Sebahagian Penyokong Perak Mahu Boikot Perlawanan Perak Menentang JDT

Segelintir penyokong Perak FC berhasrat untuk memboikot aksi pasukan berkenaan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November ini. Sebelum ini, aksi liga kedua-dua pasukan itu sepatutnya diadakan pada 17 Ogos lalu. Aksi tersebut kemudiannya terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat dan padang Stadium Perak yang digenangi air. Aksi Perak dan […]
Kedah Beri Maklum Balas Tawaran Mahsuri Medical Centre

Pengurusan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) memberi maklum balas tentang tawaran pengambilalihan saham pasukan itu. Sebelum ini, anak syarikat DSAT Group, Mahsuri Medical Centre (MMC) sudah mengemukakan surat tawaran pengambilalihan Sang Kenari pada 4 November lalu. Selain mengambil alih 100% saham Kedah, MMC juga akan menguruskan liabiliti yang dimiliki pasukan itu. Susulan itu, pengurusan […]
Sabah Tidak Dijual

Pasukan Sabah FC menafikan bahawa saham kelab tersebut bakal dijual. Perkara ini telah dijelaskan oleh The Rhinos mengenai kedudukan semasa pasukan berhubung isu yang tular berhubung penjualan saham kelab. Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa SAFA tidak pernah berunding dengan pihak yang mendakwa menerima tawaran penjualan saham Sabah FC. Bukan itu sahaja, Sabah juga memaklumkan […]
Kerja Perobohan Stadium Shah Alam Capai 45%, Kemudahan Moden Bakal Mula Dibina

Kerja-kerja perobohan Stadium Shah Alam kini sudah mencapai 45% sekaligus membuka jalan kepada pembinaan stadium baru iaitu Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA). Sebelum ini, kerja-kerja perobohan sudah mula digerakkan termasuk perobohan bumbung stadium tersebut pada September lalu. Kini, KSSA memaklumkan proses perobohan stadium sudah mencapai 45%. Dan sekiranya proses perobohan berjalan seperti yang dirancang, pembinaan […]
Sabah Kekalkan Khidmat Ong Kim Swee

Pengurusan Sabah FC bersetuju untuk mengekalkan khidmat jurulatih pasukan itu, Datuk Ong Kim Swee sehingga tamat musim 2024/25. Perkara ini diumumkan sendiri Presiden Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA), Datuk Shahelmy Yahya selepas satu mesyuarat khas yang diadakan pada 5 November lalu. Keputusan ini dibuat selepas berpuas hati dengan prestasi baik yang ditampilkan Sang Badak dalam […]
Dua Elemen Jadi Fokus Awal Jese Rodriguez Bersama JDT

Penyerang baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Jese Rodriguez gembira bersama kelab barunya itu namun beliau kini memberikan fokus kepada dua elemen penting sebelum kembali menggegar. Dua elemen yang dimaksudkan Jese adalah untuk mendapatkan semula tahap kecergasan selain beliau kini sedang menyesuaikan diri dengan pasukan dan persekitaran baru. “Saingan liga masih belum berakhir tapi kami gembira […]
Perak Tawar Pengangkutan Percuma Ke Stadium Sultan Ibrahim

Perak mengumumkan pengangkutan percuma buat para penyokong yang mahu menonton aksi Liga Super berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim (SSI). Pada Selasa, pihak Malaysian Football League (MFL) telah mengeluarkan kenyataan berhubung perlawanan tertunda melibatkan pasukan Perak vs JDT yang diubah venue ke SSI. Sebelum ini, perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan sepatutnya diadakan di Stadium […]
Aksi Tertunda Perak vs JDT Berlangsung Di Stadium Sultan Ibrahim

Aksi tertunda Perak FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal diadakan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November ini. Pengumuman ini dibuat Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang disiarkan di laman sesawang rasmi badan pengendali liga itu. Sebelum ini, aksi membabitkan The Bos Gaurus dan Harimau Selatan yang sepatutnya diadakan di Stadium Perak pada […]
Calon Pemilik Dedah Hutang Kedah

Calon pemilik baharu Kedah Darul Aman FC (KDA FC) baru-baru ini telah mendedahkan jumlah hutang yang ditanggung pasukan yang digelar Sang Kenari itu. Dalam satu hantaran di laman Facebook Dato’ Seri Azizul Tandek, telah didedahkan bahawa jumlah hutang yang ditanggung Kedah kini berjumlah RM 14 juta. Bagi beliau yang juga pemilik syarikat DSAT Group, orang […]
Perak Lanjutkan Kontrak Moses Raj

Berita gembira buat penyokong Perak apabila pasukan itu mengumumkan lanjutan kontrak buat bintang muda mereka, Moses Raj a/l Michel Dass. Berita tersebut diumumkan pengurusan The Bos Gaurus menerusi satu hantaran di platform media sosial rasmi mereka. Bek tengah berusia 19 tahun itu merupakan tonggak utama skuad Perak III dalam saingan Piala Presiden 2024. Kecemerlangan Moses […]
Kedah Selangkah Untuk Diambil Alih?

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dilaporkan sedang dalam proses untuk diambil alih oleh sebuah pusat perubatan terkemuka di Jitra, Kedah. Mahsuri Medical Centre dalam satu kenyataan media menyatakan telah menghantar surat tawaran untuk pengambil alihan KDA FC. “Pada 3 November 2024, pihak Mahsuri Medical Centre dengan diwakili Ketua Pegawai Operasi, Encik Nazar Ahmad bin […]
“Kami Kalah Bola Tinggi” – Rezal Zambery

Penolong jurulatih Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Rezal Zambery Yahya percaya faktor ketinggian pemain import menjadi punca mereka kecundang kepada Sabah FC baru-baru ini. Aksi terbaru Liga Super pada 3 November lalu menyaksikan Sang Kijang Emas tewas 4-1 kepada Sang Badak di Stadium Likas. Joao Pedro, Farhan Roslan dan Gabriel Peres mencipta nama sebagai […]
Sabah Enggan Terlalu Selesa

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee mahu anak buahnya enggan terlalu selesa dengan kedudukan ketiga Liga Super ketika ini. Sang Badak kini menghuni kedudukan ketiga liga dengan 26 mata, tiga mata di belakang pasukan gergasi Lembah Klang, Selangor FC. Ini selepas pasukan itu merekodkan empat kemenangan besar berturut-turut. Ini termasuk kemenangan 4-1 ke atas […]
Liga Super: Sabah Beri Kelantan DN Kekalahan Ke-11

Aksi saingan Liga Super malam ini menyaksikan Sabah berpesta gol menewaskan Kelantan Darul Naim (KDN) di Stadium Likas, Sabah. Kedua-dua pasukan membariskan kesebelasan utama terbaik dalam misi menburu kemenangan bagi minggu ke-15 saingan Liga Super 2024. Selepas 15 minit aksi, penyerang Import Sabah, Joao Pedro membuka jaringan pertama pasukan menerusi tandukan menewaskan penjaga gol Kelantan DN. […]
4 Tonggak Import Kelantan DN Hilang Dari Radar

Ramai penyokong Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) perasan pasukan itu tidak diperkuatkan dengan empat tonggak import untuk aksi menentang Sabah FC. Berdasarkan semakan senarai kesebelasan utama pasukan itu, hanya tiga pemain import yang disenaraikan pengurusan Sang Kijang Emas. Tiga pemain import tersebut ialah kapten, Oday Kharoub, bek tengah Republik Czech, Michal Jerabek dan penyerang […]
Hairuddin Omar: Bola Sepak Malaysia Perlukan Tunku Ismail

Lagenda bola sepak Malaysia, Hairuddin Omar yakin bahawa bola sepak Malaysia memerlukan suntikan daripada DYAM Tunku Ismail, Pemangku Sultan Johor. Beliau menyatakan pandangan peribadinya melihat kepada senario bola sepak semasa dan yakin bahawa sentuhan daripada Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) itu diperlukan dalam semua aspek. DYAM Tunku Ismail telah membantu Harimau Selatan […]