“Perak Pasukan Besar, Tekanan Itu Biasa” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah melihat anak buahnya tidak tergugat dengan tekanan yang dihadapi ketika ini. Ketika ini, Perak berada di tangga tercorot liga selepas mengalami dua kekalahan dalam dua aksi awal Liga Super musim 2024/25. The Bos Gaurus tewas 3-1 kepada Terengganu FC dalam aksi pertama liga pada 11 Mei lalu. Ini disusuli […]
Selangor Kecam Insiden Pecah Rumah Khuzaimi Piee

Selangor FC mengecam tindakan individu yang tidak bertanggungjawab memecah masuk rumah pemain pertahanan mereka, Khuzaimi Piee. Arena bola sepak negara kembali kecoh apabila rumah bekas bek tengah Negeri Sembilan FC itu menjadi mangsa jenayah pecah rumah kelmarin. Insiden itu disedari Khuzaimi apabila pulang ke rumah selepas selesai menjalani latihan bersama Merah Kuning. Insiden ini bukan […]
Polis Sahkan Video Simbah Asid Faisal Halim Adalah Benar

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan insiden Faisal Halim disimbah asid adalah benar. Sebelum ini, satu rakaman video CCTV yang dikongsikan OneFootball berkenaan insiden tersebut tular di media sosial. Menerusi rakaman video tersebut, Faisal disimbah asid oleh individu yang tidak dikenali sebelum suspek melarikan diri dengan membonceng motor […]
Terengganu Raih RM8 Juta, Kedah Perlukan RM10 Juta

Terengganu FC mengukuhkan langkah bagi saingan Liga Super musim 2024/25 apabila meraih dana sebanyak RM8 Juta manakala Kedah memerlukan sekitar RM10 Juta musim ini. Baru-baru ini, Terengganu menerusi satu kenyataan oleh Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri Terengganu merangkap pengerusi lembaga pengarah pasukan, Hishamuddin Abdul Karim telah memaklumkan mengenai hal ini. Perkara ini dinyatakan […]
Polis Kesan Kenderaan Suspek Kes Khuzaimi Piee

Susulan kes pecah rumah membabitkan bek tengah kebangsaan, Khuzaimi Piee, polis kini memiliki maklumat terbaru tentang kes berkenaan. Arena bola sepak negara kembali kecoh apabila rumah bek tengah Selangor FC itu dipecah masuk semalam. Kejadian ini disedari Khuzaimi selepas pulang daripada menjalani sesi latihan bersama Merah Kuning pada jam 9.00 malam. Beliau mendapati pintu pagar […]
(Video) Benarkah Rakaman CCTV Faisal Halim Disimbah Asid Ini?

Tular sebuah video rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang melibatkan insiden menimpa tonggak negara, Faisal Halim yang disimbah asid. Rakaman yang tular di media sosial dikongsikan oleh OneFootball mengenai kejadian yang berlaku di salah sebuah pusat membeli-belah di ibu kota itu mendapat perhatian ramai. Berdasarkan rakaman tersebut, kelihatan sosok seperti Faisal Halim sedang berjalan menuju […]
Cerita Lengkap Kejadian Pecah Masuk Rumah Khuzaimi Piee

Satu lagi kejadian menggemparkan apabila rumah pertahanan Selangor FC, Khuzaimi Piee telah dipecah masuk oleh individu yang tidak dikenali. Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pemain tersebut, semuanya bermula apabila beliau meninggalkan rumahnya pada jam 2 petang untuk menuju ke tempat latihan The Red Giants. Tonggak Harimau Malaya itu kembali pulang ke rumahnya sekitar jam […]
Rumah Dipecah Masuk, Khuzaimi Piee Jadi Mangsa Terbaru

Media sosial dikejutkan dengan berita rumah bek tengah Selangor FC, Khuzaimi Piee dipecah masuk semalam. Perkara ini dikongsikan sendiri pemain pertahanan berusia 30 tahun itu di Instagram Story beliau. Berdasarkan laporan polis yang dibuat Khuzaimi, beliau mendapati pintu pagar rumahnya sudah terbuka selepas pulang daripada menjalani latihan bersama Selangor pada jam 9.00 malam. Sebaik memeriksa […]
Manzoor Azwira Mahu Cungkil Lebih Ramai Bakat Muda Penang Ke Liga Super

Ketua jurulatih Penang FC II, Manzoor Azwira memiliki matlamat yang besar untuk mencungkil lebih ramai bakat muda Penang ke pentas Liga Super. Skuad Penang FC II tewas tipis 1-2 kepada PDRM FC dalam aksi pertama Piala MFL namun Manzoor Azwira kekal optimis dengan kemapuan pemain muda Penang. Jurulatih berusia 48 tahun itu mahu mempromosikan pemain […]
Izham Tarmizi Mula Turun Berlatih Bersama JDT

Bekas penjaga gol skuad muda kebangsaan, Izham Tarmizi sudah mula memulakan latihan bersama kelabnya, Johor Darul Ta’zim (JDT). Izham yang menghabiskan musim lalu dengan beraksi bersama Sri Pahang FC secara pinjaman kini sudah kembali ke pangkuan kelab lamanya yang juga juara Liga Super musim 2023. Kepulangan Izham ke kelab selatan tanah air itu bagi mengisi […]
Selangor Rangka Program Khas Bantu Pemulihan Faisal Halim

Pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim bakal menjalani program pemulihan khas yang dirangka Selangor FC. Perkara ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Merah Kuning, Datuk Seri Shahril Mokhtar dalam satu sidang media yang diadakan pada hari ini. Faisal sudah menjalani pembedahan keempat iaitu prosedur split skin grafting (SSG) yang dibuat pada Isnin lalu. Prosedur ini dibuat […]
Faisal Halim Dijangka Boleh Kembali Beraksi Seawal 3 Bulan Lagi

Perkembangan terbaru tentang pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim terus mencuri tumpuan umum. Tonggak berusia 26 tahun itu kini masih menjalani rawatan pemulihan di salah sebuah hospital terkemuka di Lembah Klang. Semuanya bermula selepas beliau diserang oleh individu yang tidak dikenali ketika berada pada salah sebuah pusat membeli-belah ibu kota. Faisal sudah pun menjalani pembedahan […]
Jalil Elias Nikmati Detik Terhebat Bergelar Pemain JDT

Perancang tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Jalil Elias kini menikmati detik terindah sebagai pemain baharu juara bertahan tersebut. Pemain berusia 27 tahun itu melengkapkan perpindahan ke JDT dari kelab Argentina, San Lorenzo dan sudah pun beraksi dalam beberapa perlawanan. Beliau mendapat kepercayaan untuk beraksi dalam kesebelasan utama dan membentuk gandingan bersama Juan Muniz dan Nazmi […]
Azrin Afiq & Htet Aung Tidak Boleh Diturunkan Berdepan Selangor Ahad Ini

Khidmat dua pemain pinjaman Selangor, Azrin Afiq dan Hein Htet Aung tidak dapat digunakan oleh Negeri Sembilan menjelang pertemuan dalam saingan Liga Super pada Ahad. Azrin dan Htet Aung merupakan pemain Selangor yang dipinjamkan ke Negeri Sembilan dan makluman terkini mengesahkan bahawa kelibat dua pemain ini tidak akan kelihatan di atas padang pada hujung minggu […]
Tukar Rumput Stadium Darul Makmur, Fadzli Kamal “Tengah Dapatkan Duit”

Kerajaan negeri Pahang dilaporkan sedang mengusahakan peruntukan untuk proses penaiktarafan padang Stadium Darul Makmur. Perkara ini dikongsikan sendiri Exco Komunikasi Dan Multimedia, Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Kamal bila ditanya seorang pengguna TikTok tentang perkara itu. Sebelum ini, kerajaan negeri memaklumkan Stadium Darul Makmur sedang menjalani proses penaiktarafan dengan kos sebanyak RM4.6 […]
Hein Htet Aung Tak Boleh Beraksi Berdepan Selangor?

Negeri Sembilan FC terpaksa melupakan khidmat pemain sayap Myanmar, Hein Htet Aung menjelang aksi Liga Super menentang Selangor. Ini kerana Htet Aung merupakan pemain yang dipinjamkan Merah Kuning kepada skuad Hoben Jang Hoben itu untuk musim 2024/25. Perkara ini turut diakui pemain sayap berusia 23 tahun itu apabila ditemubual wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam […]