Melaka Mohon Kembali Ke Liga Super Untuk Musim 2024/25

Persatuan Bola Sepak Melaka (MAFA) berhasrat membawa pasukan Melaka kembali mewarnai Liga Super musim depan. Perkara ini didedahkan oleh Presiden MAFA, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh kepada Arena Metro selepas Kongres MAFA Ke-67 di Bandar Hilir, Melaka. Sehubungan dengan itu, MAFA telah memfailkan rayuan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Liga Bola Sepak Malaysia […]
Sabah & Kedah Raih ‘Habuan’ RM2.7 Juta

Kejayaan pasukan Sabah & Kedah Darul Aman dalam kempen Liga Super berjaya meraih habuan sebanyak RM2.7 Juta setelah berjaya menduduki tangga ke-3 dan ke-4 musim ini. Pertembungan antara The Rhinos dan Sang Kenari berlangsung di Stadium Likas menyaksikan Sabah berjaya memintas kedudukan Kedah pada saat akhir. Kemenangan 2-0 itu menyaksikan anak didik Dato’ Ong Kim […]
Nafuzi Zain Puas Hati Pencapaian Kedah Musim Ini

Jurulatih Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain tetap berpuas hati dengan pencapaian pasukan kendaliannya musim ini apabila berjaya mendapatkan kedudukan empat terbaik dalam saingan Liga Super. Kedah terpaksa akur dengan kedudukan keempat selepas mereka tewas 0-2 kepada pasukan tuan rumah, Sabah FC dalam aksi Liga Super semalam. Kekalahan tersebut menyaksikan Kedah yang sebelum perlawanan menduduki […]
“Inilah Cara Kuching City Yang Kita Mahu” – Aidil Sharin

Jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak amat berpuas hati dengan prestasi anak buahnya bila menentang Negeri Sembilan FC semalam. Aksi terakhir Liga Super itu menyaksikan The Cats ketinggalan awal menerusi Sharel Fikri Md Fauzi. Bagaimanapun, Kuching City muncul pemenang hasil dua gol Bruno Dybal, Yuki Tanigawa dan Pedro Henrique. The Cats bukan saja kerap […]
Somerville Pandang Tinggi Syihan Hazmi

Penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville mengakui beliau memandang tinggi penjaga gol kebangsaan, Syihan Hazmi Mohamed. Somerville berpandangan sedemikian kerana Syihan sentiasa cemerlang bila mengawal gawang baik bersama Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mahupun skuad kebangsaan. Dengan kualiti yang dimilikinya, sukar buat penjaga gol berusia 29 tahun itu mencabar kedudukan beliau sebagai penjaga gol […]
Faisal Halim: Saya Tak Peduli Apa Orang Kata

Pemain sayap Selangor, Faisal Halim menzahirkan rasa bangga dan gembira dengan kejayaan pasukan Selangor menamatkan saingan di kedudukan terbaik dalam kempen Liga Super 2023. Berjaya melayakkan diri ke Asia musim depan, Faisal berpendapat kejayaan itu merupakan hasil kerja keras dan kesungguhan daripada rakan sepasukan. Bagi Faisal, Selangor berada dalam momentum terbaik untuk tahun ini. “Semua […]
Amri Yahyah Rasmi Bersara

Penyerang veteran Sabah, Amri Yahyah sah mengumumkan persaraan setelah 22 tahun bergelar pemain bola sepak profesional. Amri Yahyah turun buat kali terakhir dalam aksi Sabah menentang Kedah yang menyaksikan Sabah menumpaskan Kedah untuk menamatkan saingan Liga Super ditangga ketiga. Pemain berusia 42 tahun ini merekodkan 20 penampilan dalam kesemua pertandingan buat Sabah musim ini. Walaupun […]
Faisal Halim Pilih Kekal Di Selangor

Pemain sayap lincah, Faisal Halim memilih untuk kekal di Selangor sekali gus menutup khabar angin tentang perpindahan beliau ke kelab lain. Faisal Halim membantu Selangor menamatkan saingan Liga Super ditangga kedua setelah mengutip 61 mata dalam 26 perlawanan. Faisal Halim kini difahamkan telah menandatangani kontrak panjang bersama Selangor menurut laporan wartawan sukan, Zulhelmi Zainal Azam. […]
Liga Super: Terengganu Pastikan Perak Tak Melawan

Terengganu berjaya menewaskan Perak 3-0 dalam aksi terakhir Liga Super 2023. Terengganu menurunkan Syed Nasrulhaq selaku penjaga gol utama pasukan pada malam ini dan posisi pertahanan kiri pula diberikan kepada pemain muda, Faris Rifqi. Perak pula tampil dengan kesebelasan terbaik mereka yang dibarisi pemain-pemain penting seperti Wan Zack Haikal, Azalinullah Alias, Luka Milunovic dan Seo […]
Liga Super: Sabah Rampas Tangga Ketiga Selepas Tewaskan Kedah

Hasrat Sabah FC untuk menamatkan kedudukan Liga Super dalam kedudukan tiga teratas menjadi kenyataan apabila berjaya menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) dalam aksi di Stadium Likas sebentar tadi. Perlawanan dimulakan dengan tuan rumah bermula garang menerusi beberapa serangan di awal permainan. Hasil serangan demi serangan, Sabah berjaya mendahului seawal minit ke-7 melalui satu penyudah […]
Liga Super: Kuching City Gah Belasah Negeri Sembilan

Kuching City FC akhirnya berjaya meraih kemenangan kedua mereka dalam Liga Super musim 2023. Kemenangan yang dinanti-nantikan itu diraih dengan menewaskan Negeri Sembilan FC 4-1 dalam aksi terakhir liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi. Finalis Challenge Cup itu memiliki kelebihan kerana dapat menurunkan lima pemain import dalam kesebelasan utama mereka. Ini sama sekali berbeza […]
Liga Super: Selangor Tutup Musim Penuh Bergaya, Tumpaskan PDRM

Aksi Liga Super antara pasukan Selangor dan PDRM FC berkesudahan dengan kemenangan memihak kepada tuan rumah. Kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik dengan The Red Giants mahu memastikan penutup cemerlang bagi tahun 2023. Beberapa percubaan awal dilancarkan oleh anak buah Tan Cheng Hoe dengan tandukan Ayron Del Valle melambung tinggi. Serangan balas pantas oleh The Kops […]
Ramon Machado Kekal Di Sabah

Penyerang Sabah, Ramon Machado sah akan kekal di Sabah bagi meneruskan perjuangan pasukan tersebut dalam saingan Piala AFC. Sabah mengambil keputusan untuk mengekalkan khidmat pemain utama itu disamping menambah beberapa pemain tempatan untuk musim hadapan. Ramon melanjutkan kontrak selama setahun bersama-sama dengan pemain tempatan iaitu Rawilson Batuil dan Umareng Bachok. Khidmat Ramon Machado pastinya ditagih […]
CEO Sabah Letak Jawatan

Perlawanan terakhir Liga Super Sabah FC-Kedah Darul Aman FC (KDA FC) malam ini bukan saja perlawanan perpisahan buat legenda negara, Amri Yahyah. Malah, perlawanan tersebut merupakan perlawanan perpisahan buat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah, Ahmad Marzuki Nasir. Ini selepas Marzuki mengumumkan hari ini merupakan hari terakhirnya sebagai CEO pasukan Negeri Di Bawah Bayu itu menerusi […]
Penang Bakal Dapatkan Khidmat Danial Amier

Bintang muda suatu ketika dahulu, Daniel Amier kini difahamkan bakal meninggalkan pasukan gergasi Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) musim depan. Menurut laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, beliau menyatakan bahawa bekas pemain Felda United itu bakal berhijrah ke Utara bersama pasukan Penang FC. Kini, pemain berusia 26 tahun itu dalam fasa terakhir […]
Ayron Del Valle Rangkul Kasut Emas Liga Super

Penyerang berbisa Selangor FC, Ayron Del Valle sah merangkul anugerah Kasut Emas Liga Super musim 2023. Ini selepas dua pencabar terdekat beliau, Bergson da Silva dan Fernando Forestieri gagal memintas rekod 23 gol yang dipegangnya semasa perlawanan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC)-Penang FC semalam. Kedua-dua peledak berbisa Harimau Selatan itu masing-masing memiliki 19 gol, […]