Liga Super: JDT Kembali Dominasi Kehadiran Tertinggi Minggu 4

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) kembali mendominasi kehadiran tertinggi Liga Super minggu ke-4. Skuad kendalian Hector Bidoglio turun dalam misi untuk meraih kemenangan ke-4 di samping tidak tewas dalam semua kejohanan setakat ini. Misi tersebut dibantu dengan sokongan padu penyokong Harimau Selatan yang bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim. JDT merekodkan kehadiran tertinggi […]
Nidzam Jamil Puji Semangat Melawan Perak

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil memuji semangat juang yang ditunjukkan lawan mereka, Perak FC dalam aksi minggu keempat Liga Super. Aksi terbaru liga menyaksikan kedua-dua pasukan berentap di Stadium MBPJ pada petang 23 Jun lalu. Merah Kuning mendahului menerusi dua gol yang disumbang Ronnie Fernandez. Selangor kemudiannya dipaksa bermain dengan 10 pemain selepas Alex Agyarkwa […]
Liga Super: Penalti Kelantan DN Pastikan PDRM Pulang Tangan Kosong

Hasrat Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) untuk mendapatkan kemenangan sulung akhirnya menjadi kenyataan selepas berjaya menewaskan PDRM FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan KDN FCmempertaruhkan Valdumar di bahagian serangan sambil Oday Kharoub menjadi jeneral di tengah. Manakala PDRM meletakkan dua penyerang iaitu […]
Yusri Che Lah: Pemain Perak Tak Perlu Malu Walaupun Tewas

Ketua Jurulatih Perak FC, Yusri Che Lah akur dengan kehebatan Selangor apabila pasukannya tunduk kali ke-3 musim ini. Perak bertandang dengan harapan besar ke Stadium MBPJ namun tidak berjaya menterjemahkan deretan peluang untuk mencipta kemenangan. Beliau bagaimanapun memuji impak yang dipamerkan oleh anak buahnya untuk mengekang asakan bertali-arus tuan rumah terutamanya pada babak pertama. “Pemain […]
Liga Super: Selangor Berdepan Detik Cemas Tewaskan Perak

Aksi Liga Super minggu ke-4 menyaksikan Selangor menundukkan Perak di laman sendiri dengan keputusan 2-1. Skuad kendalian Nidzam Jamil turun tanpa beberapa tonggak penting akibat kecederaan sementara Perak membariskan kesebelasan terbaik. Keadaan ini bagaimanapun tidak menjejaskan rentak The Red Giants apabila mencetak gol awal dan memanfaatkan keadaan kelam-kabut dalam kotak penalti Perak. Peluang itu disudahkan […]
Azwan Aripin Ajar Cara ‘Rantai’ Arif Aiman

Pertahanan kental Sri Pahang, Azwan Aripin memberikan satu gambaran terbaik untuk memastikan Arif Aiman sentiasa dibayangi kelibatnya. Pemain berusia 28 tahun itu turun dalam kesebelasan utama Tok Gajah untuk mengekang cabaran Harimau Selatan di laman lawan. Usaha gigih para pemain Sri Pahang tidak kesampaian apabila tunduk dengan keputusan 3-0 sekaligus terlepas peluang meraih 3 mata. […]
Ebenezer Assifuah: Saya Ikut Arahan Nafuzi Zain

Penyerang Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Ebenezer Assifuah mengakui beliau mengikut arahan jurulatih, Nafuzi Zain dalam setiap perlawanan. Penyerang Ghana itu muncul wira apabila meledakkan gol kemenangan pada minit ke-77 buat Sang Kenari ke atas Penang FC dalam aksi minggu keempat Liga Super. Gol tersebut bukan saja memastikan Kedah akhirnya berjaya mengutip tiga mata […]
Jurulatih Kelantan DN Terima Amaran Keras

Barisan kejurulatihan Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) yang diketuai Park Jae-hong menerima amaran keras daripada presiden kelab, YB Rozi Muhamad menjelang aksi Liga Super menentang PDRM FC malam ini. Rozi berpendapat sudah tiba masanya peningkatan prestasi harus dilakukan dengan kadar segera bermula dengan perlawanan bertemu PDRM. “KDN FC memandang serius keputusan setiap perlawanan dimana […]
Tiket Aksi Selangor Di Stadium MBPJ Habis Terjual Kali Ke-3

Aksi Selangor dan Perak pada Ahad bakal dibanjiri ribuan penonton setelah tiket bagi perlawanan di Stadium MBPJ itu dilaporkan habis terjual. Selangor bakal turun melayani kunjungan Perak dalam aksi keempat Liga Super pada Ahad berbekalkan momentum positif setelah mencatatkan dua kemenangan berturut-turut dalam saingan liga selain mara ke suku akhir Piala FA. Prestasi cemerlang ditampilkan […]
Hector Bidoglio Dapat Baca Helah Sri Pahang

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio akui gembira melihat anak-anak buahnya berjaya melepasi perangkap Sri Pahang dalam aksi Liga Super 2024/2025 pada Sabtu. JDT turun ke Stadium Sultan Ibrahim dengan melayani kunjungan Sri Pahang dalam aksi keempat Liga Super tampil penuh cemerlang untuk meraih tiga mata hasil ledakan hatrik penyerang, Heberty Fernandes. Bidoglio yang […]
“3 Aksi, 9 Jaringan Tanpa Bolos Pamer Kekuatan Selangor ” – Yusri Che Lah

Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah mengakui Selangor FC bakal memberi cabaran sukar kepada anak buahnya untuk aksi minggu keempat Liga Super musim 2024/25. Sejak pasukan itu dibimbing Nidzam Jamil selepas menggantikan pengendali sebelumnya, Tan Cheng Hoe pada Mac lalu, Selangor menunjukkan prestasi baik dalam Liga Malaysia (Liga M). Dalam tiga perlawanan Liga M termasuk […]
Liga Super: Penang Hampa Tewas Kepada Kedah Darul Aman

Aksi Liga Super 2024/2025 hari ini diteruskan membabitkan dua pasukan dari utara iaitu Penang dan Kedah Darul Aman. Perlawanan Derbi Utara tanah air yang berlangsung di Stadium Bandaraya, Pulau Pinang menyaksikan pasukan pelawat, Kedah Darul Aman berjaya mencuri tiga mata selepas mencatat kemenangan bergaya keatas Penang. Separuh masa pertama tamat dengan tiada jaringan berjaya dihasilkan. […]
Liga Super: Kuching City Bangkit Ikat Terengganu

Kuching City FC mempamerkan kebangkitan di penghujung perlawanan untuk mengikat Terengganu FC dalam aksi Liga Super sebentar tadi. Kedua-dua pasukan menurunkan barisan terkuat dengan Terengganu meletakkan Safawi Rasid dan Akhyar Rashid di bahagian sayap manakala Kuching City menggandingkan Tchetche Kipre dan Jordan Mintah di bahagian serangan. Perlawanan dimulakan dengan tuan rumah memberikan tekanan awal dengan […]
Fandi Ahmad: Saya Dah Cakap, Tutup Kaki Kiri Heberty

Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad sudah mengesan bahaya yang dibawa oleh tonggak pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Heberty Fernandes. Kunjungan ke Stadium Sultan Ibrahim tidak seperti yang diharapkan apabila tewas 3-0 hasil ledakan hatrik pemain berusia 35 tahun itu. Kemasukan beberapa pemain pada babak kedua permainan masih tidak dapat memberikan impak yang diharapkan apabila […]
Liga Super: Hatrik Heberty Pastikan JDT Buat Sri Pahang Terduduk

Hatrik pemain berpengalaman, Heberty Fernandes memastikan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) meneruskan dominasi apabila menundukkan Sri Pahang 3-0. Skuad kendalian Hector Bidoglio turun dengan kesebelasan terbaik namun tanpa beberapa watak seperti Bergson, Fernando Forestieri dan Jalil Elias. Keadaan itu tidak menjejaskan pasukan selepas membuka tirai jaringan seawal minit ke-5 menerusi rembatan kencang […]
Hector Bidoglio Jawab Tentang Ketiadaan Jalil Elias

Ketua Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio telah menjawab tentang ketiadaan perancang tengah, Jalil Elias. Pemain berusia 27 tahun itu menyertai skuad Harimau Selatan pada musim ini daripada kelab Argentina, San Lorenzo. Kehadiran beliau telah memberi saingan sengit kepada posisi tengah yang sudah memiliki beberapa pemain berkaliber seperti Natxo Insa, Hong Wan, Juan […]