Faisal Halim Dijangka Kembali Ke Padang Dalam Tempoh Singkat

Penyokong Selangor FC mendapat khabar gembira apabila pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim bakal kembali ke padang tidak lama lagi. Selepas menjadi mangsa kes simbahan asid pada Mei lalu, Faisal terpaksa mengharungi proses pemulihan yang mencabar. Ini termasuk menjalani empat pembedahan di sebuah hospital swasta di Lembah Klang sebelum dibenarkan pulang pada 25 Mei lepas. Meskipun […]

Carta 3 Pemain Termahal JDT Kini Berubah

Carta pemain termahal dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada musim ini telah berubah. Juara bertahan Liga Super 10 kali itu telah membawa masuk beberapa muka baharu bagi menantapkan persembahan pasukan terutamanya dalam aksi Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE). Selain kedudukan pasukan yang meningkat naik di Asia, Harimau Selatan tidak kurang rancak membariskan skuad terbaik […]

Bina Pasukan Impian Liga Super & Menangi Habuan Sehingga RM45,000

Astro tampil dengan inisiatif terbaru dengan membuka peluang buat rakyat Malaysia membina sebuah pasukan fantasi impian dan berpeluang untuk memenangi habuan sehingga RM45,000. Liga fantasi terulung yang dikenali sebagai Ultimate Liga Super Fantasy oleh Astro ini telah pun bermula bagi saingan Liga Super musim 2024/25 sekaligus merancakkan lagi kehangatan bola sepak negara. Berikut merupakan cara-cara […]

Sanusi: Satu Malaysia Dalam Diam Bersama Merah Kuning

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menganggap satu Malaysia dalam diam bersama Merah Kuning. Perkara itu dinyatakan olehnya menerusi satu hantatan di laman sosialnya dengan menyatakan bahawa Selangor FC tidak bersendirian ketika ini. “Percayakan saya, mereka tidak bersendirian ketika ini. Sanusi Md Nor mengulang semula hantaran individu yang dikenali sebagai Mohd Ezli […]

“Selangor Bukan Nak Popular, Cuma Buat Benda Betul” – Johan Kamal

Selangor tidak mahu melakukan tindakan popular dalam membuat keputusan tetapi lebih menilai dari sudut keberkesanan setiap langkah yang diambil. Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam satu sesi audio siar My Sukan Corner terbitan Rakita.my The Red Giants kini berjaya melangkah ke pentas bola sepak Asia buat […]

Tunku Ismail Dedah Shahril Mokhtar Pernah Minta Kerja

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor mendedahkan bahawa Shahril Mokhtar pernah meminta kerja. Beliau yang juga merupakan bekas Exco Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin baru-baru ini. Shahril merangkap Timbalan Presiden […]

Tunku Ismail Berikan Nasihat Kepada Johan Kamal

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan pandangan terhadap impian Selangor menjadi gergasi di Asia. Perkara tersebut dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon dalam satu sesi audio siar Rakita.my. Ini juga merupakan salah satu agenda pembaharuan yang digerakkan oleh Duli […]

Tunku Ismail: Mempersembahkan Kepada Anda Tokong Sebenar Bola Sepak Malaysia

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor menzahirkan pandangan terkini tentang senario bola sepak negara. Baginda dalam satu kenyataan seperti yang ditulis oleh Johor Southern Tigers menyentuh tentang isu kelab yang tidak membayar gaji dan menarik diri sesuka hati. “Selepas ini yang mana kelab tidak membayar gaji, […]

Selangor Kekal Kemukakan Rayuan Kepada MFL

Pengurusan Selangor FC memutuskan untuk kekal memfailkan rayuan kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). Pada 25 Jun lepas, Selangor dikenakan hukuman oleh MFL selepas memilih menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih 2024 pada Mei lepas. Merah Kuning bukan saja dikenakan potongan tiga mata dan denda sebanyak RM100,000. Malah, kelab itu perlu membayar kos ganti […]

MFL Hormati Titah Sultan Selangor

Malaysian Fooball League (MFL) menghormati dan menunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. MFL dalam satu kenyataan menyebut bahawa Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula keputusan yang dibuat pada 24 Jun 2024 ke atas Selangor FC. Perkara ini susulan ketidakhadiran kelab tersebut […]

MFL ‘Ganti’ Denda RM100 Ribu Selangor

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menyemak semula empat hukuman yang dijatuhkan kepada Selangor FC pada 25 Jun lalu. Awal Mei lalu menyaksikan Selangor menarik diri daripada menyertai perlawanan Piala Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) atas faktor keselamatan. Keputusan itu dibuat susulan insiden simbahan asid yang menimpa pemain sayap kebangsaan, Faisal Halim pada 5 Mei […]

MFL Batalkan Dua Denda Selangor

Malaysian Football League (MFL) telah membatalkan dua denda terhadap pasukan Selangor FC. Menerusi satu kenyataan oleh MFL, pengelola liga tersebut melakukan pertimbangan semula sebagai menjunjung kasih dan menghormati titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah. “Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League (MFL) hari ini telah menggunakan budi bicara untuk mempertimbangkan semula […]

Hamidin Sedia Mengadap Sultan Selangor

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan beliau bersedia menghadap Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Pada 25 Jun lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjatuhkan hukuman berat ke atas Selangor FC selepas menarik diri daripada saingan Piala Sumbangsih 2024. Antara hukuman yang perlu dilalui […]

Johan Kamal Kongsi Kepimpinan Berjiwa Rakyat Tengku Amir Shah Di Selangor

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon berkongsi sisi unik kepimpinan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah bersama pasukan. Beliau ketika dalam sesi audio siar bersama Rakita.my memberitahu bahawa Selangor memiliki seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Hal ini menjadikan setiap keputusan dan juga […]

Kerajaan Negeri Buka Tabung Bantu Selangor

Kerajaan negeri Selangor menerusi Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) telah melancarkan Tabung Solidariti Bersama Selangor FC. Kempen yang bermula dari 26 Jun hingga 2 Julai itu diumumkan oleh EXCO Belia, Sukan & Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi. Pada 25 Jun lalu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menjatuhkan hukuman ke atas Selangor selepas menarik diri daripada […]

Amirudin Shari Senada Dengan Sultan Selangor, Sedia Bantu Ringankan Beban Pasukan

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari tidak dapat menyembunyikan rasa kecewa terhadap Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) kerana mengenakan hukuman berat ke atas Selangor FC. Pada 25 Jun lalu, Selangor dikenakan hukuman potongan tiga mata, denda RM100,000 dan membayar ganti rugi kepada MFL dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) oleh badan pengelola liga […]