Kelantan DN Berjaya Pikat Hati Penyokong

Aksi cemerlang Kelantan Darul Naim ketika tumpas di tangan Sabah pada Jumaat mula dapat perhatian para peminat yang merindukan zaman kegemilangan bola sepak negeri itu. Perlawanan yang dihadiri seramai 7,778 penonton itu menyaksikan Kelantan Darul Naim mempamerkan permainan yang berkualiti meskipun tewas tipis kepada Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. Sabah membuka tirai […]

Siaran Langsung Liga Super: Perak vs PDRM (Live Streaming)

Perak akan turun bertemu dengan PDRM di Stadium Perak untuk aksi Liga Super minggu kedua. Skuad kendalian Yusri Che Lah kini dalam misi meraih tiga mata pertama selepas tewas 3-1 kepada Terengganu dalam perlawanan pertama liga. PDRM juga pastinya tidak mahu keciciran mata lagi setelah tewas tipis kepada Kedah Darul Aman tempoh hari dan jurulatih […]

Aksi Selangor & Kedah Bakal Dibanjiri Lebih 15,000 Penyokong

Perlawanan Liga Super membabitkan Selangor FC dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) di Stadium MBPJ bakal disaksikan lebih 15,000 penyokong malam ini. Ini kerana pengurusan Selangor FC memaklumkan tiket perlawanan malam ini sudah habis dijual. Perkara ini dinyatakan dalam satu hantaran di platform media sosial mereka semalam. “(Tiket) habis dijual! Terima kasih atas sokongan […]

Pandangan Berbeza Jurulatih & Pemain Negeri Sembilan Berdepan JDT

Jurulatih Negeri Sembilan FC, Azzmi Aziz dan kapten, Nasrullah Hanif Johan memiliki pandangan berbeza tentang peluang pasukan itu menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) hari ini. Dari segi rekod pertemuan, kelebihan memihak kepada pasukan gergasi selatan tanah air. Musim 2023 saja menyaksikan Harimau Selatan meraih empat kemenangan ke atas skuad Rusa dalam saingan Liga […]

Liga Super: Kelantan Darul Naim Tewas Tipis Kepada Sabah Di Kota Bharu

Aksi Liga Super hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Kelantan Darul Naim dan Sabah FC. Perlawanan yang dijadualkan berlangsung di Kota Bharu menyaksikan pasukan pelawat berjaya mengutip tiga mata berharga. Sabah dibawah kendalian Ong Kim Swee menurunkan Khairul Fahmi Che Mat untuk mengemudi benteng terakhir pasukan. Aksi di separuh masa menyaksikan Sabah mendahului satu gol […]

“Berikan Sokongan Penuh Kepada Selangor & Faisal Halim” – Amirudin Shari

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berharap penyokong Selangor FC dapat memberi sokongan penuh kepada Merah Kuning dan Faisal Halim. Kenyataan ini dibuat beliau kepada media selepas melawat pemain sayap kebangsaan itu di sebuah hospital swasta di Shah Alam hari ini. Faisal sebelum ini menjadi mangsa simbahan asid oleh individu yang tidak dikenali di […]

Terengganu Terima Tajaan Keseluruhan RM8 Juta Musim 2024/25

Musim 2024/25 menyaksikan Terengganu FC (TFC) menerima suntikan penajaan keseluruhan yang lumayan iaitu RM8.332 juta. Nilai ini didedahkan Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu merangkap pengerusi lembaga pengarah pasukan, Hishamuddin Abdul Karim. Perkara ini dinyatakan beliau semasa menjadi wakil Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ke […]

Tunku Ismail Jawab Tuduhan Kes Akhyar Rashid, Faisal Halim & Safiq Rahim

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menjawab tuduhan terhadap kes yang melibatkan tiga pemain bola sepak negara iaitu Akhyar Rashid, Faisal Halim dan juga Safiq Rahim. Tular beberapa kejadian yang menimpa pemain negara seperti Akhyar Rashid yang diserang oleh individu misteri dengan menggunakan cota di Terengganu. […]

Terengganu Kesan Individu Misteri Kekal Ekori Akhyar Rashid

Terengganu FC mengambil langkah berjaga-jaga apabila mengesah pemain sayap pasukan, Akhyar Rashid masih diekori individu misteri. Pemain berusia 25 tahun menjadi mangsa pertama yang menggemparkan arena bola sepak tempatan selepas diserang individu misteri dengan menggunakan cota. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO negeri, Hishamuddin Abdul Karim berharap agar tragedi keganasan yang berlaku terhadap dua […]

Liga Super: Senarai Perlawanan Minggu 2, Waktu, Lokasi & Siaran TV

Senarai perlawanan Liga Super 2024/25 bagi pusingan kedua (LS2) sudah pun menjadi perhatian umum. Aksi pusingan pertama menyaksikan pelbagai cerita telah mewarnai kancah bola sepak tempatan apabila kembali membuka tirainya sejak kali terakhir kira-kira 5 bulan yang lalu. Perlawanan minggu lalu menyaksikan hanya tiga pasukan merakamkan kemenangan iaitu Kedah, Terengganu dan Sri Pahang manakala Sabah, […]

PSK Tambah Papan Skor Kedua Di Stadium Sultan Muhammad IV

Perbadanan Stadium Kelantan (PSK) telah menyediakan papan skor kedua di Stadium Sultan Muhammad IV bagi pasukan Kelantan Darul Naim mengharungi saingan Liga Super 2024/2025. Skuad Kijang Emas kekal menjadikan Stadium Sultan Muhammad IV sebagai gelanggang rasmi sejak pasukan tersebut beraksi dalam saingan Liga Super bermula musim lalu. Menurut Exco Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat […]

Giliran CEO Selangor Terima Ugutan Bakal Senasib Faisal Halim

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon difahamkan telah menerima ugutan bakal menjadi mangsa simbahan asid seterusnya. Perkara ini dilaporkan oleh Malaysiakini tentang perkembangan pasukan The Red Giants seminggu selepas insiden yang melibatkan pemain sayap pasukan, Faisal Halim yang disimbah asid. Beliau dan juga beberapa pegawai Selangor FC yang lain telah menerima […]

Terengganu Tak Mahu Risikokan Akhyar Rashid

Terengganu FC mengambil pendekatan berhati-hati untuk membantu pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid kembali cergas untuk kempen 2024/25. Sebelum ini, pemain sayap yang dipinjamkan daripada Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) itu terpaksa berehat selepas menjadi mangsa kes samun baru-baru ini. Selain disamun, Akhyar turut mengalami kecederaan di beberapa bahagian tubuhnya termasuk kepala selepas dipukul individu […]

Faisal Halim Jumpa Anak-Anak, Berselera Makan Ayam Penyet

Pemain sayap pasukan Selangor FC, Faisal Halim menunjukkan perkembangan positif sehingga hari ini. Umum mengetahui bahawa beliau diserang oleh individu misteri yang menyimbah asid sehingga menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat. Beliau kini menerima rawatan di salah sebuah hospital Shah Alam dan sudah pun menjalani beberapa pembedahan. Perkembangan terbaru menyaksikan tonggak Harimau Malaya itu menunjukkan […]

Pendedahan Kos Sebenar VAR Liga Super Mengejutkan

Pendedahan sebenar kos bagi membawa masuk teknologi Video Bantuan Pengadil (VAR) ke Liga Super amat mengejutkan. Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin ketika ditemui di Wisma FAM oleh Cakap Sukan. Liga Malaysia secara rasminya telah menggunakan VAR pada aksi pertama musim 2024/25 selepas mendapat kelulusan oleh FIFA. […]

“Jersi Tak Penting, Tiga Mata & Bayar Hutang Lagi Penting” – Razman Roslan

Bekas pemain pertahanan kebangsaan, Razman Roslan menyifatkan kejayaan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) meraih kemenangan pertama liga amat penting buat pasukan itu. Ini kerana dengan kemenangan tersebut, pasukan utara tanah air itu tidak perlu lagi memikirkan isu potongan tiga mata yang dihadapi mereka untuk musim 2024/25. Sebelum ini, Sang Kenari dihukum denda RM50,000 dan […]