Hukuman Lebih Berat Menanti KL City

Susulan pendedahan isu tunggakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) membabitkan KL City FC, pasukan itu kini berdepan hukuman daripada First Instance Body (FIB). Isu tunggakan caruman KWSP ini timbul apabila apabila pengarah KL United FC Sdn Bhd, Syed Yazid Syed Omar mendakwa KL City memiliki tunggakan berjumlah RM719,116. Ini selepas beliau membuat semakan di […]
Nidzam Jamil Mahu Buktikan Kualiti Jurulatih Tempatan Di Liga Super

Pengendali Selangor FC, Nidzam Jamil mahu membuktikan jurulatih tempatan juga mampu menyerlah dalam saingan Liga Super. Musim 2024/25 menyaksikan enam jurulatih tempatan mewarnai saingan liga. Selain Nidzam, Azzmi Aziz, Nafuzi Zain dan Yusri Che Lah masing-masing diberi kepercayaan melatih Negeri Sembilan FC, Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Perak FC. Manakala Akmal Rizal Ahmad […]
Tunku Ismail: Harap Suatu Hari Nanti Anda Sedar & Hargai Pengorbanan Ini

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berharap agar suatu hari nanti penyokong menyedari dan menghargai pengorbanan yang telah dilakukan. Baginda dalam satu kenyataan sebelum aksi separuh akhir antara JDT dan juga Kedah Darul Aman bagi aksi separuh akhir Piala FA 2024 mengingatkan tentang hari permulaan […]
Sokongan Tak Berbelah Bahagi Selangor Kuatkan Faisal Halim

Pemain sayap Selangor FC, Faisal Halim mengakui sokongan padu semua pihak mendorongnya untuk terus bergiat aktif dalam dunia bola sepak. Susulan insiden serangan asid yang menimpa dirinya pada Mei lalu, pemain sayap berusia 27 tahun itu terpaksa melalui proses pemulihan yang mencabar. Ini termasuk mengharungi empat siri pembedahan yang dibuat di sebuah hospital swasta di […]
Perak ‘Tunggu’ JDT

Perak FC akan meneruskan aksi Liga Super dengan bakal menunggu kehadiran pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 17 Ogos depan. Dalam satu kenyataan rasmi daripada Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berharap penyokong Perak akan dapat terus menyokong pasukan bagi aksi seterusnya menentang JDT di halaman sendiri. “Kami memulakan musim Liga […]
Ciri Unik Kapten Yang Ada Pada Safawi Rasid

Pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid mempunyai ciri unik sebagai kapten pasukan. Ianya berjaya dikesan bekas pemain bola sepak negara, Razman Roslan. Razman berpendapat, Safawi tidak perlukan kelantangan di atas padang namun segala tindak-tanduk pemain sayap kidal itu akan menjadi contoh dan ikutan buat para pemain lain yang sepasukan dengannya. “Bagi saya, ketua pasukan ini […]
Rafael Vitor Meledak Aksi Ke-100

Kapten Penang FC, Rafael Vitor meraikan penampilan ke-100 bersama pasukan itu dengan meledakkan gol semasa menentang Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) baru-baru ini. Sejak menyertai Penang pada Januari 2020, tiada siapa menyangka bek tengah Brazil itu akan kekal di Pulau Pinang untuk satu tempoh yang lama. Justeru, tidak hairanlah aksi Liga Super menentang Kelantan […]
Tunku Ismail & Bidoglio Bertemu, Pantau Latihan JDT

Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor turun memantau sesi latihan pasukan dan bertemu Hector Bidoglio. Perkara ini dikongsikan oleh laman Johor Southern Tigers berkenaan perkembangan skuad Harimau Selatan menjelang sepak mula separuh akhir kedua Piala FA 2024. JDT bakal melayan kunjungan Kedah […]
“Susah Nak Jawab, Hanya Fandi Ahmad Tahu” – Zainal Abidin

Lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan yakin hanya Fandi Ahmad boleh menjawab isu prestasi semasa Sri Pahang. Tok Gajah berjaya mencuri satu mata berdepan Selangor FC namun tidak cukup untuk memperbaiki kedudukan semasa pasukan. Sri Pahang ketika ini menghuni tangga ke-10 Liga Super dan hanya menang sekali daripada 6 perlawanan yang ditempuhi. Zainal Abidin […]
Safawi Rasid ‘Pintas’ Rekod Jaringan Arif Aiman

Pemain sayap Terengganu FC, Safawi Rasid kini telah memintas rekod jaringan Arif Aiman bagi musim 2024/25. Pemain berusia 27 tahun itu telah menyertai Terenganu secara pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT). Beliau dilihat kembali menemui sentuhan jaringannya sejak berada di bawah kendalian Tomislav Steinbruckner. Safawi membentuk gandingan yang amat baik bersama rakan sepasukan terutamanya Ismaheel […]
Liga Super: Aksi PDRM vs JDT Catat Kehadiran Tertinggi Minggu 7

Minggu hari perlawanan ketujuh menyaksikan aksi membabitkan PDRM FC dan Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) mencatatkan kehadiran tertinggi. PDRM yang dibimbing P. Maniam mendapat sokongan padu 5,500 orang penyokong di Stadium Selayang apabila berhadapan dengan Harimau Selatan pada 31 Julai lalu. Sokongan padu ini membolehkan mereka mengejutkan JDT menerusi jaringan Shahrel Fikri Md. Fauzi. […]
Shahrel Fikri Balas Kepercayaan P. Maniam

Penyerang PDRM FC, Shahrel Fikri Md. Fauzi lega kerana dapat membalas kepercayaan jurulatih, P. Maniam. Shahrel diberi kepercayaan beraksi dalam kesebelasan utama buat kali pertama untuk musim 2024/25 menentang Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC). Ini selepas peledak utama The Cops, Ifedayo Olusegun tidak dapat diturunkan kerana kurang sihat. Shahrel yang bergandingan bersama Bruno Suzuki […]
Liga Super: Penang Hantar Kelantan DN Ke Tangga Tercorot Liga

Penang gah menundukkan cabaran Kelantan DN di Stadium Bandaraya Pulau Pinang untuk meraih tiga mata berharga dalam saingan Liga Super. Akmal Rizal mempertaruhkan khidmat pemain utama seperti Nik Akif Syahiran, Syamer Kutty Abba, Khairu Azrin, Neto, Adib Ra’op manakala Rafael Vitor memakai lilitan kapten pasukan. Kelantan DN turun dengan misi untuk bangkit setelah tewas di […]
Tular Cubaan Reziq Bani ‘Sondol’ Bola Di Tangan Penjaga Gol Sri Pahang

Tular tindakan pemain Selangor FC, Reziq Bani Hani melakukan cubaan untuk menyondol bola dari tangan penjaga gol Sri Pahang. Pertemuan antara Tok Gajah dan juga Selangor berakhir dengan keputusan seri 1-1 dengan jaringan Alvin Fortes memastikan The Red Giants pulang dengan satu mata. Tekanan yang diberikan oleh pemain Gergasi Merah hampir memerangkap tuan rumah namun […]
“Selangor Bertuah Bawa Pulang Satu Mata” – Nidzam Jamil

Ketua jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil akui pasukannya masih bertuah meskipun seri di tempat lawan menentang Sri Pahang malam tadi. Selangor FC mempunyai kelebihan pada separuh masa kedua apabila penyerang Sri Pahang Mykola Agapov dilayangkan kad merah. Beliau bagaimanapun percaya bahwa anak buahnya sudah melakukan yang terbaik untuk menjaringkan gol. Namun, jurulatih berusia 44 tahun […]
Kim Swee Jawab Misteri Ketiadaan Saddil Ramdani

Ketua Jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee menjawab misteri ketiadaan Saddil Ramdani. Pemain kelahiran Indonesia itu tidak berada dalam skuad sejak beberapa perlawanan terakhir sekaligus menimbulkan tanda tanya. Ketiadaan tonggak lincah ini selain Darren Lok juga yang baru pulih daripada kecederaan menjejaskan rentak serangan The Rhinos. Spekulasi hangat mengaitkan perpindahan Saddil Ramdani ke Indonesia […]