JDT Rekod Kehadiran Penyokong Tertinggi Liga Super Minggu 2, Selangor & Perak Ekori Rapat

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) merekodkan kehadiran penyokong tertinggi diikuti oleh Selangor dan juga Perak. Skuad kendalian Hector Bidoglio memanfaatkan aksi di laman sendiri apabila mencatatkan kemenangan 3-1 berdepan Negeri Sembilan FC. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim ini mendapat sambutan hangat oleh para penyokong susulan pembatalan aksi Piala Sumbangsih minggu […]

Rufino Segovia Masih Rindukan Selangor

Bekas peledak import Selangor FC, Rufino Segovia dilihat merindui tempohnya bersama pasukan gergasi Lembah Klang itu. Nama penyerang Sepanyol itu bukan asing dalam kalangan penyokong Merah Kuning kerana amat berbisa di depan gol. Ini dibuktikan apabila Rufino diangkat sebagai pemenang Kasut Emas Liga Super Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK) 2018. Musim itu menyaksikan beliau meledakkan […]

Jordi Amat Sampaikan Mesej Penting Buat Penyokong JDT

Kapten Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Jordi Amat mahu penyokong pasukan itu agar terus memberi sokongan padu sepanjang musim 2024/25. Perlawanan pertama Liga Super membabitkan JDT dan Negeri Sembilan pada Sabtu lepas menyaksikan kehadiran 19,988 orang di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Dan penyokong Harimau Selatan pulang dengan gembira apabila pasukan itu meraih kemenangan 3-1 […]

Kelantan DN Hilang Dua Watak Berpengaruh Serentak

Kelantan Darul Naim FC hari ini mengumumkan bahawa kelab bakal kehilangan dua watak berpengaruh yang memacu kejayaan pasukan selama ini. Hal ini susulan Timbalan Presiden, Dato’ Sr. Haji Zamri Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Encik Wan Mohd Zul Ikman telah melepaskan jawatan masing-masing. Dua individu ini difahamkan mahu memberi tumpuan penuh pada urusan lain […]

PDRM Keluarkan Fotofit Wajah Suspek Kes Faisal Halim

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan fotofit wajah suspek kes simbah asid terhadap tonggak Selangor FC, Faisal Halim. Lakaran Fotofit tersebut dibuat melalui rakaman CCTV dan aduan beberapa saksi kes tersebut. Menurut satu kenyataan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, beliau menjelaskan bahawa suspek juga mempunyai badan bersaiz sederhana dan mempunyai kulit […]

Liga Super: Kekentalan Pertahanan Penang Nafikan Kemenangan Terengganu

Aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Bandaraya Pulau Pinang hari ini melibatkan pertembungan antara pasukan Penang dan Terengganu.  Penang dibawah kendalian Akmal Rizal Rakhli memberi kepercayaan kepada Sikh Izhan Nazrel untuk mengemudi benteng terakhir pasukan sementara Tomislav Steinbruckner menurunkan Syed Nasrulhaq sebagai penjaga gawang. Babak separuh masa pertama perlawanan menyaksikan pasukan pelawat lebih banyak […]

Aidil Sharin: Kuching City Bukan Kelab Besar Seperti JDT & Selangor

Aidil Sharin mengakui Kuching City masih lagi pada peringkat awal dalam membina pasukan setelah pasukan tersebut mencatatkan keputusan seri menentang Sri Pahang. Kuching City mendahului 2-0 pada babak pertama namun Sri Pahang bangkit pada aksi separuh masa kedua untuk mengikat Kuching City dengan keputusan 2-2. Ketua jurulatih Kuching City berpendapat pasukannya masih baru dan bukan […]

Sri Pahang Hilang Khidmat Saiful Jamaluddin, Alami Kecederaan Lutut

Pasukan Pantai Timur, Sri Pahang FC terpaksa melupakan khidmat pemain tengah muda, Saiful Jamaluddin. Ini selepas jurulatih skuad Tok Gajah, Fandi Ahmad memaklumkan Saiful terpaksa direhatkan selepas mengalami sedikit kecederaan di bahagian lutut. “Dia (Saiful) sebagai pemain tengah bertahan yang baik untuk kita. Tetapi sayangnya dia tidak dapat bermain untuk kita kerana mengalami sedikit kecederaan […]

Hector Bidoglio Cari Jalan Perbaiki Kelemahan JDT

Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mahu memperbaiki kelemahan pasukan disebalik kemenangan pertama ke atas Negeri Sembilan dengan jaringan 3-1. Hector mengakui bukan mudah menentang pasukan Negeri Sembilan yang menerapkan corak permainan bertahan sewaktu bermain di Stadium Sultan Ibrahim. “Sentiasa sukar menentang pasukan defensif kerana anda tidak mempunyai ruang tetapi kita harus cuba […]

Liga Super: Kaki Emas Manuel Hidalgo Selamatkan Sri Pahang Berdepan Kuching City

Hasrat untuk Sri Pahang mengekalkan rekod kemenangan kedua lebur apabila terikat berdepan Kuching City. Perlawanan yang berlangsung di Stadium Negeri itu menyaksikan kedua-dua pasukan saling bertukar serangan seawal 10 minit pertama. Tuan rumah bermula garang apabila berjaya merobek gawang gol Tok Gajah seawal minit ke-19 hasil rembatan Tchetche Kipre yang melepaskan rembatan dari bahagian kanan […]

Kedah Terima Khabar Gembira, Dapat Tajaan Wang Tunai

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menerima berita gembira apabila Lee Motors bersetuju memperbaharui kerjasama dengan pasukan itu. Pengumuman ini dibuat pengurusan Sang Kenari menerusi semua platform media sosial rasmi pasukan hari ini. Selain menerima tajaan berbentuk wang tunai, Kedah juga mendapat sokongan dalam bentuk kemudahan kenderaan dan akses perkhidmatan yang ditawarkan Lee Motors. “KDA […]

JDT Berisiko Hilang Khidmat Bergson & Arif Aiman Serentak

Juara bertahan Liga Super 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) berisiko untuk kehilangan khidmat Bergson dan juga Arif Aiman dalam tempoh sama. Skuad Harimau Selatan mempamerkan aksi garang selepas berjaya menundukkan Negeri Sembilan dengan keputusan 3-1. Kejayaan itu bagaimanapun terpaksa dibayar dengan harga mahal selepas penyerang berbisa pasukan, Bergson Da Silva difahamkan mengalami kecederaan. Kejadian yang […]

Razman Roslan Kesan Kelebihan Syafiq Ahmad

Bekas pemain kebangsaan Malaysia dan Selangor, Razman Roslan berjaya mengesan impak yang dijelmakan oleh pemain Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Syafiq Ahmad dalam aksi Liga Super menentang Selangor FC semalam. Kesungguhan dan komitmen Syafiq dalam aksi semalam turut diakui dua lagi bekas pemain bola sepak kebangsaan iaitu Dato’ Zainal Abidin Hassan dan Norshahrul Idlan […]

Nafuzi Zain Berpuas Hati Dengan Persembahan Pemain Kedah

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman, Nafuzi Zain berpuas hati dengan persembahan para pemain Kedah disebalik kekalahan tipis kepada Selangor hasil jaringan Aliff Haiqal. Nafuzi Zain menganggap rezeki tidak berpihak kepada Kedah walaupun pasukan tersebut mempunyai beberapa peluang berharga dalam perlawanan menentang Selangor. “Tahniah untuk Selangor, saya berbangga dengan apa yang pemain saya tunjukkan malam ini. […]

Park Jae Hong: Kelantan Darul Naim Perlukan Masa Untuk Jadi Pasukan Kuat

Ketua jurulatih Kelantan Darul Naim, Park Jae Hong percaya pasukannya perlukan masa untuk menjadi lebih kuat setelah mengutip dua kekalahan berturut-turut. Kelantan Darul Naim tewas tipis 1-0 kepada Sri Pahang dalam aksi pertama liga dan kemudian tewas 3-2 kepada Sabah untuk aksi kedua di laman sendiri. Jurulatih dari Korea Selatan itu mengakui Kelantan harus mengkaji […]

Kedah Perlukan RM10 Juta

Pemilik saham majoriti Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar percaya pasukan itu memerlukan RM10 juta untuk kempen musim 2024/25. Situasi ini timbul selepas penaja utama Kedah terpaksa menarik diri pada saat akhir atas sebab kekangan saat akhir yang tidak dinyatakan. Hal ini menyebabkan pasukan yang diberi jolokan Sang Kenari […]