“Kelantan Perlu Terima Hakikat” -Matyo

Bekas bintang pasukan Kelantan FC, Norshahrul Idlan Talaha berharap agar pasukan tersebut terutamanya pihak pengurusan dan penyokong dalam menerima realiti pasukan ketika ini. Pemain berusia 37 tahun itu mempunyai pandangan tersendiri selepas melihat pasukan yang pernah diwakilinya dengan The Red Warriors kini terpelosok di tangga tercorot Liga Super. Prestasi longlai pasukan itu menyebabkan pasukan hanya […]
Bekas Penyerang Malaysia Puji Kualiti Saddil Ramdani

Bekas penyerang Malaysia, Nizaruddin Yusof memuji kualiti yang dimiliki pemain sayap Sabah FC, Saddil Ramdani bila mengeksploitasi ruang kosong pertahanan lawan. Kualiti ini terserlah bukan saja dalam Liga Malaysia (Liga M). Malah, kualiti sama dapat dilihat dalam aksi Piala AFC. Bagi Nizaruddin, kualiti ini banyak dibantu oleh Darren Lok yang mencipta ruang kosong di belakangnya. […]
Nama Yusri Che Lah Mula Dipetik

Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK 2023) merupakan salah satu anugerah yang ditunggu-tunggu oleh jurulatih dan pemain yang beraksi di dalam Liga Malaysia. Antara kategori yang menjadi tumpuan adalah kategori Jurulatih Terbaik. Untuk tahun ini, seramai 10 jurulatih telah disenarai pendek bagi merangkul anugerah tersebut. Tumpuan pasti terarah kepada jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban […]
Zainal Abidin Mahu Dua Kelab Kelantan Bergabung

Penyerang legenda negara, Datuk Zainal Abidin Hassan mencadangkan Kelantan FC dan Kelantan United FC digabungkan sebagai satu pasukan tunggal mewakili negeri itu. Cadangan ini diutarakan beliau semasa menjadi panel perlawanan Liga Super Perak FC menentang Kelantan di Astro Arena baru-baru ini. Zainal Abidin menyifatkan langkah ini sebagai langkah terbaik kerana ini akan membantu dari segi […]
Persaingan Sengit Buru Status Pertahanan Terbaik Liga Malaysia

Persaingan merebut status selaku pertahahan terbaik Liga Malaysia terus berlangsung sengit dengan beberapa nama besar disenarai pendek untuk merebut gelaran tersebut. Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2023 (ABK23) kembali merancakkan arena bola sepak Malaysia dengan beberapa 16 kategori dipertandingkan dengan dua kategori diperkenalkan. MFL berbesar hati apabila dapat kembali menganjurkan acara berprestij ini secara fizikal yang […]
4 Ujian Getir Bakal Menanti Kelantan

Kelantan kini terjerumus ke tangga tercorot liga dan telah mengalami 3 kekalahan berturut-turut. Berbaki 4 perlawanan liga, Kelantan perlu bangkit dan bersedia untuk menghadapi cabaran 4 pasukan liga yang kini masing-masing berjuang merebut 3 mata berharga. Kelantan bakal bertemu Sabah pada Jumaat ini dilaman sendiri bagi aksi tertunda. Sabah yang kini berada ditangga kelima liga […]
Kedudukan Arif Aiman Dicabar Manuel Hidalgo

Ketika banyak mata yang tertumpu kepada perebutan kasut emas Liga Super 2023, ramai yang tidak menyedari saingan sengit dalam carta penyumbang bantuan gol terbanyak setakat ini. Sehingga kini, bantuan gol terbanyak adalah milik bintang muda Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman dengan 11 bantuan gol setakat ini. Kedudukan itu masih belum selamat buat Arif Aiman […]
Persaingan 3 Bintang Liga Malaysia Makin Sengit

Persaingan tiga bintang Liga Malaysia dalam merebut anugerah kasut emas Liga Super semakin sengit apabila jurang perbezaan gol semakin mengecil. Penyerang sensasi Selangor, Ayron de Valle ketika ini mengungguli carta pertama penjaring terbanyak Liga Super dengan rekod 21 jaringan. Namun kembalinya Fernando Forestieri daripada kecederaan tempoh hari menyaksikan penyerang JDT itu kembali meledak gol bersama […]
Program Akar Umbi JDT Tarik Perhatian Korea Selatan

Nama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) terus menjadi tumpuan hari ini apabila mereka menerima kunjungan daripada Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA). Perkara ini dikongsikan pengurusan Harimau Selatan menerusi satu hantaran di media sosial rasmi pasukan, Johor Southern Tigers. Pengurusan JDT diketuai CEO, Alistair Edwards mengalu-alukan kehadiran delegasi KFA diketuai naib presiden, Choi Young-il. […]
Azman Adnan Bongkar Rahsia Kejayaan Yusri Che Lah

Bekas penyerang negara, Azman Adnan telah membongkarkan rahsia kejayaan Yusri Che Lah bersama Perak musim ini. Menurut perbincangan Azman Adnan bersama Zainal Abidin Hassan dan Norshahrul Idlan dalam program Astro Arena, kekuatan motivasi Yusri Che Lah telah membantu pasukan Perak untuk bangkit menampilkan aksi cemerlang ketika ini. “Apa yang saya tahu tentang Yusri Che Lah […]
Liridon Krasniqi Kembalikan Magis

Biarpun keputusan seri 2-2 telah dicatatkan Terengganu FC ketika berkunjung ke Stadium Darul Makmur menentang Sri Pahang FC semalam, namun pemain yang menjadi tumpuan adalah pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi. Umum mengetahui, Liridon mempunyai kelebihan dalam melakukan hantaran lolos yang baik suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, magisnya semakin pudar selepas beliau kerap bertukar pasukan. Pemain […]
“Kelantan Nama Besar, Setiap Aksi Perlu Menang” -Khairul Fahmi

Bekas penjaga gol Kelantan FC, Khairul Fahmi Che Mat mengakui satu perasaan besar beraksi bersama pasukan Pantai Timur itu dengan harapan yang luar biasa untuk mencatatkan kemenangan setiap kali diturunkan. Menerusi satu perkongsian di audio siar Zamir Selamat, pemain berusia 34 tahun itu berkongsi perjalanan gemilang dalam kariernya selepas mencatat nama selaku lagenda bola sepak […]
Liga Super: Sri Pahang Pamer Kebangkitan Luar Biasa Sebelum Ikat Terengganu

Hasrat Terengganu FC untuk terus mendaki kedudukan Liga Super semakin pudar apabila diikat 2-2 oleh tuan rumah, Sri Pahang pada aksi di Stadium Darul Makmur sebentar tadi. Terengganu yang tidak menurunkan beberapa tonggak utama seperti Ivan Mamut dan Sony Norde dilihat memulakan perlawanan dengan penguasaan bola yang baik. Selepas beberapa kali melancarkan serangan ke kubu […]
JDT Tempuhi Tiga Cabaran Berbeza Dalam Tempoh Singkat

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari memuji kesungguhan anak-anak buahnya biarpun mengharungi tiga perlawanan dalam tempoh 11 hari. Lebih mencabar, JDT perlu mengharungi tiga perlawanan di tempat lawan dalam tempoh tersebut. Selepas turun menentang Perak FC untuk aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia pada 19 Oktober, mereka menentang Ulsan Hyundai di Korea […]
Yusri Che Lah: Pemain Kelantan Tiada Keinginan Untuk Beraksi

Kemenangan besar 8-0 yang diraih Perak FC ketika melayan kunjungan Kelantan FC dalam aksi Liga Super semalam nyata memberikan kelegaan kepada pengendali Perak, Yusri Che Lah. Selepas kekalahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu, kemenangan ke atas Kelantan ini dianggap sebagai satu momen keyakinan buat barisan […]
Liga Super: Perak Kenduri Gol Tewaskan Kelantan

Kelantan meneruskan rentak kekalahan apabila tewas besar kepada pasukan Perak dengan jaringan 8-0 dalam saingan Liga Super. Perak membuka jaringan menerusi penyerang Luka Milunovic pada minit ke-14 permainan. Bekas pemain Kelantan, Wan Zack Haikal pantas menjaringkan gol kedua hasil bola muntah penjaga gol Kelantan selepas 3 minit jaringan pertama Perak. Luka Milunovic sekali lagi mencetak […]