui bangga mewakili pasukan gergasi Liga Malaysia (Liga M) itu. Sejak menyertai pasukan itu dari Eupen pada awal tahun 2022, beliau telah meraih banyak trofi. Antara trofi yang dimenangi ialah Piala Malaysia 2022 dan Liga Super edisi 2022 dan 2023. Lebih manis, kejayaan Liga Super […]

Keadaan Terkini Pemain Kuching City Cetus Kebimbangan

Kuching City FC mendedahkan keadaan terkini pemain mereka, Jimmy Raymond selepas dibawa keluar dari ambulans semasa perlawanan menentang PDRM semalam. Jimmy tidak sedarkan diri pada minit ke-83 selepas bola sepakan Kyaw Min Oo terkena kepala beliau. Menyedari situasi cemas yang berlaku ketika itu, pengadil Zamzaidi Katimin menghentikan perlawanan dan segera memanggil pasukan perubatan masuk ke […]