Nooa Laine Tak Sabar Cipta Memori Indah Bersama Selangor

Nooa Laine

Pemain tengah berbakat, Nooa Laine mengakui tidak sabar untuk mencipta memori indah bersama pasukan baharunya, Selangor FC. Nooa Laine bakal memperkuatkan jentera tengah Selangor untuk saingan musim hadapan bersama-sama Mukhairi Ajmal, Syahir Bashah, Aliff Izwan dan Yohandry Orozco. Pemain berusia 21 tahun itu juga bersedia merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan tidak sabar untuk […]

Zamsaham Sampaikan Berita Baik Buat Kelantan FC

Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberikan khabar baik buat peminat setia kelab. The Red Warriors melalui tempoh yang cukup sukar sejak kebelakangan ini apabila berada pada kedudukan tercorot Liga Super 2023. Pelbagai masalah turut melanda kem pasukan Pantai Timur itu yang menyaksikan hampir semua pemain utama pasukan angkat kaki. […]

Terengganu Wujudkan Kawasan Tapak Semaian, Pastikan Padang SSMZA Dalam Keadaan Terbaik

Terengganu FC sentiasa komited dalam memastikan padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) berada dalam keadaan terbaik. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Hishamuddin Abdul Karim menerusi satu hantaran di Facebook. Meskipun mengakui padang SSMZA berada dalam keadaan terbaik dan mendapat pujian ramai pihak, beliau melihat masih ada ruang penambahbaikan […]

Kiko Insa: JDT Adalah Pilihan Pertama Semua Orang, Termasuk Pemain Baru Kamu

Sebuah tangkap layar memaparkan pendedahan sebenar perbualan antara Kiko Insa dan juga ejen yang difahamkan menguruskan pemain baharu Selangor FC, Nooa Laine. Pengumuman terbaru oleh The Red Giants menyaksikan pemain kelahiran Finland itu kini menjadi milik Selangor secara pinjaman dari kelab Finland, SJK Seinajoki. Pelbagai respon yang berlegar dalam kalangan pengguna media sosial susulan khabar […]

“Saya Bangga Dapat Bawa Nama Selangor” – Nooa Laine

Pemain tengah baharu Selangor FC, Nooa Laine meluahkan rasa terujanya untuk menyarung jersi The Red Giants musim hadapan. Beliau yang diumumkan secara rasmi pada Jumaat berkata, reputasi Selangor sebagai kelab yang memiliki sejarah yang mengagumkan membuatkan beliau berasa bangga untuk menyarung jersi keramat pasukan itu. Ini membuatkan beliau tidak sabar untuk berjumpa para penyokong skuad […]

Ronnie Fernandez Mahu Bantu Selangor Julang Piala

ronnie fernandez-selangor

Penyerang baharu Selangor, Ronnie Fernandez mahu membantu Selangor menjulang piala bagi musim 2024. Pemain berusia 33 tahun itu yakin kehadiran dirinya mampu memperkuatkan lagi pasukan Selangor dan turut bercita-cita memenangi kejuaraan bersama kelab tersebut. Ronnie Fernandez hadir menggantikan bekas penyerang import Selangor pada musim lalu, Ayron Del Valle dan Richmond Boakye-Yiadom yang tidak disambungkan kontrak […]

“Bukan Dion Cools”

Desas-desus mengenai kepulangan pertahanan tengah negara, Dion Cools ke Liga Malaysia kini hangat diperkatakan oleh peminat bola sepak tanah air. Semuanya berpunca daripada video pengenalan semula Fernando Forestieri yang membuat pusingan untuk kekal bersama pasukan JDT. Namun begitu, semua mata tertumpu kepada bayangan awal dalam klip tersebut yang tertera nama ‘Cools 21’ pada meter suhu […]

JDT Akui Ditawarkan Pemain Malaysia Di Luar Negara, Elak Jerat ‘Perang Bidaan’

Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan terdapat percubaan ejen pemain yang menawarkan seorang pemain Malaysia yang berkelana di luar negara kepada kelab tersebut. Menerusi satu kenyataan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT, Alistair Edwards, beliau memberitahu situasi sebenar berhubung perkara yang tular di media sosial itu. Sebelum ini, menerusi laporan wartawan Astro Arena, […]

Hadi Fayyadh Mahu Utamakan Minit Permainan Jika Sertai Kelab Baharu

Hadi Fayyadh masih belum memutuskan sama ada terus kekal bersama Perak atau bakal berpindah ke kelab lain bagi musim 2024. Penyerang berusia 24 tahun itu masih memikirkan pilihan terbaik buat dirinya dalam berkembang menjadi penyerang yang lebih tajam bagi musim hadapan. Hadi masih lagi bergelar pemain Perak setelah mempunyai baki kontrak selama setahun sejak menyertai […]

Terengganu Sambut Baik Inisiatif KBS, Mohon Geran Tukar Rumput Bersebab

Pasukan Liga Super, Terengganu FC berkongsi sebab terperinci berkenaan permohonan bagi geran kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berkenaan penukaran rumput dan naik taraf sistem saliran di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Menerusi satu kenyataan tempoh hari, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ada memberitahu bahawa setiap negeri boleh memohon geran berjumlah RM500 ribu bertujuan […]

Jodoh Fernando Forestieri & Import Baharu JDT Kembali Bersatu Selepas 14 Tahun

Ketibaan pemain sayap sensasi pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Nicolao Dimitru Cardoso memiliki persamaan terhadap bintang utama pasukan, Fernando Forestieri. Bekas penyerang berbisa Thai League 1 itu menjadi tonggak import ke-4 skuad Harimau Selatan tatkala pengumuman untuk mengekalkan khidmat Fernando Forestieri menjadi bualan ramai. Skuad Harimau Selatan dilihat mempunyai kombinasi menarik pada bahagian serangan dengan […]

Tiga Pasukan Liga M3 Sedia Sertai Liga Super

MFL mengesahkan tiga pasukan daripada Liga M3 telah menyerahkan dokumen lengkap bagi mengisi slot ke saingan Liga Super 2024. Pasukan KL Rovers, Harini FT dan Imigresen FC antara tiga pasukan yang bersedia untuk beraksi dalam saingan Liga Super menggantikan slot yang ditinggalkan Kelantan FC.  Tarikh penutup penyerahan dokumen telah tutup pada 2 Januari 2024 yang […]

Proses Perobohan Stadium Shah Alam Selesai Jun 2025

Perkembangan baharu mengenai Stadium Shah Alam yang bakal menjalani proses perobohan tidak lama lagi. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, satu langkah kritikal diambil dalam pembangunan Stadium Shah Alam apabila beliau menyaksikan perjanjian persefahaman antara Menteri Besar Selangor (Pemerdananan) MBI Selangor dan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), petang tadi. Beliau berkata proses perobohan ini […]

Tiga Pemain Import Jadi Sandaran Penang

Penang mengumumkan hanya akan mengikat pemain mengikut bajet yang termampu menjelang saingan Liga Malaysia 2024/2025. Perkara ini dijelaskan oleh ketua jurulatih Penang FC, Akmal Rizal Ahmad Rakhli yang berkata hanya tiga pemain import bakal menjadi tunjang skuad Harimau Kumbang disebabkan bajet yang terhad. Katanya lagi, beliau kini sedang dalam misi mencari dua lagi pemain import […]

Nama ‘Cools 21’ Terpapar Dalam Video Pengenalan Fernando Forestieri

Satu momen yang menjadi perbahasan hangat ketika video pengumuman Fernando Forestieri dilancarkan pada Isnin. Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengumumkan kepulangan penyerang sensasi, Fernando Forestieri bersama pasukan pada Isnin. Menerusi video pengumuman itu, terdapat satu babak sekali imbas yang menjadi perbualan hangat para peminat bola sepak tempatan. Babak tersebut memaparkan tulisan ‘Cools’ beserta nombor […]

Seorang Lagi Pemain Naturalisasi Perkuat JDT

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul T’zim (JDT) bakal menerima seorang lagi pemain naturalisasi bagi musim 2024/25. Perkara ini disahkan oleh pemilik kelab JDT, DYAM TMJ berkenaan perancangan dan hala tuju pasukan bagi musim baharu. Skuad Harimau Selatan aktif berbelanja dan mengumumkan ketibaan pemain import apabila terbaru mengesahkan khidmat pemain sayap lincah, Fernando Forestieri […]